part 9

114 25 2
                                    

"let it all out, woo...let it all out~" yeosang kata sambil memegang badan lemah Wooyoung. Wooyoung muntah di tepi pokok yang diikat tadi sambil JongHo menepuk belakangnya.

Flashback...

"Yun mana Wooyoung ni? Lama gila dia pergi.. Dah enam jam dia keluar tak balik balik. Risau lah" kata Hyerin sambil baring di atas peha Yunho.

Yunho main game sambil usap rambut Hyerin. "nanti dia balik lah tu. Tunggu ehh". Semua orang melakukan aktiviti diaorang. Sehingga...

"HYUUUNG!!!! " Jongho dari bilik Wooyoung menjerit sampai ke bawah. Semua melihat JongHo dengan pandangan pelik.

"kau dah kenapa Jongho?" tanya Mingi sambil makan lolipop berperisa strawberi.

"b-buka group... T-tengok aku jumpa apa..." JongHo cakap dengan cemas. Mereka segera melihat group chat dan menekan video yang JongHo hantar.

Wooyoung berjalan ke hadapan. Dia berada dalam hutan. Kamera yang merakamnya berada di belakangnya. tetiba badan wooyoung terangkat dan badannya menjadi upside down. Dia menjerit. Kakinya terikat dengan tali pada pokok. Suara orang gelak sangat kuat.

"YAH! TURUNKAN AKU! " Wooyoung menjerit. Diaorang ketawa lebih kuat. "tengok dia ni. Padam muka dia. Siapa suruh degil sangaaat~" kata Mingyu.

"i believe i can flyyy~ i believe i can touch the skyy~ padam muka kau! " Jaesuk kata lalu membuat aksi Wooyoung tertarik pada tali di kakinya itu. Diaorang tak habis habis gelak. Hyunjin pergi dekat dengan Wooyoung dan menepuk muka dia.

"selamat tinggal budak jung! Kitaorang nak balik dahh" hyunjin cakap lalu menolak Wooyoung sehingga tali terhuyung hayang disitu. *ended*

Semua terkejut melihat video itu. Mereka tak sangka target diaorang adalah Wooyoung.

"k-kita kena selamatkan Wooyoung!" Yeosang kata lalu berdiri.

"aku setuju"

"aku pun"

Semua bersetuju.

"aku nak ikut korang" Hyerin bersuara lalu berdiri. Yunho mendudukkan Hyerin balik.

"andwae. Kau kena jaga rumah. Hutan tu bahaya. And rumah ni tak ada orang. Nanti kitaorang bawak Wooyoung balik" kata Yunho sambil membelai rambut Hyerin. Hyerin hanya sekadar mengeluh dan mengangguk.

"korang cepat! Kita kena cari dia! Dah nak waktu senja ni! " HongJoong kata dan pergi ke tempat dia park motorsikal dia. Semua keluar kecuali Hyerin. Jongho duduk dibelakang Hongjoong, Seonghwa membawa motorsikal dan mengendong San, yang lain semua basikal.

"kitaorang pergi dulu! " jerit Yunho lalu semua keluar dari pagar rumah Wooyoung. Hyerin melambai mereka kat pintu rumah dengan pandangan cemas.

'woo... Baliklah cepat. Aku risau gila ni'
















Dekat satu jam diaorang mencari Wooyoung tetapi tak jumpa jumpa.. Diaorang cari di merata tempat sehingga...

"Korang! Basikal Wooyoung! " Mingi menjerit lalu menunjuk basikal yang tersandar pada pokok. Semua pergi ke arah situ dan meletakkan kenderaan disitu.

"aku rasa wooyoung mesti tak jauh dari sini" Yunho kata lalu mengambil pisau dari begnya.

"ehh sejak bila kau bawak? " tanya Mingi.

"tch.. Korang sendiri nampak dia terikat pada pokok. Mestilah kena ambik" Yunho dengan selambanya melempar pisau ke udara dan menangkapnya. Nasib dapat tangkap. Matiey anak orang nanti kan ._.

Semua berpecah ke dalam hutan. Mereka mencari sambil menjerit namanya... Tapi diaorang lupa. Mereka tinggal Yunho seorang diri ㅠㅠ .

"koraaang apa ni tinggalkan akuu~" Yunho berlari masuk ke dalam hutan dan pergi jalan lurus sehingga nampak sesuatu. Benda hitam dan terhayun.

"ehh... Macam kenal.. " yunho kata lalu pergi ke situ. Dia menjerit kuat gila. Kalah jeritan Wooyoung.

"YAAAAH ADA MAYAT MANUSIA SINIIII AAAAAHHH MAMAAAAA- ehh Wooyoung lah aigoo~" Muka Wooyoung pucat lesu, mata tertutup, tangan terhayung di udara. Semua berlari ke arah Yunho selepas terdengar jeritannya tadi.

"San! Kau panjat pokok tu. Yun kau bagi pisau kat San biar senang dia potong tali tu. Orang lain cepat tangkap Wooyoung. Seonghwa, bak sini air sedikit.. " arah HongJoong. Semua mengangguk dan membuat apa suruh HongJoong. San mula memanjat hingga ke tali tersebut.

"korang aku potong tau! 1...2..." San kata lepastu berhenti.

"YA CHOI SAN CEPATLAH POTONG! SEBELUM AKU POT-" Badan Wooyoung terjatuh atas mereka. Tak sempat si Mingi habis berleter. Mereka sempat sambut Wooyoung kecuali Mingi sebab terhantuk kepala kat kasut Wooyoung.

"aduii" mingi menggosok kepalanya. Yang lain semua dah pergi kat Wooyoung. Seonghwa mencurahkan air sedikit kat muka Wooyoung. Selepas mencurahkan semua air dalam botolnya, Wooyoung terjaga dan terasa mual..
____________________________

End flashback












"korang macam mana dengan Wooyoung tu? Pucat gila muka dia. Nak bawa pergi hospital tak?" tanya San.

"kita pat-"

"j-jangan.. A-aku nak r-rest r-rumah" kata Wooyoung tergagap dan badannya tak mampu berdiri lagi dan terjatuh. Nasib Yeosang ada disitu. Dan sekali lagi.. Mingi kena potong ayat..

"tapi aku rasa kita kena bawak dia balik juga. Ehh yeosang ayah kau doktor kan? Rawat dia selalu. Kalau nak bawa pergi hospital pun bukan mak ayah dia ada sini pun" kata Seonghwa. Semua mengangguk.

"ok. Kalau camtu, San kau bawa basikal Wooyoung,jongho kau belakang aku, pegang Wooyoung. Siapa yang tangan kosong bawa beg Wooyoung" arah HongJoong dan mengangkat beg Wooyoung.

Semua mengikut arahannya dan pergi balik ke tempat mereka letak kenderaannya dan pulang ke rumah Wooyoung. Oh beg dia siapa ambil? Yeosang lah. Sebab dia sahaja bawa diri.

(sorry chapter ni terhibur sikit hehe)

𝐼'𝓂 𝒟𝑜𝓃𝑒 ¦ 𝙹𝚞𝚗𝚐 𝚆𝚘𝚘𝚢𝚘𝚞𝚗𝚐Where stories live. Discover now