Seungcheol dan Vernon bergegas ke sebuah hospital yang disebutkan oleh seorang wanita di telefon bimbit milik kawan mereka.
"Yeoboseyo? Ini Encik Seungcheol ke? "
Seungcheol yang pada ketika itu sedang bermain game dengan alat elektronik itu sempat mengangkat panggilan walaupun pada awalnya dia tidak mahu kerana takut akan mengganggu permainannya.
"Nae, betul. Boleh saya tahu siapa yang bercakap? " tanya Seungcheol. Matanya masih fokus ke arah skrin televisyen yang disambungkan dengan alat peranti elektronik itu.
"Ini dari pihak Hospital Suwon. Kami ingin memaklumkan bahawa kenalan encik terlibat dalam kemalangan. Nombor anda kami dapat dari telefon pesakit. "
Seungcheol memberhentikan permainannya. Kenalannya terlibat dalam kemalangan?
"Boleh saya tahu siapa kenalan saya yang cik maksudkan? " tanya Seungcheol lagi.
Wanita itu dengan cepat memberitahu nama Wonwoo.
Deng!
Seungcheol menghempaskan playstation yang dibeli seminggu lepas dengan duit tabungannya. Tidak berfikir yang dia akan menyesali perbuatannya itu.
"Te---bagaimana keadaan dia cik? " Suara Seungcheol kedengaran panik dan dia tergagap-gagap untuk menanyakan keadaan kawan serumahnya.
"Pesakit sedang menjalani pembedahan di bilik operasi. Saya mohon pihak encik dapat datang dengan segera ye! "
Dengan cepat, Seungcheol mematikan panggilan setelah mengucapkan terima kasih. Tanpa memberitahu kepada Vernon, Seungcheol mencapai kunci keretanya dan menuju ke pintu depan. Di sana dia bertemu dengan Vernon.
Melihatkan Seungcheol dalam keadaan terburu-buru, Vernon sempat menahan ketua kumpulannya.
"Pergi mana? " tanya Vernon dengan wajah hairan.
Seungcheol memberhentikan langkahnya kerana Vernon menahan dirinya dari pergi ke kereta.
"Hospital. " jawab Seungcheol.
"Ada apa? Kau sakit ke? " soal Vernon lagi tidak puas hati.
Seungcheol menggeleng.
"Woo accident!! " kata Seungcheol dengan wajah cemas.
Vernon terkejut namun sempat disembunyikan rasa cemasnya di hadapan Seungcheol.
"Aku ikut kau Cheol. Biar aku pandu. " kata Vernon lalu merampas kunci di tangan Seungcheol.
Menyedari lelaki dari keluarga Choi itu tidak boleh memandu saat dalam keadaan cemas, Vernon dengan sukarela menjadi pemandu pada waktu itu.
Kini mereka sudah tiba di hospital dan dengan cepat mereka ke arah bilik yang sudah disebutkan oleh jururawat yang berada di meja pertanyaan aras satu.
Setelah menunggu selama setengah jam, akhirnya pintu bilik bedah dibuka sebaik sahaja lampu merah bertukar hijau menandakan pembedahan telah selesai.
Seungcheol dan Vernon bergegas ke arah doktor lelaki yang baru sahaja keluar dari bilik bedah dengan pakaian semacam PPE di zaman ini.
"Doktor, macam mana dengan kawan kami? " tidak lain tidak bukan si ketua yang menanyakan khabar ahlinya.
Doktor membuka topeng yang dipakai sewaktu digunakan di dalam bilik bedah.
"Pesakit sudah stabil. Buat masa ini, kami akan pindahkan pesakit ke wad biasa. " tanya si doktor.
Seungcheol yang sudah hampir panik itu menarik nafas lega setelah mendengar penjelasan dari doktor.
YOU ARE READING
Adore You [Yoo Jeongyeon]✔️
FanfictionMenyukai seseorang dalam diam tidak salah kan? . . . Main Cast: -Yoo Jeongyeon -Jeon Wonwoo -Kim Mingyu -Myoi Mina Nota: Biasanya shhgirl akan letak Twice dengan Nct ataupun Exo. Tapi kalini terasa nak gandingkan dengan Seventeen pulak hehehe. Start...