𝕡𝕣𝕠𝕝𝕠𝕘

517 38 2
                                    

˜"*°• 14 Mei 2014 •°*"˜

Location: Jung's Old House

"mama,kenapa kita kena pindah korea? Wooyoung suka duduk sini."  Tanya Wooyoung sambil memegang sekotak baju miliknya. 

"Wooyoung,kita pindah sebab papa ada kerja baru kat sana. Woo kenalah paham." jawab maknya lalu mengambil kotak daripada tangannya.

"kena pindah ke? biarlah woo tinggal dengan nenek." Wooyoung kata lalu menggalas beg galasnya.

Maknya mengeluh lalu berkata, "woo kena paham. Nenek dah tua. Mama dengan Papa risau kalau woo duduk sini. Nanti kalau Woo cari kan? susah mama papa. Mama dengan Papa tunggu bawah ya." maknya keluar dari bilik itu dan pergi ke tingkat bawah lalu menyerahkan kotak yang terakhir kepada suaminya. 

Wooyoung mengeluh sambil melihat bilik lamanya kini kosong. Barang barang yang tergantung di dinding telah dicabut dan diletakkan dalam lori.

       Wooyoung tidak mahu pindah. Yalah. Rumah inilah rumah yang dia dibesarkan dan banyak memori dia buat kat rumah ini. Air mata mula mengalir apabila teringatkan memori rumah ini.

     
        Mak dan Ayahnya menunggu Woo di pintu rumah. Mereka pun taknak pindah tapi nak buat macamana, kerja tetap kerja nak cari rezeki. 

"Wooyoung aaah! time to go!" jerit ayahnya sambil mengangkat beg tolak miliknya dan Wooyoung lalu pergi ke kereta.Wooyoung mengelap air mata lalu keluar dari bilik itu.



Location: Haneda International Airport

"passport dah ada?" tanya maknya. Wooyoung mengganguk lalu mengambil passport dari beg galasnya. Sambil menunggu kapal terbang Korean Air, ayahnya pergi ke 7 eleven untuk membeli ramen hot cup dan makanan ringan kepada mereka. Wooyoung bangun dari tempat duduknya lalu pergi ke tingkap yang besar untuk melihat landasan kapal terbang. Walaupun Woo dah terbiasa dengan benda ini tapi woo sangat suka melihat kapal terbang lagi lagi yang baru mendarat.

maknya pergi ke 7 eleven untuk membantu suaminya mengangkat ramen. Tinggalah Woo berseorangan di situ. Wooyoung memandang belakang dan melihat tempat yang diduduki oleh maknya telah diduduki  orang. Woo mula menggelabah lalu menoleh ke kiri dan kanannya tetapi tiada. Dia terus meninggalkan tempat itu dan mencari mereka. Semasa mencari mak ayahnya, dia ternampak seorang budak seumur dengannya, menangis di tepi dinding. Wooyoung pergi ke budak itu dan menemaninya.

"kenapa awak menangis?" tanya Wooyoung kepada dia.

"aku hilang mak ayah aku. A-aku takut." jawabnya.

Walaupun dia tak tahu macam mana nak tolong, jadi dia duduk di sebelahnya. Dia ternampak mak ayahnya berjalan. Dia terasa lega lalu berlari ke arahnya.

"mama! Papa! T-tolong" Wooyoung kata. Mak ayahnya keliru lalu wooyoung menarik tangan mak ayahnya ke budak tersebut.

"d-dia hilang m-mak ayah dia. Tolong dia please? "Wooyoung kata. Maknya memberikan ramen cup kepada Wooyoung lalu duduk bercangkung di hadapan budak itu.

"adik tak apa apa? Mama dengan papa mana? " tanyanya. Budak itu melihatnya dan menjawab,  "m-mak p-papa t-tadi k-kata suruh t-tunggu t-tapi s-sa-saya p-pergi kat lain. L-lepas-stu m-mama dengan p-papa-" dia menangis teresak esak. Wooyoung berasa simpati akan nasib budak itu. Jadi maknya membawa dia ke pegawai terdekat untuk memberitahu pasal budak itu.

Wooyoung memberi ramennya kepadanya. "nama aku Wooyoung! Jung Wooyoung! Apa nama kau? " tanya nya.

"K-Kang Y-Yeosang. Yeosang. Gumawo~" Yeosang kata lalu mengambil ramen itu. Mereka berborak sehingga-

"Yeosang sayang! " kedengaran suara memanggil nama yeosang. Yeosang berhenti makan dan memberikan ramen kepada Wooyoung lalu lari ke genggaman mak ayahnya.

Mak ayahnya memeluk yeosang dengan erat. Tak sangka mereka tinggalkan Yeosang seorang diri di lapangan terbang besar ni. Kepala wooyoung digosok ayahnya lalu berkata,

"kau dah selamatkan dia, Wooyoung. Tak tahulah nasib dia kalau tak jumpa dengan mak ayahnya." Wooyoung senyum dengan kata kata ayahnya.


Location: Kapal Terbang Korean-Air

Wooyoung duduk bersebelahan maknya sambil menunggu kapal terbang berlepas. Ayahnya duduk do belakang Wooyoung. Wooyoung melihat penumpang sibuk meletak barang di atas kepalanya. Sambil melihat, dia ternampak yeosang semula.

"ermm ni kerusi d-6 kan? " tanya yeosang. Wooyoung mengganguk. Yeosang lalu duduk di tepinya dan memakai tali pinggang. Wooyoung masih terkejut yang Yeosang duduk sebelahnya sekarang.

"a-aku tinggal korea. Aku datang sini sebab nak jenguk family aku. Aku pandai cakap Jepun sebab tu kau senang paham. " Yeosang kata sambil memandang mak ayahnya di kerusi hadapan.

"aku nak pindah Korea sebab urusan family. Aku taknak pindah tapi aku kasihankan mak ayah aku." jawab Wooyoung sambil bermain dengan tali pinggang.

Selepas kapal terbang berlepas, mereka tak habis lagi cakap sesama mereka. Yeosang menceritakan pengalamannya di sekolah. Wooyoung hanya sekadar mendengar. Walaupun dia tak berpengalaman dengan sekolah, dia masih ingin tahu.

Setibanya di Korea, Wooyoung tidur di atas dada ayahnya sementara maknya mengangkat barang. Keluarga Kang juga berada di situ. Mereka juga berkongsi nombor telefon dan berborak sementara menunggu bas. Yeosang hanya memerhati si Wooyoung tidur di atas dada ayahnya.





Di situlah mereka mula rapat. Rumah mereka juga bersebelahan. What a coincidence. Mereka selalu makan malam bersama sama dan membuat aktiviti bersama sama. Kadang kadang mereka menyuruh untuk menjaga anaknya semasa mereka tiada di rumah. Wooyoung dengan Yeosang sangat rapat sampai boleh dikatakan adik beradik.

𝐼'𝓂 𝒟𝑜𝓃𝑒 ¦ 𝙹𝚞𝚗𝚐 𝚆𝚘𝚘𝚢𝚘𝚞𝚗𝚐Where stories live. Discover now