AY-19

73 7 2
                                    

Sambungan dari part lepas.. Kalau ada ternampak perkataan Tuan Kim tu sepatutnya jadi Tuan Jeon. Tersilap tulis pulak dah tu. Maafkan sis ye.

Ok sekarang kita sambung yuhu!

🌙️🌙️🌙️

Wonwoo jatuh terduduk di lantai sebaik mendengar ayat appanya yang terakhir.

"Kenapa appa nak sangat bunuh Jeongyeon tu? Apa salah dia dekat appa? " tanya Wonwoo dalam suara perlahan.

Tuan Jeon berpaling ke arah Wonwoo.

"Dia anak yang tak kenang budi! "

Wonwoo memandang appanya dengan wajah yang tidak faham.

"Apa maksud appa? Anak yang tak kenang budi? " soal Wonwoo.

Tuan Jeon berjalan mendekati Wonwoo sekaligus mengurangkan jurang di antara dua lelaki dewasa itu.

"Dia anak kepada Auntie Soyeon kamu. Adik appa... "

Wonwoo membeliakkan matanya kerana terkejut dengan kebenaran yang dikatakan oleh Tuan Jeon.

"Jadi, maknanya Jeongyeon tu sepupu Woo? " tanya Wonwoo.

Tuan Jeon tersenyum sinis.

"Jangan sesekali Woo anggap budak perempuan tu sebahagian dari keluarga kita! " kata Tuan Jeon dengan suara yang lantang.

"Kenapa pa? Apa salah Jeongyeon sampaikan appa taknak terima dia dalam keluarga kita? "

Tuan Jeon diam.

"Dia cuma ada kita appa. Hanya kita satu-satunya keluarga yang dia ada! " makin kuat suara Wonwoo bercakap dengan tuan Jeon.

"Kamu takkan faham Jeon Wonwoo. "

"Habis tu jelaskan lah dekat Woo appa. Jangan buat Woo tertanya-tanya macam ni! " jerit Wonwoo dalam rasa frust.

Tuan Jeon memandang anak lelakinya dengan pandangan tajam.

"Jeongyeon adalah anak yang tak diingini oleh Auntie Soyeon kamu. Dia datang di saat auntie Soyeon kamu sudah putus dengan ayah Jeongyeon. "

"Dan waktu auntie Soyeon kamu nak gugurkan kandungan dia, appa lah yang pujuk supaya dia batalkan rancangan untuk bunuh Jeongyeon waktu dalam kandungan kerana kesian dekat Jeongyeon. "

"Tapi sayang, " tuan Jeon tersenyum sinis.

Wonwoo memandang fokus ke arah sang ayah.

"Dia khianati auntie Soyeon kamu bila dia pilih untuk tinggal dengan lelaki tak guna tu! "

"Dan sebab tu lah appa bunuh lelaki tu dan selepas tu appa dapat tahu yang Jeongyeon dihantar ke rumah anak yatim di Samcheondong. Appa terus cari dia dan rancang nak bunuh dia dengan bakar bangunan tu tapi gagal kerana dia terselamat. "

Tuan Jeon menarik nafas panjang setelah menceritakan kisah masa lalu yang membuatkan dirinya berdendam dengan Yoo Jihoon, ayah kepada Jeongyeon.

Wonwoo merapatkan dirinya di belakang Tuan Jeon dan menyentuh bahu appanya.

"Walau apa pun yang terjadi, dia masih anak saudara appa. Anak adik appa, anak auntie Soyeon pa. "

Tuan Jeon berpaling memandang Wonwoo lagi.

"Appa dah tak kisah dengan status dia. Apa yang penting sekarang ni ialah appa nak tepati janji appa dengan arwah auntie Soyeon kamu. "

Selepas mengatakan ayat itu pada Wonwoo, tuan Jeon berjalan keluar dari bilik kerjanya meninggalkan Wonwoo seorang diri.

Adore You [Yoo Jeongyeon]✔️Where stories live. Discover now