AKU baru sahaja turun dari tingkat atas itu segera menuju ke arah Adrian yang leka menonton televisyen. Pergerakanku agak terbatas kerana kaki aku masih lagi belum sembuh sepenuhnya.
“Er- Adrian.” panggilku perlahan. Aku risau lelaki dihadapanku terganggu dengan kedatanganku yang tak diundang disitu.
“Hm..” matanya masih lagi pada televisyen itu. Entah apa yang menarik minat lelaki itu pun aku tak tahu.
“Saya nak tanya boleh?” aku melihatnya dengan sedikit takut. Mana tak takutnya, tiba-tiba kena jerkah, kan naya dia. Ye tak?
“What?”
“Bila awak nak hantar saya balik?” soalku. Aku memandang lantai. Ibu jari kananku bermain dengan ibu jari kiri.
“Petang nanti.” ujarnya ringkas. Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal itu.
“Er-kenapa petang?” soalku lagi, berani mati gamaknya. Ala, actually aku tak berani pun. Hehe. Tapi aku buat-buat berani.
Adrian memandang Nayla tajam. Banyak tanya minah dihadapannya ini.
“I’m busy.” ujarnya ringkas lalu matanya mengalih ke arah televisyen.
Terkebil-kebil aku disitu. Busy? Busy apanya? Busy tengok TV?
“Aku ada hal jap lagi. So, petang nanti aku hantar kau balik. If kau bosan sangat, kau kacau je kakak aku tu.” ujarnya panjang lebar. Sesekali dia mendecit kerana geram, mungkinlah. Bukan geram dengan aku. Tapi, geram dengan cerita gangster dalam tv tu. Entah cerita apa aku pun tak tahu.
“Girls kan suka membawang tak tentu pasal.” sambungnya lagi. Aku hanya diam. Ah, aku malas hendak layan mamat tu. Aku terus berjalan menuju ke arah tangga namun suara Adrian membuat langkahku terhenti.
“Guna jelah lift tu. Apa guna ada lift kalau kau tak nak guna.” katanya dingin.
“Ta-”
“Aku tak nak dengar sebarang alasan yang keluar dari mulut kau.” dingin sahaja suaranya menutur. Aku menjerling mataku ke atas. Aku menuju ke arah lift yang terletak di sebelah tangga. Merasa jugak aku naik lift dalam rumah mewah ni.
Aku menekan punat yang ada disitu.
Ting!
Pintu lift terbuka luas. Mulutku terbuka, mataku turut terbeliak tidak percaya apa yang aku lihat sekarang. Dalam lift pun lawa?
Setelah sedar akan kelakuan aku yang jakun itu, aku membuat muka selamba dan terus masuk ke dalam perut lif itu.**********
BUNYI sorakan dari luar itu mengejutkanku yang leka membaca novel. Nak tahu mana aku dapat novel itu? Kakak Adrian, Alessia punya tau. Tergamam juga aku ketika sampai di bilik bacaan Alessia itu. Dah serupa library tau!
Aku menutup novel itu lalu menjenguk ke luar jendela.
Beberapa orang lelaki termasuk Adrian dan Alessia sedang bermain satu permainan. Aku pun tak berapa pasti permainan apa. Nampak macam menarik sangat.
Aku membuka sliding door dan duduk di atas kerusi yang disediakan di balkoni bilik yang aku inap tika ini. Aku hanya menjadi penonton disitu.
“Now, kita main permainan War Battle.” ujar lelaki yang berjaket merah itu. Kurang pasti siapa.
Pistol air yang berada di atas meja itu diambil dan diberikan kepada setiap pemain termasuk lelaki itu. Lelaki itu memberitahu peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh setiap pemain bagi mengelakkan adanya helah atau yang lebih tepat lagi taktik jahat.
“So, pemenang kali ini boleh minta apa-apa sahaja hadiah daripada pemain yang kalah.” ujarnya lagi.
Setelah selesai memberitahu rules permainan itu, mereka memulakan permainan. Mereka bersembunyi di sekitar halaman rumah agam itu.
Apabila wisel berbunyi, mereka semua keluar dari tempat persembunyian mereka itu lalu mencari mangsa.
“Eric, out!” jerit Danial lalu dia menari kemenangan. Dia berpuas hati akhirnya berjaya menyingkirkan sahabatnya itu. Tiba-tiba, air terpencik mengenai bajunya.
“Danny, out!” jerit Alessia pula. Danial yang menari itu menghentikan tariannya serta-merta. What the hell?
Eric yang sedang memerhati itu tergelak kuat. Puas hatinya apabila Danial sudah pun kalah. Ha, itulah kau! Happy sangat dapat singkirkan aku.
“Wuu~ tak nak menari kekalahan ke?” ejek Eric setelah Danial tiba di situ. Danial memandang tajam ke arah Eric.
“KAU DIAM SEBELUM PELURU AKU TEMBUS KEPALA KAU!” jerit Danial geram. Jatuh sahamnya tika ini.
“Wuu~ takutnya aku.” ejeknya lagi lalu dia melarikan diri daripada Danial. Dia menggelek punggungnya ke arah Danial ala-ala penari di TikTok. Danial mengeluarkan pistolnya. Picu ditarik dan menghalanya ke arah Eric. Pistolnya diacu tepat pada kepala Eric.
“Arghh!! Aku tak nak mati lagii!!” jerit Eric lalu melarikan diri. Dia memandang Danial yang mengejarnya dari belakang.
YOU ARE READING
L'AMORE DELLA MAFIA [MALAY] E-BOOK
Azione[E-BOOK] ⚠❌PLAGIAT!!⚠ NAYLA HELENA MOHD AFIQ. Seorang pelajar yang agak pemalu tetapi pintar. Dia salah seorang top student di sekolahnya. Nayla tidaklah secantik dan sehebat pelajar lain. Tetapi dia mempunyai kecantikan yang tersendiri. Siapa sangk...