AKU mengundur perlahan-lahan. Tanganku meraba-raba belakang manakala sebelah lagi aku mengenggam telefonku dengan erat. Mataku sudah pun berkaca. Rasa takut menguasai diriku. Kejadian hitam seminggu yang lalu mula bermain di mindanya.
“J-jangan..” rayuku. Berharap lelaki itu tidak melepaskan sebarang tembakan pada dirinya.
Ya Allah selamatkanlah aku. Hanya Dia yang berkuasa di alam ini menolong diri hamba-Nya tika ini.
Lelaki yang memegang pistol itu mara ke hadapan. Senyuman sinis itu ditayangkan di wajahnya.
Aku sudah berdebar saat ini. Aku berharap agar seseorang boleh menolongku. Setakat buat report dekat balai polis pun tak apa. Biar pihak polis yang menjalankan tugas mereka.
Janganlah apa-apakan aku. Aku baru sahaja hendak mengenal dunia yang penuh kejam ini.
“Argh!! Tak guna kau perempuan!!” entah dari mana jeritan itu menyapa di gegendang telingaku.
Wajahku ditumbuk oleh salah seorang daripada mereka dengan kuat. Aku terus jatuh tersungkur. Aku memegang pipi yang terasa kebas itu. Air mata mula mengalir deras.
Sakit? Ya, memang sakit.
First time kena tumbuk ni tau. Dahlah kuat!
Tenaga lelaki dengan tenaga perempuan ni tak sama. Tenaga wanita boleh disamakan dengan tenaga lelaki yang berumur 65 tahun.
Dan Allah dah bagi tanggungjawab dekat lelaki supaya melindungi wanita bukannya menyakiti mereka.
Lelaki yang menjerit tadi ingin menyerangku buat kali kedua namun dihalang oleh rakannya.
“Bro, sabar. Jangan disebabkan betina ni, kau mati sia-sia di tangan bos.” pesan lelaki yang memegang pistol itu, menenangkan rakannya yang ingin memukul perempuan di hadapan mereka buat kali kedua.
“Huh! Kalau bukan disebabkan dia ni, kau dah lama mati di tangan aku tau..” tengking lelaki itu. Mana taknya, dia marah sebab kepala dia kena pukul dengan payung. Aku yang pukul dia tadi.
Mesti sakit, kan?
Masalahnya pipi aku lagi sakit tau kena tumbuk dengan lelaki ini. Mahu terkehel tulang pipi aku.
“Disebabkan kau, aku hampir lupa tentang misi kita.” kata lelaki yang memegang pistol itu. Dia menyalahkan aku. Eh, dia yang lupa aku yang dipersalahkan. Dia memandangku dengan tajam.
Ikutkan hati, nak je dia bunuh perempuan itu dekat situ jugak. Entah kenapa bosnya mahu perempuan itu hidup-hidup.Bos mereka ni pun satu! Memang suka menyusahkan orang! Lepas tu buat mereka macam kuli. Hakikatnya mereka berdua semestinya kuli. Terima jelah kenyataan.
Aku meronta-ronta apabila tanganku diikat dengan sesuatu dari belakang.
“L-lepas..lah..” aku meronta-ronta lagi. Aku mula berani semenjak mengetahui mereka hanya ingin membawaku kepada bosnya dan mereka dilarang untuk membunuhku. Disebabkan itulah aku mula berani meronta-ronta.
“Kau diam!” jerkah lelaki yang memegang pistol itu lalu mengacukan sepucuk pistol ke arahku.
Aku terus menguncikan mulutku. Mataku meliar mencari telefon pintar yang hilang dari tangan. Aku dibawa ke kamarku kembali.
BANG! PRANG!
Cermin kaca di bilik itu pecah berderai. Tiga pasang mata segera berpaling memandang ke arah bunyi kaca yang pecah itu.
Lelaki itu mendecit geram. Siapa pulak hero yang bakal menyelamatkan si heroin ini?
'Hero' yang berjaket hitam serta memakai mask yang turut berwarna hitam itu memandang dua orang lelaki itu dengan tajam. Matanya seperti pedang. Tajam dan menggerunkan bagi menakutkan musuh.
YOU ARE READING
L'AMORE DELLA MAFIA [MALAY] E-BOOK
Acción[E-BOOK] ⚠❌PLAGIAT!!⚠ NAYLA HELENA MOHD AFIQ. Seorang pelajar yang agak pemalu tetapi pintar. Dia salah seorang top student di sekolahnya. Nayla tidaklah secantik dan sehebat pelajar lain. Tetapi dia mempunyai kecantikan yang tersendiri. Siapa sangk...