s2 ep 7

53 10 6
                                    

Iyo semua.. 2nd episode sebab last week ai lupa nak update.. Yang tak baca ep 6 tu pergi baca cepat! Kalau dah baca tu.. Hehe..
Ha sila - sila baca :>
















[location: KQ Ent. High School]
Seminggu sebelum Wooyoung masuk sekolah sana...

"weh kau tahu tak yang group Ateez nanti nak cari member baru?" cakap seseorang perempuan yang berbisik dengan kawannya. Mingyu yang sedang mengambil barang di dalam loker mencuri - curi dengar.

"aahlah..aku dengar diaorang tengah cari lagi.. Tapi kan, diaorang mesti cari orang yang kuat - kuat macam si Choi San tu ataupun si cerdik seperti Choi Jongho. " kata kawannya. Perempuan itu tersengih kecil sambil menutup lokernya.

"mesti best kan kalau aku member tu" kata Mingyu di dalam hati lalu lekas pergi ke kelas, tetapi dia terhenti di sebuah kaki lima yang mempunyai tujuh orang lelaki, makan sambil bermain telefon, membuat kerja sekolah.

Mingyu masih baru di situ, dalam 3 bulan dia pelajar baru disitu. Dia dikekalkan selepas dia mendapat skor teruk di sekolah lamanya. Dia masih tidak ada rakan disebabkan grednya yang teruk. Dia hanya mampu mengintai apa mereka buat.

"weh korang.. Aku dah carikan member baru" cakap seseorang yang duduk di atas pokok, suaranya mirip seperti Kang Yeosang, ramai orang cakap yang Yeosang tu akan jadi Ketua Murid sekolah, dengan gaya pemakaiannya membuatkan para pelajar perempuan menyukainya.

Semua memandang Yeosang. Yeosang meletakkan phone di atas kaki lima dan menarik, menghembus nafas.

"Jung Wooyoung... Korang kenal kan Wooyoung?" semua mengangguk. Jongho mula menyapuk.

"kenapa dia Hyung? Kitaorang tak berbincang lagi kan~"

Yeosang hanya tergelak kecil.

"dia kan pindah sini 5 tahun.. Dia ada masalah sosial, dia tak ada kawan macam aku ni ha. Dia asyik duduk dalam bilik.. Dia tu homeschool tapi cikgu homeschool dia tu jahat, masa mak ayah wooyoung keluar, dia dera Wooyoung kalau Wooyoung hilang dari pandangan mata dia.

Mak ayah dia macam tak peduli dengan Wooyoung.. Ada satu kali tu kawan ayah dia pukul Wooyoung sebab dia tak pakai baju dia elok, mak ayah dia tak marah ke.. Tak halang ke.. Biarkan je. Dia nak anak dia skor A je. Tapi lepas aku start pergi rumah dia, dia masih diam, taknak bagitau masalah dia..

Sampai aku jumpa satu diari dia pasal cikgu homeschool dia. Aku apa lagi? Bagitahulah mak ayah aku. Nak suruh bagitau mak ayah dia!? Tch.. Anak dia lapar pun still sibuk pasal result" kata Yeosang sambil mengeluarkan keluhan dan memandang bawah. Hatinya sayu teringat Wooyoung di rumah. Semua meng'o'kan suara lalu mengangguk kepala, bersetuju.

Hati Mingyu terasa lemah. Dia baru sahaja ingin mempelawa dirinya untuk menjadi salah satu daripada kawan diaorang tapi, dah ada member baru. Tak ada harapanlah bagi dia.

"jung wooyoung ea nama dia?" kata seseorang lalu menarik tangan Mingyu membuatkan dia terkejut, dibawa ke belakang sekolah.

Dihadapannya terdapat dua orang lelaki yang tidak memakai leher dan rambut panjang sampai ke mata. Badan mereka tinggi melebihi paras ketinggian dia. Perlahan dirinya kebelakang dan bahunya terlanggar dinding.

"janganlah takut.. Kitaorang nak tolong kau je.. Aku Jaesuk" kata salah seorang daripadanya sambil menghulurkan tangan.

"do you wanna join us?"















Hari Hyerin pindah ke Kq Ent. High School...

Mata Mingyu dari tandas memandang Hyerin dengan mata bersinar seperti dia melihat bintang - bintang bersinar di hadapan ia. Di sebelah Hyerin adanya Wooyoung yang memegang tangan Hyerin, Hyerin tidak biasa dengan suasana ramai dan melihatnya. Hyerin melalui di hadapan Mingyu sambil mengeluarkan senyuman manisnya di hadapan semua orang.

𝐼'𝓂 𝒟𝑜𝓃𝑒 ¦ 𝙹𝚞𝚗𝚐 𝚆𝚘𝚘𝚢𝚘𝚞𝚗𝚐Where stories live. Discover now