part 4

142 27 1
                                    

17:53 p.m
Location: Rumah Keluarga Jung

Meja belajar Wooyoung yang baru dikemas olehnya tadi digunakan oleh Yeosang untuk membuat kerja sekolahnya manakala dia membaringkan dirinya di atas katil.

Pakaian sekolahnya tadi dibasuh di dalam mesin basuh tanpa pengetahuan maknya. Badan Wooyoung masih lemah selepas dipukul dan jatuh di sekolah tapi dia perlu kuat untuk mengelakkan daripada mereka.

"wooyoung aah! Kenapa kerja sekolah banyak sangat!?" yeosang mengeluh dan melemparkan pen hitam ke buku tulisnya.

Wooyoung membaiki kedudukan bantalnya sambil melihat skrin telefonnya.

"kau tu memang banyak kerja sebab kau suka tanggung tanggung aja kerja. Then salahkan aku. " katanya sambil menarik selimut ke atas badannya.

"kau ni nak tidur aja kerja. Kerja sekolah siap ke belum? Tak siap nanti aku bagitahu mak ayah kau! " yeosang berleter sambul meregangkan badannya.

"aku dah siap lepas balik sekolah tadi. Aku rajin buat awal bukan macam kau. Last minute je"

"eo wooyoung tadi kau buat apa kat tandas blok b? Sebab aku tadi ada bilik geografi so aku nampak kau masuk tandas tu. Sebelum kau masuk tu aku nampak JaeMinJin kat pintu tandas. Diaorang ada apa apakan kau tak? " yeosang tanya dan membuat muka peliknya ke arah wooyoung.

Wooyoung mengalihkan pandangannya ke yeosang. Dia mengeluh sambil menutup skrin telefonnya.

"sang,mereka tak buat apa apa lah. Kau jangan nak risau sangat. Also tadi kenapa kau balik lewat sangat ea? " wooyoung menukar topik dan bersandar dindingnya.

"ouh panjang ceritanya. Lepas lambai 'bye bye' kat kau aku masuk balik sekolah sebab nak cari san and jongho. Lepas jumpa mereka tu berborak sekejap then tunggu Yunho, Seonghwa dan Hongjoong. Mereka ada kelas petang sebab tu keluar lambat. Then lepak dekat pondok sambil main PUBG. Mingi aku tak tunggu sebab dia kena balik pukul 4. Terkena Detention sebab tak siapkan kerja sekolah katanya. Dalam pukul 3 setengah aku ternampak JaeMinJin kat koridor lepastu kitaorang belasah mereka cukup cukup. Pukul 4 baru aku balik. Singgah Starbucks sekejap beli air mocha. Then baru balik rumah. Sepuluh minit kemudian baru pergi rumah kau sebab mak ayah aku keluar pergi mana entah. Tamat" Yeosang menceritakan lalu pergi ke katil dan baring sebelah wooyoung.

"kau ni memang tak malu lah tido atas katil aku. Macam tidur dalam bilik sendiri tapi aku wujud" Wooyoung berleter dan baring bersebelahan yeosang.

"otak aku sakit. Nak fikir pun susah. Aku nak rehat kejap nanti sambung balik" Yeosang kata lalu mengalih mukanya ke Wooyoung. Secara tiba tiba Yeosang mengesotkan badannya ke Wooyoung.

"YAH KANG YEOSANG!" Wooyoung melemparkan batalnya tepat ke mukanya dan membuatkan yeosang jatuh ke lantai.








Keesokan harinya

Location: KQ Ent. High School

"Wooyoung kelmarin dia ada apa apakan kau tak? " JongHo tanya Wooyoung sambil menyandarkan dirinya di loker.

"diaorang kelmarin-"

"yo Wooyoung! Apa khabar!? " Jaesuk pergi ke arah Wooyoung dan memeluk tekak Wooyoung. Wooyoung hanya sekadar mengeluh dan melihat JongHo.

"kau nak-"

"aah Wooyoung nanti masa rehat jumpa kitaorang kat padang sekolah. Ada sesuatu nak bincang dengan kau" Mingyu kata dan berdiri di hadapannya.

"nanti kau pergi okay! " Jaesuk kata sambil menumbuk lengan Wooyoung lalu mereka berdua beredar dari situ.

"woo-"

"JongHo. Aku tak apa apa. Diaorang tengah berbaik dengan aku." Wooyoung kata dan mengeluarkan senyuman

"Wooyoung! Jongho! " San menjerit ke arah Wooyoung dan JongHo sambil berlari.

"lepasni aku, Mingi dengan Yunho tak pergi pondok tau. Sebab cikgu Syakiah nak jumpa kitaorang kat bilik guru. Kau bagitahu mereka ehh! Also bekalan kau nanti ambil dalam loker aku tau! Jangan tak ambil." dia kata. Jongho tergelak kecil lalu mengeluarkan telefonnya dalam poket.

"nanti call jelah. Aku takut nanti aku lupa laaah" JongHo merengek. San mengeluh dan angguk lalu meninggalkan mereka berdua.

"bertuahlah kau ada adik beradik. Aku tak ada pun adik beradik" kata wooyoung kepada jongho.










Waktu Rehat

Selepas keluar dari kelas Geografi, Wooyoung cepat cepat berlari ke padang. Setibanya di sana, dia duduk di atas bangku.

Kelihatan tiga orang berjalan menghampirinya. Wooyoung bangun dan meletakkan bukunya di atas bangku sambil melihat mereka.

Hyunjin mengangkat wooyoung dari kolar tinggi tinggi dan melepaskan dia ke bawah.

"kau bagitahu diaorang tu kenapa!? Kau tahu tak aku kena belasah teruk semalam!? " Hyunjin mula menendang perutnya tanpa belas kasihan.

"A-aku minta maaf! A-aku tak sengaja" katanya dan darah keluar dari mulutnya.

Mingyu menahan Hyunjin menendang lagi dan mereka pergi ke belakang Jaesuk. Jaesuk melempar sebuah file yang besar di hadapannya. Wooyoung memandang pelik melihat file itu.

"tu kerja sekolah kitaorang. Kerja tu ada banyak kena buat. Pastikan kau siapkan semua itu esok tau! Tak siap nanti kau kena" mingyu kata sambil menunjuk genggamannya dihadapannya.

"mustahil! M-mana sempat aku siap esok! " Wooyoung berdiri sambil memegang kepalanya dan memandang mereka balik.

Mereka gelak kecil. "fikir lah sendiri. Kami nak esok. Tak ada lah. Esok jugak. " Mingyu kata lalu menolak Wooyoung ke atas padang rumput balik dan pergi dari situ.

Wooyoung hanya sekadar mengeluh dan mengambil file itu. Nak buat macamana, memang nasib dia. Tak sampai seminggu dia belajar sini dah kena buat macam macam. Mungkin ini caranya mereka melayan pelajar baru di sekolah ini.

𝐼'𝓂 𝒟𝑜𝓃𝑒 ¦ 𝙹𝚞𝚗𝚐 𝚆𝚘𝚘𝚢𝚘𝚞𝚗𝚐Where stories live. Discover now