DUA PULUH

9.1K 401 83
                                    

Sejak kejadian Marcus menyerang rumah Adrian pada hari itu, Puan Irene, mummy kepada Adrian menyuruh mereka berdua tinggal di mansion DeVille bagi mengelakkan kejadian tersebut berulang lagi. Nayla menatang dulang yang berisi semangkuk bubur dan air kosong ke biliknya. Sebaik sahaja tiba di sana, dia meletakkan dulang itu di meja sisi katil. Pipi milik suaminya disentuh di belakang tapak tangannya. Masih lagi panas. Kain yang sedikit melorot di dahi Adrian diambil lalu dibasahkan kembali. Sudah dua hari suaminya itu demam. Kata mummynya, ini kali pertama Adrian demam kerana tercedera. Selama ini dia cedera separah mana pun tetap sihat wal afiat. Siap boleh berlari lagi. Hari ini entah kenapa lembik sangat.

“Awak.” Panggilku dengan lembut. Karang aku jerit mahu pengsan si Adrian tu.

“Hey, bagun makan dulu. Nanti sambung rehat balik.” kataku lagi apabila tiada respon daripada Adrian. Pipi Adrian ditepuk lembut.

“Hmm..” matanya terbuka sedikit, silau.

“Makan dulu, eh?” Adrian hanya mengangguk. Dia membetulkan posisinya. Aku membantu suamiku membetulkan posisi baring kepada duduk. Kain lembap yang jatuh di sisi itu diletakkan di atas dada bidang Adrian yang tidak berbaju itu.

“Aaa-” sudu berisi bubur itu disua ke arah mulut Adrian. Adrian perlahan-lahan membuka mulutnya. Bubur itu ditelan dengan payah. Inilah sebab dia tak suka sakit. Nafsu makan pun tak ada. Nak telan makanan pun susah.

Suapan yang kedua ditolaknya.

“Makanlah banyak sikit.” Adrian menggeleng kepalanya tidak mahu. Dia benar-benar tidak berselera untuk makan apa-apa makanan yang dihidang di matanya. Aku sudah tidak keruan.

“Habis tu awak nak makan apa?” soalku.

“Nasi arab.” ujarnya pendek.

“HAH?” terbuntang mataku mendengar apa yang dikatakan oleh Adrian. Mengarut sungguh nak makan nasi arab dekat sini. Lainlah mereka ada di Malaysia. Nak makan apa-apa, just order dekat foodpanda. Senang, mudah dan menjimatkan masa.

“Nanti saya belikan. Makan ubat dulu.” Ujarku lalu memberi ubat kepada Adrian berserta dengan air kosong. Setelah itu, aku membaringkan tubuh suamiku itu. Kain lembap aku letak kembali di dahinya.

“Awak, saya nak pinjam phone awak jap.” aku meminta izin terlebih dahulu lalu mengambil iphone milik suamiku.





**********




ALEX memandu kereta itu dengan kelajuan biasa. Tak laju dan tak perlahan sangat. Mereka menuju ke sesuatu tempat. Ya, dia, Nayla, Eric dan Danial. Tadi tiba-tiba je Nayla menelefonnya guna telefon Adrian. Katanya ada hal penting. So, inilah hal penting tu. Mencari nasi arab untuk suami kesayangan Nayla. Dia bukannya kenal mana-mana restoran yang jual makanan seperti itu walaupun dah bertahun-tahun tinggal di Itali. Nasib baik Nayla tahu restoran mana yang jual makanan itu.

Alex memberhentikan keretanya apabila tiba di restoran yang dimaksudkan oleh Nayla.

“Eh, biar saya je yang masuk. Korang boleh duduk dekat sini.” Kataku apabila menyedari tiga orang jejaka itu mengikutiku.

“Your safety is our priority.” ujar Alex. Aku hanya mengangguk faham. Apa-apa jelah. Mereka pun masuk ke dalam restoran itu.

Mereka duduk di meja yang sedikit tersorok setelah memesan makanan.

Tiba-tiba satu suara garau menyapa gegendang telinga mereka.

“Nayl buat apa dekat sini?” soal lelaki berpakaian santai. Nak kata pekerja, bukan. Mungkin kawan Nayla dari Malaysia. Teka mereka bertiga. Curiga juga dengan lelaki itu.

L'AMORE DELLA MAFIA [MALAY] E-BOOKWhere stories live. Discover now