s3 ep3

18 1 0
                                    

''...baiklah. Berita seterusnya... Malang tidak berbau kepada pasangan baharu usahawan Jung Hyerin, pemilik Syarikat The Hyeir's Snd. Bhd dan suaminya, Jeong Yunho serta anaknya apabila majlis perkahwinan mereka hangus dijilat api. Seramai 53 cedera parah dan 10 orang maut terutama warga emas dalam nahas tersebut. Polis telah menjumpai sebuah rakaman video berdurasi 30 saat sebelum lori yang hilang kawalan merempuh pintu utama dewan dan suspek utama dalam kes ini ialah Jung Wooyoung, orang kanan Syarikat The Hyeir's Snd. Bhd. Kini, beliau ditahan dan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut. Seterusnya..-"

Beep...

Yunho menghela nafas berat apabila menonton Buletin Utama pada televisyen. Bukan sahaja Wooyoung ditahan, malah ramai pekerja The Hyeir's juga ditahan kerana disyaki terlibat dalam kemalangan tersebut.

Bebola mata Yunho menjuling ke arah kakinya yang terbaring di atas katil, masih patah. Doktor memberitahu kakinya akan pulih selepas sebulan.

Yunho berpaling ke arah isteri baharunya yang sedang memberikan Yurin susu. Yurin mula menghidapi penyakit asma selepas kejadian itu. Hyerin pula perlu berjumpa kaunselor setiap minggu dan setiap pukul 8 pagi, inspektor akan berjumpanya untuk membincangkan pasal kejadian perkahwinan itu.

"hye-ssi~ tak nak bagi attention kat aku ke? Tak sian eh kat aku kaki dah patah?" Yunho merungut. Dia menepuk katilnya dengan perasaan tidak puas hati melihat Yurin sahaja yang mendapat 'attention' dari Hyerin.

Hyerin menjeling.

"kau hari - hari aku boleh tengok. Budak ni mana aku boleh jumpa. Kau pulak diri sendiri boleh main Nintendo kan? Kau bazir banyak duit beli mainan tak ada guna lepastu tak guna buat apa?! Sekarang sibuk nak aku layan kau? Hmph. Hampeh. Dah la kau" Hyerin berleter. Yunho terdiam lalu merajuk. Membisukan mulutnya dengan berpaling ke arah lain.

"Ha merajuk merajuk. Nanti malamni kau nak mandi aku taknak tolong kau. Suruh nurse seksi - seksi kat luar tu mandikan kau. Malas aku layan" tambah Hyerin lagi.













San POV: mula
Soalan demi persoalan ditanya dalam group mesej mereka. Tidak henti soalan terkeluar. Sehingga bergetar poket seluarnya. Dia menekan aplikasi 'whatsapp'.

8 ekor beban😓💔
ShiningHwa:apa maksud kau Wooyoung bawah penjagaan Polis?! APA DIA BUAT WEH?!

MiniOwnerKedai: WOOYOUNG APA?!

FIX_oN: otak tak boleh brain sekarang... Terangkan betul - betul kenapa?

AyahYurin: ni semua salah aku... Kalaulah majlis ni tak berlaku... Mesti tak berlaku kebakaran ni.. Sampai si  Wooyoung kena gari :(

TehBohYeos:tak... Bukan salah kau. Ada satu video tular yang seseorang berwajah macam Wooyoung bercakap dalam telefon... Lepas je dia masuk dewan, terus lori langgar pintu. Polis tengah syak suspek utama Wooyoung sekarang...
M

iniOwnerKedai: phone Wooyoung kat mana sekarang?

TehbohYeos:polis rampas. Dia baru je nak mesej scandal dia..terus kena
rampas. Kesian betul

Anak Bongsu: @/ SantanKepala boleh terangkan secara lanjut tentang keadaan yang sedang berlaku sekarang?

SantanKepala: seen.


aku membaling telefon bimbit aku tepat pada sofa besar aku di tepi tingkap pejabat. Sekarang waktu untuk aku berehat tetapi kepala aku serabut dengan kerja... Lagi - lagi dengan kes baharu ini.

𝐼'𝓂 𝒟𝑜𝓃𝑒 ¦ 𝙹𝚞𝚗𝚐 𝚆𝚘𝚘𝚢𝚘𝚞𝚗𝚐Where stories live. Discover now