part 7

128 25 11
                                    

Wooyoung hanya sekadar mendengar suara San dengan Mingi bergaduh di tingkat bawah. Wooyoung bersandar pada pintu biliknya sambil melihat kesan lebam dan luka di bahagian lengan dan muka.

Dia mencabut hoodienya perlahan lahan dan melemparkannya ke atas katil. Baju kemeja T yang dipakainya penuh dengan kesan darah. Torehan pada lengannya membuatkan lengannya lebih sakit. Walaupun keadaannya sangat teruk, tetapi dia dah biasa dengan benda ini.

Wooyoung tak berani nak mandi sebab terlalu sakit jadi dia hanya menukar seluar panjang dengan memakai hoodie berwarna hitam. Akhirnya dia pun turun ke ruang tamu di mana semua manusia tonton cerita seram.

Dia pergi masuk dapur dan nampak semangkuk tteobokki di atas meja makan. Dia duduk di atas kerusi dan hanya melihat tteobokki itu.

"Wooyoung-ahh! Itu kau punya. Makan lah. Mak aku masakkan" jerit yeosang di ruang tamu. Wooyoung mendengar lalu mencapai chopstick di tengah meja. Akhirnya Wooyoung pun menjamu selera makan tteobokki itu.

"eo Wooyoung kau pergi mana? Lama kitaorang tunggu kau" tanya Seonghwa selepas cerita itu tamat.

"amboi kau hwa. Sejak bila dah matang ni? Biasa kau tanya pasal makanan aja" sapuk Mingi dan membuatkan semua orang di ruang tamu gelak kecuali Seonghwa.

"KAU JANGAN SIBUK LAH. AKU TANYA BETUL BETUL LAH! " Seonghwa sedikit lagi nak tumbuk muka Mingi tetapi dihalang oleh HongJoong.

"perkara kecil pun nak bergaduh haduii" HongJoong kata.

"a-aku dah kata, aku jumpa orang tadi. Kenapa? Tak boleh ke? " Wooyoung mencelah lalu menaikkan lagi hoodienya itu.

"mana ada lah. Boleh je. Tapi kau kata nak balik awal sikit. Tapi ni dah malam. Aku takut kau cedera aja. " kata Yeosang. Wooyoung mengangguk sambil menggosok lengannya. JongHo yang dari tadi ternampaknya menggosok lengannya terasa tak sedap hati,seperti ada sesuatu dibaliknya sehingga,

"eo JongHo. Kenapa ni? " San yang baru keluar dari tandas tanya. San cepat tangkap bila JongHo muram.

"tak ada apa apa lah. Ermm none of your business. Weii woo! Aku tidur dengan kau ehh malam ni! " jawabnya lalu bangun dari sofa dan pergi ke tingkat atas.

"n-nae. Eo Yunho tak nak tidur ke? " Wooyoung berpaling ke arah Yunho yang sedang rancak bermain phonenya dengan Yeosang.

"tch. Jangan tanya si Yunho tu. Dia tu burung hantu dan kaki game. Susah gila nak tidur. Kecuali kalau mak ayah dia ambik rampas telefon ataupun kena rampas dari cikgu." kata HongJoong di sebelah yeosang.

Selain Yunho dengan Yeosang bermain game, San makan kat dapur, Seonghwa dengan Mingi makan sambil layan k-drama, HongJoong pula melihat Yunho dengan Yeosang bermain.

"weii nanti si Yeosang tunjuk bilik tetamu kat korang eh! Aku nak tidur dah. Selamat malam" katanya sambil menguap dan naik tangga, menuju ke bilik tidurnya. Wooyoung masuk ke dalam bilik lalu membuka hoodie kepala. Tetapi dia lupa yang ada seseorang dalam bilik tu.

"ya Wooyoung... apa ni?" Jongho mengangkat hoodie yang dipakainya tadi. Wooyoung cepat cepat tutup pintu bilik dan merampas hoodienya daripada Jongho.

"wooyoung aku tanya ni-"

"tak ada apa apa. ni bukan darah.Baju ni terkena cat baju baru baru ni. Sebabtu lah" wooyoung kata lalu melempar hoodienya ke dalam almari.

"tapi tadi kan kau pakai hoodie n-"

"dahlah. Kata nak tidur. Aku pun dah mengantuk ni." wooyoung mencelah.

Jongho hanya sekadar mengeluh. Nak tanya lagi takut kena marah dari dia. Jongho tahu yang dia menyorok sesuatu daripadanya.




















03:00 a.m
Wooyoung terjaga dari tidurnya kerana badannya terasa pedih. Dia bangun pergi ke almari cermin dan ambil ubat sapu luka. Dia membuka lapu dan lupa ada seseorang di atas katil lalu membuka bajunya. Semasa merawat dirinya sendiri,

"mmhmm.. Mama, Adik mengantuk lah. Gerak lah Abang dulu mmm" kata JongHo sambil menggosok matanya.

Wooyoung yang dari tadi fokus dengan lukanya terhenti akibat suara itu. Dia pusing ke arah katil. JongHo yang masih mengantuk terjaga. Dia dalam masalah. Dia cepat cepat pakai hoodie miliknya dan menutup lampu bilik lalu tolak badan JongHo perlahan ke atas katil.

"mm joonie nak makan sashimi lah" JongHo bergumang dengan matanya tertutup rapat lalu memeluk Wooyoung. Air matanya terus mengalir sambil menahan sakit badannya. Dia tak mahu JongHo bangun disebabkan dia. Jadi dia biarkan.





















8:32 a.m

Jongho orang pertama bangun dalam rumah tu. Yalah, dia tidur awal sekali. Orang lain kebanyakan tidur pukul 4 lebih. Jongho turun bawah dan pergi ke dapur dan ternampak mak yeosang di dapur.

"a-aah nae annyeong haseyo mak cik" JongHo berkata lalu menunduk hormat.

"aah JongHo dah bangun? Nak tolong makcik tak? " tanyanya sambil memegang senduk dan periuk. Pantas JongHo pergi ke sebelahnya untuk membantu.

"JongHo, nanti ada relatif Wooyoung datang pukul berapa entah. Tolong bukakan pintu ya" Jongho mengangguk.

TOK TOK TOK

"rasanya dia dah sampai." Mak Yeosang berkata. JongHo membasuh tangan dan berlari ke pintu untuk membuka pintu. Jongho nampak seorang perempuan yang nampak sebaya dengannya berambut hitam panjang dan bercemin mata.

'kenapa aku rasa macam kenal je dia ni'JongHo berkata dalam hati.

"Ni Rumah Keluarga Jung kan? " tanya perempuan itu.

"aah. M-masuk lah. Kau mesti sepupu dia kan? " JongHo mengeluarkan senyuman melihat dia masuk ke dalam rumah dengan beg tolak besarnya.

"Wooyoung ada tak dalam rumah? " tanyanya sambil mencabut jaketnya. Jongho mengangguk. Mak yeosang pergi ke ruang tamu selepas habis masak. Giliran JongHo pula pergi susun makanan di atas meja.

"aaah kamulah Jung HyeRin kan? " tanya mak yeosang. Dia mengangguk.

'jung hyerin? Kenapa aku rasa macam pernah dengar sangat nama tu?' JongHo tertanya lagi. Sebaik sahaja makanan letak di atas meja, Yunho turun dari bilik tetamu dengan rambut basahnya. Yunho bulat mata selepas melihat siapa di ruang tamu.

"H-Hyerin... "

𝐼'𝓂 𝒟𝑜𝓃𝑒 ¦ 𝙹𝚞𝚗𝚐 𝚆𝚘𝚘𝚢𝚘𝚞𝚗𝚐Where stories live. Discover now