ADRIAN menambahkan lajuan kereta itu. Jalan lenggang itu memudahkan dia membawa kereta dengan kelajuan 220km/j. Alex masih lagi dengan AK-47 kesayangannya itu. Dia menumpukan sepenuh perhatian pada targetnya itu.
Bang!
Peluru dilepaskan dan terkena pada sasarannya. Kereta itu hilang kawalan dan akhirnya merempuh besi penghadang jalan.
“Pegang seatbelt kuat-kuat.” arah Adrian tegas. Alex duduk di seatnya itu lalu memakai kembali seatbeltnya manakala aku hanya mengikut apa yang disuruh oleh suamiku itu. Dengan tangan terketar-ketar aku memegang kuat seatbeltku itu.
Adrian menukarkan gear lalu memutarkan sterengnya, membuat pusingan U.
Streetttt
Pin!!!!
Lori tangki minyak itu menekan honnya lama.
“Be careful Rian!” jerit Alex apabila melihat lori tangki minyak itu di hadapan mereka.
“Argh!!” aku memejam mata rapat-rapat. Takut? Usah dikata.
“OMG! Jantung aku hampir tercabut.” ucap Alex lemah. Dia menggosok dadanya itu. Ah, hilang ke'macho'annya kali ini.
Hampir saja kereta mereka naiki itu hendak merempuh lori tangki minyak yang kini berada di belakang kereta mereka. Agak-agaklah pemandu lori tangki minyak tu mesti tengah mencarut kan?
Bawa kereta macam nak terbang dah. Nasib baik sempat elak. Kalau tak? Kubur menanti mereka lah jawabnya.
Adrian hanya tersenyum sinis. Muka tidak bersalahnya itu ditayang selamba.
“Are you okay, sayang?” soal Adrian sambil memandang isterinya itu melalui cermin pandang belakang.
Aku teragak-agak membuka mata. Di sekelilingku dipandang. Fuh, masih hidup!
“What's happened?”
“Now bukan masa sesuai untuk aku explain semuanya.” kata Adrian apabila melihat Alex ingin membuka mulut. Not now Alex!
“Kita dah hilang jejak mereka. Kalau bos tahu, mati kita semua.” kata lelaki yang sedang memandu itu kepada rakannya dalam bahasa ibunda mereka.
“Merda!” carut lelaki bertopi itu. Mereka dah terlepas mangsa bosnya.
Orang tua itu mesti mengamuk apabila mereka tidak dapat menangkap musuhnya itu.
“Kenapa tak pergi Mansion DeVille je?” soal Alex tak puas hati apabila mereka tiba di rumah kediaman Adrian. Sekurang-kurangnya mansion di sana sedikit sebanyak selamat untuk mereka kerana kawalan di sana sangat ketat.
“Nayla, pergi naik atas.” arah Adrian tegas. Dia tidak mahu Nayla mendengar perbualan mereka.
Aku hanya mengangguk dan melangkah pergi meninggalkan mereka berdua.
“Ada sebab kenapa aku tak pergi sana.”
“Sebab apa?” soal Alex bengang.
“Kau nak gadaikan nyawa isteri kau tu? Kau nak tengok isteri kau tu mam--”
BUK!!
“Tak ada sesiapa yang boleh sentuh dia selagi dia dengan aku.” balas Adrian geram. Apa? Ingat dia lemah sangat tak boleh protect isteri dia sendiri?
“KALAU YA PUN JANGANLAH TUMBUK MUKA AKU!” jerit Alex geram, dia menumbuk muka Adrian pula. Biar adil!
Adrian tergelak sinis. Darah dihujung bibirnya dikesat.
Adrian menumbuk perut Alex pula. Terbongkok-bongkok dia apabila menerima tumbukan Adrian itu.
“ARGH!!” jeritan mereka membuatkan Nayla turun ke bawah.
“Ya Allah, korang dah kenapa ni sampai bertumbuk bagai?” soalku, panik apabila Alex dan Adrian saling membalas tumbukan. Dah kenapa?
“Er- Hehehe..”
“Kaulah ni.”
“Kenapa aku pulak? Kau yang cari pasal.” balas Adrian dengan nada berbisik.
“Stop berbisik macam tu. Pergi duduk sana sekarang.” Kataku dengan tegas lalu meninggalkan mereka di situ.
Beberapa minit kemudian, aku kembali bersama sebuah bekas yang diisi dua pek ais yang dibalut dengan tuala kecil.
“Ni tuam dekat muka.” Pek ais yang dibalut dengan tuala kecil itu diberikan kepada Alex kemudian barulah dihulurkan kepada Adrian.
“Thanks.” ucap Alex lalu menuam pada lebam lukanya itu. Sesekali dia meringgis sakit.
“Ala.. Tolonglah tuamkan.” rengek Adrian sambil bertingkah seperti budak 5 tahun. Aku menjuling mata ke atas lalu pek ais itu dituam pada lebam luka Adrian.
Alex memandang Adrian dengan muka menyampah. Agak-agaklah kalau nak bermanja dekat sini pun. Dia ada dekat sini kut. Jealous tahu tak? Tahulah orang ada ‘bini’. Jangan tunjuk sangat kemesraan tu.
“Auch!” Adrian meringgis apabila lebam lukanya itu aku tekan dengan kuat. Aku menahan ketawa. Jangan ketawa! Inilah masanya untuk membalas dendam.
“Sakit?” soalku. Pura-pura bertanya.
Adrian mengangguk kepalanya.
“Dah tahu sakit, bertumbuk lagi.” Kataku sambil menjeling tajam ke arah suamiku. Lebam luka itu aku tekan dengan sengaja. Hambik kau. Bertumbuk lagi. Rasakan!
Pek ais di tanganku dirampas kasar oleh Adrian. Lebih baik dia tuam sendiri.
“So, tak nak cerita ke dekat saya apa yang terjadi?” soalku sambil berpeluk tubuh. Aku dah penat dengan mereka yang suka berahsia dengan aku. Mereka anggap aku ini seperti orang luar, bukan keluarga mereka. Walhal aku sebahagian daripada keluarga mereka.
Alex dan Adrian saling berpandangan. Alex melirik matanya supaya Adrian berterus terang namun Adrian menolak.
“Sebenarnya...” Alex membuka mulutnya lalu menceritakan apa yang terjadi. Dari A to Z.
“So, maknanya awak..”
“Yes. Memang aku muslim dan bunuh orang. Tap-” belum sempat menjelaskan semuanya, pipinya ditampar oleh Nayla. Alex terkejut melihat apa yang berlaku di hadapannya. Tak sangka Nayla akan bertindak seperti itu.
“Awak tahu tak, membunuh orang tu berdosa?” Aku menahan getaran tubuhku.
“Aku tahu semua tu. Tapi salah ke kalau aku nak protect family aku? Nak protect orang yang aku sayang?” sayu suaranya menjelaskannya. Aku menggeleng kepala. Kecewa!
“Tapi bukan dengan cara membunuh Adrian Vincenzo.” Adrian memegang tanganku namun ditepis kasar.
“Banyak lagi cara lain. Kenapa guna cara tu?” soalku sambil menatap wajah suamiku itu.
“Mi dispiace, tesoro.” ucap Adrian lalu meraih tangan isterinya sekali lagi namun aku menepisnya.
“Minta ampun dengan Allah, bukan dengan saya.” Ujarku lalu meninggalkan Adrian bersama Alex di ruang tamu itu. Aku kecewa! Kenapa mereka tidak berterus-terang denganku? Rahsia apa lagi mereka sorok dari aku?
“I'm sorry, bro.” ucap Alex bersalah. Kalau dia tidak memberitahu perkara sebenar mesti benda ni takkan berlaku.
“Not your fault. Cepat atau lambat dia akan tahu jugak.” ujar Adrian sambil tersenyum kelat.
Ya, cepat atau lambat kebenaran mesti terbongkar jua.

YOU ARE READING
L'AMORE DELLA MAFIA [MALAY] E-BOOK
Acción[E-BOOK] ⚠❌PLAGIAT!!⚠ NAYLA HELENA MOHD AFIQ. Seorang pelajar yang agak pemalu tetapi pintar. Dia salah seorang top student di sekolahnya. Nayla tidaklah secantik dan sehebat pelajar lain. Tetapi dia mempunyai kecantikan yang tersendiri. Siapa sangk...