DUA

13.8K 661 15
                                    

KRING!!!!!!

LOCENG berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah tamat. Semua murid sudah pun siap mengemas segala peralatan dan buku mereka ke dalam beg masing-masing.

"Okey, awak semua boleh balik. Ingat esok saya nak awak semua hantar homework ke meja saya. Kalau saya dapati tak cukup,saya akan denda awak semua. Faham?!" soal Cikgu Mawar kepada murid-muridnya.

Pelajar 5 Orchid mengangguk faham lalu menjawab serentak. "Baik cikgu!"

"Okey, bagus." kata cikgu Mawar lalu dia mengemas barang-barangnya.

"Semua bangun! Terima kasih cikgu!" laung Amar selaku ketua kelas 5 Orchid diikuti oleh rakan-rakannya.

"Dah, awak semua boleh keluar." ujar cikgu Mawar kepada murid-muridnya.

Semua pelajar lelaki keluar dari kelas 5 Orchid manakala pelajar perempuan beragama Islam bersalaman dengan cikgu Mawar terlebih dahulu sebelum keluar.

"Woi Nayl! Tunggulah aku." jerit Sara kuat. Kalau boleh, satu sekolah dengar jeritan si Sara ni. Haih!

Aku berhenti mengejut. Sara berlari anak menuju ke arahku. Termegah-megah dia mengejar aku yang jalan boleh tahan laju. Sudahlah beg mereka pada hari itu berat.

"Laju-laju ni kau nak pergi mana, hah?" soal Sara dengan nafas yang tercungap-cungap.

"Surau sekolahlah. Nak solat." Balasku lalu aku segera menuju ke arah surau sekolah. Sara hanya mengikut langkah rakan baiknya itu.

Sesampainya kami di surau sekolah, aku meletakkan begku di atas bangku yang disediakan manakala Sara mengambil tempat di bangku hadapan aku duduk sebentar tadi.

"Aku solat dulu. Tolong jaga beg aku tau." Pintaku kepada Sara memandangkan dia lagi abc. Sara mengangguk kepalanya. Akur.

15 minit kemudian...

Beberapa orang pelajar keluar dari surau itu. Selepas itu, muncullah kelibat aku yang baru sahaja keluar dari surau sekolah. Aku menuju ke arah rakan baikku itu, Sara lalu kasut yang berada di sebelah bangku itu diambil. Aku mengambil tempat di sebelah beg milikku.

Dengan tidak sengaja, aku ternampak 'crush' aku yang baru sahaja keluar dari surau. Nasib baiklah waktu macam ni pelajar lain dah bergerak pulang. Bolehlah aku usha crush aku yang sorang itu. Hehe...

Tak berkelip mataku melihat lelaki yang digelar crush. Sara yang perasan akan rakan baiknya itu berpaling ke belakang. Kemudian dia memandang wajahku yang kaku bagaikan patung itu. Dah kenapa? Kena sampuk jin mana pula kali ini?

"Woi, tengok apa, hah?" sergah Sara. Serta-merta aku kembali melihat Sara. Hilang terus pandanganku terhadap lelaki itu.

"A-apa?" soalku sedikit gugup. Matilah kalau Sara perasan aku usha mamat tu.

"Kau suka dia eh?" soal Sara kepadaku. Aku sedang memakai kasut itu sudah tak keruan. Jangan kantoi, tolonglah!

"Siapa?" tanyaku berpura-pura tidak faham. Aku bab-bab macam ni pro sikit. Hihi.

Habislah aku jikalau si Sara tu tahu lelaki tu crush aku. Kena bantai gelak satgi. Aduh!

"Buat-buat tak faham pulak kau ni." balas Sara geram. Ya, dia geram dengan rakan baiknya yang sorang itu. Kadang-kadang boleh tahan juga blur Nayla Helena.

"Dah, jomlah balik. Dah lewat ni." Potongku lalu aku menggalas beg aku yang berat itu. Berat sebab bawa ilmu. Insha Allah dapat pahala untuk bahagian itu. Sebenarnya, aku nak lari daripada soalan-soalan yang bakal ditanya oleh Sara. Bijak bukan?

"Yelah, jom." ujar Sara lalu kami berjalan menuju ke pintu pagar sekolah.

Sara memecahkan kesunyian yang melanda di antara kami.

L'AMORE DELLA MAFIA [MALAY] E-BOOKWhere stories live. Discover now