SEMBILAN

1.5K 60 1
                                    

NAUFAL mengetap giginya. Geram! Kalau dia menghalang adiknya itu, semua ini takkan terjadi. Ya, Nayla sudah menceritakan segalanya. So, dia terpaksa mengawasi pergerakan adiknya memandangkan lelaki-lelaki pada malam itu masih lagi mencarinya.

“Lain kali, abang nak Nayl dengar cakap abang. Kalau nak pergi mana-mana, beritahu abang dulu. Selepas kejadian tu, Nayl jangan ingat Nayl boleh keluar seorang diri macam sebelum ni.” kata Naufal panjang lebar, penuh dengan amaran. Dia sungguh risau akan keselamatan adiknya itu.

Aku mengangguk faham, akur dengan abang keduaku.

“Dah, pergi masuk bilik dan rehat. Kalau nak apa-apa bagitahu kat abang.” ujar Naufal kepadaku.

“Okey.” balasku ringkas. Aku segera menuju ke bilik tidurku.

Najwa yang baru sahaja turun itu terkejut dengan kehadiranku di situ. “Akak, kenapa kaki tu?”

“Nanti akak cerita. Akak nak rehat sekejap.” ujarku lalu aku meneruskan langkahku walaupun agak sukar. Najwa hanya mengangguk kepalanya. Dia memberi ruang untuk kakaknya berehat.

“Biar Wawa hantar akak ke bilik.” Pelawanya lalu memimpin tanganku mendaki anak tangga. Satu persatu anak tangga itu di dakiku dengan perlahan-lahan. Pergerakanku amat terbatas tika ini.

Thanks, Wawa.” Aku sangat bersyukur mempunyai keluarga yang prihatin terhadapku.





**********


FREDDO mengambil mengambil pisau rambo dan dia membelek-belek seketika pisau itu. Senyuman sinis tidak lekang dibibirnya. Kemudian, dia memusingkan badannya ke belakang.

Frendy yang tidak bermaya itu dipandang tajam. Setajam mata pedang.

“Kau tahu tak apa akibat kau dapat kalau kau ganggu business aku?!” soal Freddo dingin. Tangannya masih lagi memegang pisau rambo itu.

Lelaki itu hanya diam. Freddo mengenggam penumbuknya. Pantanglah kalau dia tanya soalan tapi tak dijawab ni.

“KAU TAHU TAK?!” soal Freddo dengan intonasi kuat. Mata biru lautnya menikam mata Frendy. Frendy mengangguk kepalanya pantas.

“T-tahu.” jawab Frandy takut-takut. Dia tidak memandang wajah bengis Freddo kerana dia tahu Freddo tidak suka dipandang oleh orang seperti dia.

“Takde telur.” sampuk Eric yang sememangnya berada disitu sejak tadi. Beberapa anak buah Freddo menahan tawa. Mulut Eric tak ada insurans langsung. Cakap ikut sedap mulut dia je.

“Huh!”

Zap!

Jeritan Frendy bergema seluruh bilik itu. Beberapa anak buah Freddo yang ada di dalam bilik itu hanya memandang kosong. Sudah biasa mereka melihat penyeksaan kejam daripada bosnya itu. Mereka sudah lali.

Darah di perutnya mula mengalir keluar akibat hirisan pisau rambo daripada Freddo itu.

“Satu hirisan tak cukup untuk kau.” ujar Freddo lalu pisau rambo itu bermain-main pada dada kiri Frendy.

“So, aku rasa bahagian ni sesuai untuk..”

“ARGHH!!"jeritan Frendy bergema. Perit! Ya, rasa perit di bahagian dada kirinya. Mata pisau rambo itu sudah terbenam di dalam kulitnya. Kemudian, pisau rambo itu dipusing-pusing sebelum dikeluarkan dari situ. Daging Frendy tercalit pada mata pisau rambo itu.

Freddo menuju ke arah meja yang tidak jauh dari situ. Kapak dipandangnya lama. Nampak macam menarik sahaja jikalau dia menggunakan kapak ini. Kemudian dia menuju ke arah Frendy yang tercungap-cungap itu. Eleh, baru sikit dah tercungap-cungap.

L'AMORE DELLA MAFIA [MALAY] E-BOOKWhere stories live. Discover now