s3 ep4

18 2 0
                                    

❗️❗️TW: suicide attempts

Seonghwa memegang sebuah bekas makanan yang diisi sesuatu. Dia berjalan ke arah bangunan sebelum masuk ke dalam bangunan tersebut. Pegawai keselamatan menahan dia dan bertanya,

"Nak jumpa siapa?"

Seonghwa tersenyum sambil memegang bekas itu.

"Park mimin. Dah buat temu janji dengan manager dia."

Dia pun diberi masuk ke dalam bangunan itu. Bangunan 71 tingkat, dimiliki oleh syarikat Dreams, di mana semua pelakon, penerbit dan terutamanya penyanyi tinggal di situ. Seonghwa menaiki lift dan menekan butang tingkat 29.

---------

"Mimin-ssi, ada orang nak jumpa" kata producer yang baru sahaja merakam suara Mimin untuk lagu baharu mereka.

Mimin menyimpan kembali headphone ke atas rak dan keluar.

"Linzy, kau rekodlah dulu. Nanti aku datang balik" kata Mimin sebelum menutup pintu.

Linzy, berumur 22 tahun, berambut panjang coklat hitam melihat Mimin keluar. Linzy adalah seorang gadis berduo bersama Mimin tetapi di mata orang ramai, semua hanya melihat Mimin kerana kecantikannya dan suaranya yang sangat mergah.

Linzy bagaikan terpinggir... seperti dia tidak wujud dalam duo tersebut. Linzy mengeluh dan masuk ke dalam studio untuk merakam suaranya.
___

"Aku tahu kau diet..tapi sekali sekala kan aku jarang masakkan kau" kata Seonghwa sambil membuka bekas makanan yang dia sediakan.

Lauk ayam sambal kicap bersama telur rebus. Nasi putih dan sayur kangkung.

Mimin tersenyum melihat tunangnya sambil memegang sudu. Sudah lama dia mengidam memakan makanan Malaysia.

"Macam mana kau tahu cara nak masak ni?" Tanya mimin lalu dia mula mencebok makanannya.

Seonghwa tersengih. Hatinya berdegup kencang.

"Ada pekerja dekat restaurant tu orang malaysia. Dia pun banyaklah bagitahu resepi sedap - sedap. Aku pun trylah buat. Aku tak tahu pulak makanan kalini sedap" katanya sambil menggaru kepalanya.

Mimin tersenyum dan meneguk airnya.

"Esok Mimin ada shoot music video lagu baru...kalau boleh marilah datang tengok"

"Uih! Boleh je!"




















Yeosang mengeluh sambil melihat karenah dua pasangan di atas katil ward. Mereka tidak bertegur sapa.

Yurin sehingga menangis tetapi tidak ada sesiapapun memujuk untuk hentikan dia daripada menangis.

Yeosang menggelengkan kepalanya lalu berjalan menuju ke arah Yurin dan mengangkatnya.

"Yurin nak ikut doktor pergi playground tak?" Tanya Yeosang dengan suara mesranya yang boleh membuatkan semua gadis 'fall inlove' dengan dia.

Yurin mencebik.

"Bwek! Yoyo kata kita jangan nak ikut orang yang tidak dikenali pergi mana - mana tanpa ada pengawasan mommy daddy."

Yeosang mengeluh. Sejak bila budakni pandai berkata - kata ni? Ni mesti ikut mulut Jeong Yunho.

Yeosang mengalihkan pandangannya ke arah Yunho yang masih melihat pandangannya ke dinding.

"Yunho, anak kau ni memang biadap ke? Aku kenal dia dari kecik lepastu dia buat - buat tak kenal aku?!" Tanya yeosang dengan keadaan marah.

Yunho berpaling ke arah mereka.

"Bukan salah aku kau tak bagi Yurin penuh kasih sayang..kan dah kena aku tak tahu" bagitahu Yunho sebelum berputar ke arah dinding balik.

'Eh dedua mak ayah pun tak boleh harap langsung. Nasib aku tak kawen lagi...'

"Ikut pandai hang berdualah. Kalau Yurin kena culik sekali lagi aku taknak bertanggungjawab" kata Yeosang sambil berjalan menuju ke arah pintu sambil mendukung Yurin.

Mula - mula Yurin masih bertegas..tetapi apabila dia melihat lolipop strawberri atas meja, dia lupakan apa yang dia mencebik seketika tadi.

'Like bapak like daughter. Copypaste'

Pada ketika itu juga, 4 orang anggota polis masuk ke dalam bilik tersebut. Dua orang anggota polis menjaga pintu masuk bilik yunho dan hyerin.

Yeosang melihat Yurin lalu tersenyum.

"Takpelah Yurin, nanti uncle bawak Yurin jumpa Micky Mouse. Papa dengan mama u sibuk tau" kata yeosang sambil tersenyum..













Setelah Linzy siap merakam suaranya, dia keluar dari studio hanya melihat Mimin beramah mesra dengan chef terkenal. Mimin tidak dihalang jika dia tidak mahu diet tetapi company mereka sangat bertegas kepada Linzy sehinggakan akan menghukumnya.

Linzy terasa bagaikan dia ingin meninggalkan dunia musik walaupun sudah lama dia berusaha. Dia menjadi seorang trainee pada usia 13 tahun dam mula menyanyi pada kaca skrin pada umur 19.

Ibu bapanya semua meninggalkan Linzy kerana mereka beranggapan Linzy tidak akan mencapai cita - citanya dan menyuruhnya mengalah... pada usia 15 tahun, dia diusir keluar dari rumah.

Linzy melangkah keluar daripada bangunan tersebut laku berjalan ke arah jambatan. Air matanya dikesat apabila teringat peristiwa di mana semua staf melayan dia seperti kerbau... dia dipandang rendah akibat ketinggiannya yang rendah.

Angin bertiup sempoi - sempoi. Cuaca mendung tetapi ramai pejalan kaki masih berjalan walaupun dah senja...

Kebanyakkannya semua berjalan berpasangan. Hanya Linzy sahaja yang berseorangan.

Air mata Linzy bertakung. Dia terhenti lalu mengelap air matanya yang bertangkung. Dia menangis teresak - esak.

'Aku nak mati...aku taknak lagi jadi penyanyi..'

Kata Linzy dalam hati sambil berlari menuju ke arah jambatan.

Matanya terfokus ke arah sungai di bawah jambatan. Kalaulah dia terjun ke bawah...mesti tiada sesiapa tahu kan..?

Dia mengesat air mata.. kakinya mula memanjat jambatan itu tetapi...

Ada sebuah tangan menariknya daripada jambatan itu.

Linzy cuba menolak perempuan itu tetapi...

Linzy lemah sambil menangis di atas lantai. Hanya mereka berdua sahaja yang berada di situ.

Setelah beberapa lama, mata Linzy melihat ke arah perempuan itu.

Perempuan itu tersenyum.

"Aku Soon Ah...panggil je Soon... aku ex tunang Seonghwa. Alah lelaki yang tengah tunang dengan member kau tu, Mimin~" kata perempuan itu sambil bersalaman dengan dia.

Linzy terpaku.

Linzy bertanya dengan wajah yang masih sedih..

"Kenapa kau selamatkan aku... aku nak mati..kau tak sepatutnya selamatkan aku..biarlah Mimin sorang je terkenal..aku tak perlu pun"

Soon Ah tersenyum.

"Aku selamatkan kau sebab aku nak bagi revenge kat Mimin. Takkan kau taknak revenge kat dia"

Soon Ah memeluk bahu Linzy.

"Bayangkan... Mimin suddenly dies and Seonghwa depressed... ur name will be famous... and all of the compan asets belongs to u...takkan kau taknak famous jugak Linzy?"

Linzy terkedu... dia memikirkan nasibnya nanti... mestilah orang akan tangkap...tetapi untuk menaikkan namanya di kaca televisyen..

"Aku setuju"

𝐼'𝓂 𝒟𝑜𝓃𝑒 ¦ 𝙹𝚞𝚗𝚐 𝚆𝚘𝚘𝚢𝚘𝚞𝚗𝚐Where stories live. Discover now