s3 ep5

18 2 2
                                    

San mengeluh nafas lega selepas selesai menangkap seorang penjenayah. Dia hanya lalu lalang sahaja di kawasan itu dan alangkah indahnya dia terjumpa penjenayah yang terlepas 3 tahun lepas akibat rompakan bank.

San mengari lelaki tersebut sebelum bergerak ke arah kereta dia.

Lelaki itu asyik berkeras untuk dilepaskan. Tetapi San hanya menjawab,

"Lain kali nak buat salah tu tengoklah keadaan. Kau ni pun satu. Tahu larikan diri lepastu nak sentuh budak underage. Memang benyaklah kes mahkamah kau nanti"

Lelaki itu mendengus kasar dan cuba melarikan diri namun san menarik gari dari belakang tangannya sebelum menolak ke pintu belakang kereta polis.

San melihat sekeliling, ramai orang merakam video dan sesetengah daripada mereka bersorak.

Selepas kejadian kebakaran yang dia menyelamatkan hampir 30 orang, San menjadi terkenal di seluruh bandar. Setiap kali dia melakukan tugas di bandar, pastinya ramai yang bersorak dan ingin bergambar dengan San.

San tersenyum sebelum beredar dari tempat itu. Kereta dipandunya 78km/j menaiki bukit. Suspek di belakang itu tidak henti berkasar kepada San untuk melepaskannya tetapi San mengendahnya.

Setibanya di balai polis, San terus membawa suspek ke dalam untuk membantu siasatan.

Walaupun San hanya seorang Captain, dia tidak endah untuk melakukan pekerjaannya, tetapi dia hanya merisaukan kawan baiknya yang seminggu telah ditahan bagi siasatan lanjut berkenaan kes kebakaran.

San melangkah masuk ke suatu bilik, di mana Wooyoung terbaring di atas katil, termenung ke siling.

San hanya berdiri tegak di situ. Terasa kesian. Walaupun Wooyoung tidak bersalah, kes masih diteruskan sehingga suspek berjaya ditangkap.

"Wooyoung...aku datang balik" kata San sambil tersenyum, melihat rakannya.

Wooyoung bangun daripada katil, termenung seketika sebelum dia pergi ke arah San.

Wooyoung meletakkan tangannya dalam poket sebelum berbicara,

"Ada info baru tak?"

San mengeluh dan menggelengkan kepalanya.

"Surat tu je harapan kita. Tapi nama aku paling atas sekali. Aku tak tahulah macam mana. Jongho masih menyiasat surat tu. Yunho dengan Hyerin asyik kena soal hari - hari. Nasib baik harini mereka boleh keluar dari hospital. Tapi Yurin tak boleh jumpa mak ayah dia. Sebab Bang Chan cakap mereka berdua berkemungkinan 'plan' membakar majlis mereka sendiri. Setakat ni Yurin masuk ke rumah anak yatim...nanti aku bawak balik Yurin. Aku taknak Yurin hilang kasih sayang dari mak ayah dia. Aku taknak seorang kanak - kanak menderita"

Wooyoung terdiam. Matanya kelu. Dia mendengus kasar dan mengigit bibirnya. Wooyoung memandang ke lantai dan bersuara,

"Kali ni, suspek kemungkinan di antara geng kita"


























Setelah selesai shift, San terus ke Royal Park Adoption Center. Dia berpakaian biasa sahaja dan dalam kereta tersebut sudah tersedia pakaian dan keperluan untuk menjaga Yurin. Walaupun dia sibuk dan tidak tahu cara menjaga anak kecil, dia akan sedaya upaya untuk menjaganya.

San memandang jam tangannya yang menunjukkan pukul 4 petang.

San mengeluh dan beredar dari kereta, terus masuk ke dalam bangunan itu.

Dinding dipenuhi dengan tampalan lukisan kanak- kanak dan suara riang kanak - kanak yang berlari sana - sini. San tersenyum dan terus mara ke kaunter.

"Choi San?"

San mengangguk. Matanya tertumpu ke arah kanak - kanak berlari.

Perhatiannya dikacau dengan seorang cikgu..yang memegang Yurin. Mukannya dipenuhi lebam dan sedikit luka di lengan. Mata san terbuntang lalu mengangkat Yurin.

"A-apa berlaku kat Yurin? Kau kata kau jaga dia elok elok!" San menjerit sambil memeluk erat Yurin.

Guru yang berada di kaunter hanya memandang San sambil tersenyum, lalu berkata,

"Kami tak buat apa - apa kat dia. Dia terjatuh lantai je. Dia sangat nakal dan sangat buas"

"Lepastu dia suka kacau budak lelaki-"

"Tipu!" San mendegus kuat. San hanya memandang mereka dengan nada tidak puas hati.

"Aku dah kenal budak ni dari kecil lagi. Budak ni introvert. Dia rela bersendurian. Takut dengan dunia luar. Dia pendiam. Takkan dia nakal?! Aku Choi San, Lieutenant Choi, aku akan keluarkan surat waran tangkap. Selepas selesai aku bawak budakni ke hospital" tambah San sebelum meninggalkan tempat tersebut.

Yurin dari tadi mendiamkan diri. Dia tidak mengeluarkan apa - apa reaksi dan hanya menggemgam kolar baju San.

San melihat Yurin dan tersenyum sebelum mengusap kepalanya,

"Uncle janji uncle bawak Yurin jumpa balik mama papa Yurin eh. Tapi sekarang ni kita jumpa dengan Uncle Yeosang dulu"

Yurin menganggukkan kepalanya dan melihat San.

"Thank you, uncle gunung"





















"Bergitulah ceritanya.." kata san sambil mengeluh. Dia hanya memandang Yeosang merawat Yurin.

Yeosang perlahan - lahan menyapu ubat ke luka Yurin. Yurin berjaya ditenangkan dengan menonton cerita 'Frozen' yang dipasang di telefon Yeosang.

Yeosang mengeluh.

"Aku dah cakap kat diaorang. Biar aku je ambil Yurin. Diaorang cakap Yurin dah ada. Nasib kau ada. Kalautak Yurin tak de kat hidup ni" kata Yeosang sambil melihat Yurin.

"Macam mana aku nak explain kat Yunho ni... this is sexual abuse-"

San menepuk bahu Yeosang dan tersenyum.

"Kau doktor aku polis. Kita kena ada lawyer je. Baru confirm kita meletops!" Kata San dengan teruja.

Yeosang mengeluh dan mengeluarkan sedikit senyuman. Walaupun Yurin bukan anak mereka tetapi sejak kecil Yurin ini bagaikan bidadari yang menyelamatkan mereka dari terputus hubungan erat dan mengajar mereka erti keluarga. Tanpa Yurin, mungkin persahabatan mereka antara 8 orang boleh berakhir dan Wooyoung mungkin dah bunuh diri.

Bebola biji mata yurin terlihat sebuah notifikasi telefon Yeosang.

'Calling From Jeong Yunho'

Yurin terus tersenyum lalu mengangkat panggilan itu.

"YOYO!" Yurin menjerit sambil melihat Yunho terbaring di atas katil.

Yunho terkejut ada kesan lebam di muka Yurin.

Muka San dan Yeosang dah cuak. Yeosang cepat - cepat ambil telefon dari Yurin.

"Weh weh sorri emergency jap eh aku endcall-" yeosang baru sahaja ingin menghentikan panggilan tetapi Yunho terjerit- jerit dari panggilan itu.

"ANAK AKU DAH KENAPA LEBAM - LEBAM TU?! KAU SEMBELIH BUDAK TU KE?! KAU INGAT SENANG KE AKU BUAT TU TU DENGAN HYERIN?! OH SENANG HATI JE KAU PUKUL ANAK AKU!" Yunho mendengus sambil melihat skrin telefon dengan mata tajam.

San terus merampas telefon Yeosang. Dia geram kerana asyik dituduh buat benda salah.

"EH HELLO SIKIT SIAPA YANG BUAT TU TU TAKDE RASA BERSALAH?! YURIN PUN BUKANNYA DATANG SAY HI HI BYE BYE! KAU TU TAK JAGA PERASAAN LEPASTU TAHU - TAHU DAH JADI BAPAK. ACU SEDAR SIKIT MASALAH KAU NI YUNHO! LAIN KALI TANYA DULU NI TAK KAU TUDUH KITAORANG! DAH CIAO AKU NAK BLOCK!" Jerit San sebelum menekan butang merah.

Semua nurse yang merawat pesakit melihat arah San. Bukan Nurse je, Pesakit yang coma pun boleh terjaga sebab San jerit.

Yeosang menepuk kepala lalu mengeluh.

"Tak pasal - pasal aku jadi orang tengah"

🎉 You've finished reading 𝐼'𝓂 𝒟𝑜𝓃𝑒 ¦ 𝙹𝚞𝚗𝚐 𝚆𝚘𝚘𝚢𝚘𝚞𝚗𝚐 🎉
𝐼'𝓂 𝒟𝑜𝓃𝑒 ¦ 𝙹𝚞𝚗𝚐 𝚆𝚘𝚘𝚢𝚘𝚞𝚗𝚐Where stories live. Discover now