LAPAN BELAS

8.2K 383 2
                                    


“Jom.” ajak Adrian tiba-tiba. Aku terlentang di atas sofa segera memandangnya.

“Pergi mana?” tanyaku bingung.

“Hospital.”

“Hospital?” Adrian mengangguk kepalanya.

“Siapa sakit?” soalku lagi. Yalah tiba-tiba ajak aku pergi hospital. Nak cakap aku sakit, tak ada pulak. Adrian? Sihat wal afiat je aku tengok.

“Kawan.” jawabnya ringkas. Aku mengangguk faham. Oh, ingatkan siapalah yang sakit tadi. Kawan rupanya. Tapi, kawan dia yang mana satu? Alex? Eric atau Danial? Tapi semalam aku tengok mereka bertiga okey je. Siap gelak lagi.

“Nak ikut tak?”

“Jap, saya bersiap dulu.” Kataku lalu segera bangun dari sofa. Aku meninggalkan Adrian di ruang tamu itu.

“Aku bagi masa 10 minit je untuk bersiap! Lambat, aku tinggal kau dekat rumah sorang-sorang.” jerit Adrian dari bawah.

“YE, YE!!”



**********




SESAMPAINYA mereka di hospital swasta Itali itu, mereka terus masuk ke dalam. Bilik wad dicarinya. Apabila mereka menjumpainya, mereka terus masuk. Aku hanya mengikut suamiku dari belakang.

“Bro.” sapa Adrian. Mereka berjabat tangan. Lagak seperti bertahun-tahun tidak berjumpa. Siapa lagi kalau bukan Eric. Alex hanya memeluk tubuhnya. Acah cool.

“Eh, awak berdua ada dekat sini? Siapa yang sakit? Danial?” soalku bertubi-tubi. Yalah, Danial seorang je aku tidak nampak dekat situ. Manalah tahu yang sakit itu Danial.

“Nayla.” panggil seseorang menyebabkan semua menoleh ke arah pesakit itu.

Aku menatap wajah itu tidak percaya. Eh?

“Mellisa?” pesakit yang bernama Mellisa itu mengangguk kepalanya sambil tersenyum.

“Ya Allah, Mellisa.” aku meluru ke arah Mellisa lalu memeluknya. Tubuh kurus itu aku peluk.

Masih ingat lagi apa yang terjadi kepada Mellisa pada hari itu? Hari dimana sekolah mereka dikejutkan satu berita buruk pada hari pertama peperiksaan SPM.

“Aku minta maaf, Nayla.” ucap Mellisa perlahan. Banyak dosa dia dah buat dekat Nayla selama ini. Entah gadis itu berdendam atau tidak dengannya.

“Saya dah lama maafkan awak, Mellisa.” kataku sambil mengusap lembut belakang Mellisa.

“Terima kasih sebab sudi maafkan aku walaupun aku tahu aku tak layak dapat kemaafan dari kau.” kata Mellisa teresak-esak. Aku mengesat air matanya yang mengalir dipipi.

“Shh.. dah, dah. Apa yang penting sekarang ni, kau kena sihat semula.” kataku lalu menghadiahkan senyuman buat Mellisa.
Kau terlalu baik, Nayla. Kau sanggup maafkan orang yang dah buat banyak dosa dekat kau. Bisik hati kecil Mellisa.

“By the way, tahniah atas perkahwinan kau. Aku tumpang bahagia.” ucap Mellisa mengalih topik. Dia tersenyum.

“Thanks.” Dia memandang wajah Nayla. Adrian beruntung sangat dapat isteri seperti Nayla. Mereka berdua layak bahagia.

“Ni aku beli bubur.” entah dari mana Danial muncul pun dia tak tahu. Tahu-tahu je dah ada dekat situ.

“Astaga terkejut aku.” Eric mengusap dadanya. Nasib baik dia tak jadi arwah dekat sini.

Bungkusan makanan itu diberikan kepada Mellisa tetapi disambut oleh Nayla.

Aku membukanya lalu mencedok sedikit bubur itu. Sudu yang berisi bubur itu disua ke mulut Mellisa. Mellisa hanya menurut sahaja. Bubur itu disuap kepada Mellisa sehingga habis.

Adrian, Alex, Eric dan Danial berbual-bual di sudut ruang itu sementara menunggu Mellisa selesai makan.

“Wei jom main pubg.” ajak Eric kepada kawan-kawannya. Dia mengeluarkan telefonnya dari poket seluar.

“Eh kau ni agak-agaklah nak main pun dekat sini. Kita ni dekat hospital bukan dekat rumah.” ujar Alex. Bukannya dia tidak tahu kalau Eric dan Danial bermain permainan itu sudah pasti suara mereka sahaja kedengaran. Bising!

“Eleh aku tak ajak kau pun.” Eric mencebik.

“Kau ajak pun aku tak nak. Kau godam sistem tu memanglah kau menang.” balas Alex menjeling ke atas.

“Eee.. Kau ni! Diam sudahlah.” kata Eric geram. Kan dah kantoi dia godam sistem itu. Patut senang sangat nak menang.

“Ops, sorry.” ejek Alex sambil menutup mulutnya dengan tangannya. Tiba-tiba Alex jadi macam pondan ni apahal?
Hilang sifat dinginnya buat seketika.

“Aku balik dululah. Nak dating dengan wife aku. Bye.” Adrian segera bangun dari situ.

“Eleh, tahulah ada bini. Nak pergi dating pun bagitahu.” ujar Eric cemburu. Eh siapa je yang tak cemburu.

“Dah tu pergilah dating dengan girlfriend kau.” balas Alex. Eric menjeling Alex dengan tajam. Entah kenapa hari ini Alex suka sangat cari pasal dengannya.

“Jangan kata bini, girlfriend pun dia tak ada. HAHAHA..” Eric memukul Danial yang menertawakannya.

Cakap dekat orang, dia pun sama. Sama-sama single!

“Aku terlalu handsome untuk perempuan di luar sana sebab tu aku single.” ucap Eric bangga. Bangga dengan status singlenya.
Danial membuat aksi ingin muntah.

Single sebab handsome sangat atau single sebab kena reject dengan perempuan ni?

“Perasan gila kau.”

“Jealous cakap.” kata Eric mengibas-ngibas angin. Nak flip hair, rambut pendek sangat.

“Dahlah aku cau dulu. Bye.” kata Adrian lalu meninggalkan kawan-kawannya itu. Dia menuju ke arah Nayla untuk mengajak pulang.




L'AMORE DELLA MAFIA [MALAY] E-BOOKWhere stories live. Discover now