part 1

262 38 2
                                    

Lima tahun kemudian...

"betul ni kamu taknak mak hantar kamu ke sekolah? " tanya Puan Woohyeon kepada Wooyoung.

"takpe mak. Yeosang ada. Yeosang kan satu sekolah nge woo. Mak pergi ambil woo aja dekat sekolah ok? " Wooyoung berkata sambil menggalas begnya dan pergi ke pintu rumah.

"mak! Yeosang dah tunggu Woo! Woo pergi dulu ya! " Wooyoung menjerit lalu keluar dari rumah, mengejar Yeosang.

(untuk pengetahuan semua, Wooyoung mengambil kelas private dan tak pernah lagi pergi ke sekolah. K tu je)

"Yeosang!!" Wooyoung menjerit sambil memeluk tekak Yeosang.

"aah Wooyoung sakit lahh!" Yeosang bersuara lalu mengalih tangan Wooyoung dari tekaknya.

"sorry yeosang. Ermm Sang, jauh tak sekolah? " Wooyoung tanya.

"sekolah? Dalam 20 minit kita sampai". Wooyoung hanya sekadar 'o' sahaja.

"nanti kita pergi pejabat dulu then baru cari kawan kawan aku. Takpe. Kawan kawan aku semuanya baik. Kau tak perlu risau" Yeosang kata sambil berjalan sebelah wooyoung.









Location: KQ Ent. High School
"nama panjang? Umur? " tanya kerani tersebut sambil membelek fail nama nama pelajar.

"Jung Wooyoung, 16 tahun." katanya lalu melihat fail nama tersebut.

Kerani itu memberikan nombor loker, buku buku teks dan jadual kelas kepada Wooyoung.
Wooyoung tunduk terima kasih kepada kerani itu lalu keluar dari pejabat. Wooyoung sangat gembira yang dia akhirnya sekolah bersama yeosang.

"woo! Dah ambik ke belum? " Yeosang yang sedang bersandar di koridor pergi ke Wooyoung.

"tak ambik lagi. Dah ni apa!? " Wooyoung menunjuk kertas kepada Yeosang.

"ooohh jomlah cari loker kau.. Loker nombor? "

"106"

"laaa sebelah dengan aku ke? Ha jomlah! " Yeosang membantunya mengangkat separuh bukunya.

Dalam perjalanan ke loker, Yeosang menjerit, "WOII CHACHOS! BERANI KAU SANDAR KAT LOKER AKU!? LOKER KAU SEBELAH TAK NAK SANDAR PULAK!? "

"KEPALA OTAK KAU PANGGIL AKU CHACHOS SEDANGKAN NAMA MAK BAPAK AKU BAGI LAGI BEST-ehh Sayur siapa ni? Jangan jangan kau-"

"KEPALA OTAK KAU! AKU STRAIGHT LAH JAHANAM PUNYA YUNHO! AND JANGAN KEBONGOKKAN PANGGIL AKU SAYUR OKEY!? " Yeosang marah lalu pergi ke arah lelaki tersebut lalu meletakkan buku wooyoung di atas lantai dan membuka lokernya. Wooyoung perlahan lahan pergi duduk bersebelahan dengan Yeosang.

"oh sorry Wooyoung. Ni kawan baik aku, Yunho. Dia baik cuma kami bergurau aja tadi. Alah biasa lah bestfriend forever ever ever" Yeosang kata lalu menjeling ke arah Yunho. Yunho hanya sekadar gelak dan melihat Wooyoung.

"hi Yunho. N-nama aku Wooyoung" Wooyoung memandang Yunho dan menghulurkan tangannya.

"alaaah buat apa nak takut? Aku bukan nak buli kau wooyoung. Aku ni baik orangnya. Jangan takut ok?" Yunho kata sambil bersalam dan menepuk bahu Wooyoung. Wooyoung mengangguk.

"wooyoung sebelah loker yang kosong ni kau punya. Mehh aku tolong bukakkan" Yeosang mengambil kertas daripada tangannya lalu membuka lokernya. Wooyoung memandang Yeosang dan mengangguk.

"kau simpan lah beg dulu. Kelas lambat lagi bermula. Pukul 8:30 pagi baru kelas bermula. Dahlah jom pergi kat pondok. Tak pasal pasal kena marah dari si minion tu" Yunho kata. Wooyoung menyusun semua buku teks dan barang di dalam begnya ke dalam loker dan mengeluarkan buku matematik alang alang malas nak masuk kelas lepas ni dan menutup lokernya.

"Yunho, sapa 'minion' yang Yunho mention tu? " tanya Wooyoung sambil berjalan.

"kau tengok je lah siapa" Yunho kata sambil kenyit mata ke arah pelajar pelajar perempuan. Pelajar perempuan mula menjerit namanya. Mentang mentanglah dialah pelajar paling famous, pelajar pelajar perempuan ramai sukakan dia tetapi dia tak mahu girlfriend.

Dalam perjalanan ke pondok, ada seseorang menjerit,"WOII APA MASALAH DENGAN KAU BERDUA NI!? KAU INGAT NI TEMPAT UNTUK BERCATWALK KE HARH!?"
Yeosang dan Yunho menggenggam tangannya lalu berlari ke pondok itu. Tinggallah Wooyoung berseorangan di situ.

"FIRST OFF KAMI TAK LAMBAT. KAMI BERSEMBANG KAT LOKER TADI KAU RETI BAHASA TAK CHOI SAN!? " Yunho kata lalu mengoyangkan badan dia manakala Yeosang menyiku San. Manusia manusia yang duduk di pondok hanya ketawa kecuali seorang yang membuat kerja sekolah itu.

"eeeeh cop wooyoung! Mehh sini! " Yeosang pergi ke Wooyoung balik dan menariknya ke pondok.

"ni kawan kawan aku. Yang Yunho goncang badan manusia tu, San aka bukit choi yang bising, yang tengok cermin sambil sikat rambut dekat tepi dua orang tu Seonghwa. Yang sedang buat kerja sekolah math tu Jongho, yang pendek pendek pakai topi acah acah bergaya tu Hongjoong aka minion yang Yunho mention tadi dan yang tengah main phone tu Mingi." Yeosang memperkenalkan kawannya kepada Wooyoung.

"aish kalau aku bawak penukul dari rumah aku tadi, tak saja aku hentuk kepala yeosang ni" Hongjoong kata dan membuat muka smirk. Yeosang mengalihkan pandangannya ke San dan Yunho balik.

"kamu berdua tak habis lagi ke bergaduh? Kesian aku tengok si San ni. Nak terpengsan manusia ni. " Seonghwa bersuara lalu meleraikan pergaduhan mereka berdua.

"JongHo, kerja math kau siap tak lagi? Lepasni kau kan math.. " Hongjoong tanya JongHo.

"aaah sikit lagi. Tapi tangan aku tak bagi kerjasama lah haduii" JongHo kata lalu melepaskan pensel dari tangannya.

"dahlah... Phone bateri aku nak habis batery. Nak cari powerbank aku kat loker. Weii Yeosang lepasni kau English kan? Nanti teman aku pergi ke loker kejap. Aku nak ambik powerbank spair" Mingi berkata ke yeosang.

"eo kau ada berapa powerbank sebenarnya? Bagi aku pinjam satu minki! " HongJoong menepuk bahu mingi.

"aku ada banyak tapi yang aku tinggal dalam loker dua. Yang satu lagi tu dah habis batteri. Hehe" mingi menggaru kepalanya walaupun tak gatal pun kepala dia tu. Kesian Hongjoong kena fake hope.

"Nae." Yeosang mencelah. Wooyoung masih tak selesa dengan mereka. Alah sebab dia baru lagi. Kawan dia ada hanya Yeosang je. Yeosang secara tiba tiba menepuk bahu wooyoung.

"aku tahu kau tak biasa lagi dengan ramai orang. But trust me. One day kau akan paham perangai mereka"

𝐼'𝓂 𝒟𝑜𝓃𝑒 ¦ 𝙹𝚞𝚗𝚐 𝚆𝚘𝚘𝚢𝚘𝚞𝚗𝚐Where stories live. Discover now