s2 ep 2

75 15 6
                                    

[2021-05-29]
Location: Wooyoung's GrandPa's House Tokyo, Japan

Genap setahun pemergian Wooyoung. Ditangannya ada seorang cahaya mata yang berusia 9 bulan. Sambil membuat kerja sekolah, menjaga anak buahnya amat penting dalam tugas hariannya.

Ibunya, Hyerin amat sibuk dengan menjaga atuk nenek yang sakit, mengemas rumah, ada masa sedikit sahaja iaitu menyusukan anaknya, Yurin. Secara tiba- tiba, Air mata Yurin mengalir akibat panas.

Dengan pantasnya, Wooyoung menghentikan pemandangannya dari skrin ke anak buahnya lalu membawanya keluar bilik. Hanya di luar sahaja yang ada penghawa dingin dan katil Yurin.

"Rin Rin Ring! Ikan Yu comel ni nangis kepanasan ni~ canne aku nak tidurkan dia balik?" katanya dengan gelabah sambil meletakkan anak buahnya ke katil bayi.

Mengeluh Hyerin sambil melihat Wooyoung memegang Yurin. Tangannya yang memegang pinggan yang kotor untuk dibasuh disimpan balik ke dalam sinki.

"dodoi jelah dia tu! Takkan aku nak ajar jugak benda senang tu. Macam mak ayah kau tidokan ko! Bukan mak ayah ko dera kau lak nak tido! Tu pun nak kena ajar! Kalau dia still menangis bagi dia susu."

Laju wooyoung membuatnya.. Tanpa mereka menyedari, ada dua orang lelaki baru sahaja masuk ke dalam rumah mereka.

"aaaah ahjushi~ wah~ lama tak jumpa kamu mr Choi!" sapa Mr Jung yang keluar dari bilik tidurnya lalu bersalaman dengan Mr choi.

Selesai mendodoi anak buahnya, perlahan - lahan dia meletakkan Yurin di atas katinya. Suara seseorang di hadapannya terlah membuat Mata Wooyoung dari memandang anak buahnya, melihat seseorang di hadapan pintu rumah.

"C-Choi San.."

"weh... Kau beranakkan budak tu ke??"










[2022-06-15]
Location:Kang Yeosang's House

Turun sahaja dia dari bilik, lampu ruang tamu menyala. Conffeti ditembak ditepi pintunya. Semua rakan - rakannya memakai topi kon hari jadi. Seonghwa yang memegang kek hari lahirnya.

"selamat hari tue ANAK PUNGUUT!" Kata Yunho sambil menepuk bahu Yeosang dengan kuat. Satu rumah boleh dengar kekuatan bunyi itu.

Yeosang terdiam. "la harini birthday aku ke?"

"Ha CEPATLAA TIUP! AKU NA MAKAN KEK NI!" jerit Seonghwa dengan mata bersinarnya.

"kek tu yeosang punya. Ko punya kek tu lupa ke? Kitaorang suprise tetiba kek terpelanting kat muka kau. Habes kitaorang takleh makan" sambung Mingi dengan nada sedih.

Seonghwa mengigit bibirnya. Hati baras membara. Ingin marah tetapi menahan akibat ibu bapa Yeosang tidur di bilik.

Yeosang meniup lilin dengan senyuman di pipinya. Tangan mencubik sedikit kek lalu dimakannya. Semua menepuk tangan dengan perlahan untuk mengelakkan ibu bapanya terdengar. Pantas mereka berlari ke bawah untuk makan kek diekori Yeosang dibelakang.

Hati Yeosang masih kosong. Ketiadaan Wooyoung untuk menyambung Hari Lahirnya. Jika Wooyoung ada, dialah paling awal sekali untuk sampai ke rumah Yeosang. Sambil tidur di bilik Yeosang, bersama satu hari bersamanya..

Yeosang mengeluh, San ternampak senyuman pahit Yeosang. Dia tersenyum lalu pergi ke arahnya.

"sangie~ boleh tak aku nak tutup mata kau?" tanya san sambil menunjuk sehelai kain untuk mengikat matanya.

"kenape?"

"adelaa.." katanya lalu menutup mata Yeosang dengan kain. Tangannya memegang lengan Yeosang, membawanya keluar rumah. Kawan- kawan mereka diam - diam mengekori mereka berdua.

Jantung Yeosang ingin mencabut...dia terlalu takut dan berdebar. Dia asyik berfikir San nak culik dia, padahal San nak tunjuk suprise sahaja. Tangan lembut San memegang lengan Yeosang dan menghentikan pergerakanmya. Yeosang keliru, kepala berpusing tengok sekeliling padahal matanya tertutup.

"aku kira sampai 3...kau buka tau?" cakao San dengan perlahan ditelinganya. Yeosang hanya mengangguk lalu mengira sampai 3.. Perlahan - lahan dia membuka kain dimatanya. Sememangnya San memberikan kejutan untuk Yeosang. Tetapi kejutan ini membuatkan air mata Yeosang mengalir.

"W-Wooyoung..is that you?"

𝐼'𝓂 𝒟𝑜𝓃𝑒 ¦ 𝙹𝚞𝚗𝚐 𝚆𝚘𝚘𝚢𝚘𝚞𝚗𝚐Where stories live. Discover now