DUA PULUH ENAM

6.5K 347 15
                                    


ADRIAN tersedar dari pengsannya. Dia menilik jam tangannya. Jam menunjukkan pukul empat pagi. Dia segera mengemas barang yang terselerak di atas mejanya sebelum dia meninggalkan bilik itu. Usai sahaja mengemas, dia terus beredar dari situ.

Punat lif ditekan. Beberapa saat kemudian, pintu lif terbuka dan dia terus masuk ke dalam lif itu. Sesampainya di lobi, dia terus berjalan keluar dari bangunan itu. Cahaya lampu yang malap di ruangan lobi itu menyukarkannya untuk melihat di sekeliling.

“Tuan tak balik lagi?” sapa pengawal yang bertugas pada waktu itu apabila terserampak dengan Adrian di situ. Kalau ya pun sibuk takkanlah waktu macam ni baru nak balik, kan?

“Saya nak baliklah ni. Saya pergi dulu.” pamit Adrian lalu meninggalkan pengawal yang menyapanya tadi.

“Hati-hati, Tuan.” ucap pengawal itu. Adrian tidak mengendahkannya. Dia terus pergi ke parking keretanya lalu masuk ke dalam perut kereta.

Seketika kemudian, kereta yang dipandu oleh Adrian meninggalkan kawasan itu. Dia cuba untuk fokus terhadap pemanduaannya walaupun kepalanya masih lagi terasa sakit.

Sesampainya di rumah, dia terus masuk lalu menuju ke biliknya. Blazer hitamnya disangkut pada tempat yang dikhaskan. Dia terus berjalan menuju ke katil. Dia mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja bersebelahan dengan katil. Telefonnya dibuka. Mesej dari isterinya itu dibaca tanpa membalasnya.

Dia menekan ikon panggilan video. Tak lama selepas itu, Nayla mengangkatnya.

“Tesoro..” ucapnya perlahan.

“Ya?” Nayla membuat muka bingung.

“Dah nak tidur ke?” Nayla mengangguk kepalanya.

“Ha'ah. Kenapa?” soalnya bingung.

“Aku nak curi masa kau sikit. Sorry aku tak reply chat kau. Phone aku tertinggal dekat rumah.” kata Adrian memohon maaf. Dia memicit batang hidungnya itu.

“It's okay. Ni awak tak tidur lagi kenapa? Bukan ke dekat sana dah lewat ke?”

“Aku baru balik dari office.” jujurnya.

“Waktu macam ni baru awak balik? Awak buat saya risaulah.” ujar Nayla geram. Kalau suami dia ada dekat sebelah, dah lama dia cubit. Ish, suka hati dia je nak balik pukul berapa.

“Tak payah risau pasal aku. Aku okey je.” kata Adrian menyedapkan hati isterinya.

“How was your day? Ada muntah-muntah tak? Mengidam ke?” soal Adrian prihatin. Yalah, bini dia mestilah kena ambil berat.

“So far erm.. kadang-kadang adalah rasa loya sikit and mengidam tu tak tahulah. Yang saya tahu saya nak peluk awak. Hehehe..” ujar Nayla sambil tersengih.

Adrian hanya tersenyum mendengarnya.

“Aku balik sana nanti kau peluklah puas-puas. Maybe dua hari lagi aku balik. But aku tak sure sangatlah.”

Menda kau cakap ni Adrian? Berbelit eh.

Nayla hanya mengangguk faham.

“Dah pergi tidur tu. Aku end eh? Atau kau nak biarkan je?”

“Biarkan jelah.” balas Nayla. Adrian hanya mengangguk kepalanya. Okey biarkan panggilan video tu macam tu je.

“Pergi tidur sana. Aku nak mandi jap.” kata Adrian. Dia membuka butang kemejanya.

“Nak ikut..”

“Tak payah nak mengada. Pergi tidur.” ujarnya tegas.

Nayla mencebik. “Yalah.”

“Ha dah macam itik dah. Bolehlah kau berkawan dengan itik nanti.” ejek Adrian. Nayla menjeling tajam. Ish, suka hati dia je eh.

“Aku pergi mandi dulu. Good night.”

“Good night. Bye!” balas Nayla. Dia melambai-lambai tangannya.

Adrian terus meletakkan telefonnya di atas katil lalu dia mencapai tualanya dan menuju ke arah bilik air.

“Tak balas balik aku lambai ni. Ish, tak sweet langsung.” omel Nayla. Dia membaringkan badannya lalu meletakkan telefonnya di sebelahnya. Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada mesej lain masuk.

“Siapa pulak chat aku?” soalnya hairan. Dia bangun kembali dari pembaringannya.

Dia terus membuka mesej itu. Entah kenapa jantungnya berdegup kencang. Dia segera melihat gambar yang dihantar oleh seseorang yang tidak dikenali itu.

Badannya menggigil. Nafasnya kencang. Siapa dia? Kenapa gambar suaminya ada dengan dia?

Bertenang Nayla. Tarik nafas dulu, lepastu hembus.

Apa yang terjadi sebenarnya? Adrian betul-betul kerja atau dia sengaja tipu aku selama ini? Kalau dia pergi sana untuk settlekan kerja dia kenapa gambar ni ada Adrian dengan perempuan lain? Kenapa? Aku kena tipu hidup-hidup ke?

Nayla menutup telefonnya lalu mencampakkannya di atas katil. Dia membaringkan badannya. Sekarang ni dia tak tahu nak nangis ke nak ketawa. Sakit wei. Sampai hati buat dia macam ni.

Adrian baru sahaja selesai mandi itu segera memakai baju dan seluar. Selesai sahaja memakai pakaiannya, dia segera menuju ke katilnya dan dia mengambil telefonnya itu.

“Aik? Dah end?” dia mencari nama Nayla lalu menghantar mesej. Just wish good night hehe..

Bunyi notifikasi dari telefon Nayla itu hanya dibiarkan sahaja. Orang tengah sedih pun mesej menyibuk nak masuk.

Sekarang ni dia nak nangis tapi dia tak boleh nak nangis. Kau faham tak?




L'AMORE DELLA MAFIA [MALAY] E-BOOKWhere stories live. Discover now