“AKU terima nikahnya Nayla Helena binti Mohd Afiq dengan mas kahwinnya tiga ribu ringgit tunai.” lantang sahaja suara pengantin lelaki mengakad nikah. Kini mereka berdua sudah pun menjadi sepasang suami isteri.
Air mataku mengalir. Sara disebelahku memeluk erat. Kini sahabatnya itu sudah pun menjadi isteri orang. Huhu..
Tinggallah dia seorang yang masih single. Sedih,bukan?
It’s okay Sara.. Bukan kau sorang je single ni. Ramai je yang tengah single sekarang ni.
Doa dibaca oleh tok kadi. Usai sahaja mengaminkan doa, pengantin lelaki menghampiri pengantin perempuan untuk sesi pembatalan wuduk.
Cincin bertahtakan berlian itu dipegang erat. Tangan isterinya dipegang. Cincin tersebut disarungkan perlahan-lahan ke jari manis Nayla.
Kini giliran aku pula yang menyarung cincin dijari suamiku. Tanganku terketar-ketar saat menyarungkan cincin tersebut. First time aku pegang tangan lelaki selain abang dan abah.
Sabar jantung. Kau jangan macam-macam wahai jantung! Merana aku satgi. Buatnya pengsan, aku jugak yang malu.
Kemudian aku menyalami tangan suamiku manakala suami aku pula mengucup dahiku.
Klik.
Klik.
Klik.
Klik.
Gambar diambil oleh photographer yang terhebat abad ini. Siapa lagi kalau bukan Alex. Ceyh!
Masuk lif tekan sendiri nampak? Eh peribahasa mana pulak tu?
“Congrats babe!” ucap Sara kepadaku. Teruja! Tak sangka sahabatnya itu sudah bergelar isteri kepada Mr. Crush yang dipuja-puja oleh Nayla selama ini.
Kuat jodoh korang.
Dah serupa drama pukul tujuh dah ni. Sweet gitew!
Nanti boleh la buat novel kisah percintaan Nayla vs Adrian a.k.a Mr. Crush. Confirm laku punya.
“Thanks Sara.” Ucapku lalu kami berpelukan.
Hari ini merupakan hari bahagia sahabatnya dan hari ini juga mereka akan berpisah. Huhu..
Dah-dah aku nak nangis jap! Sedih ni. Korang apa tahu?
Adrian sudah lama menghilangkan diri setelah selesai menyarungkan cincin. Entah ke mana mamat tu ops suami aku pergi. Jangan tinggalkan aku terkapai-kapai dekat masjid ni sudahlah.
Mau aku balik berjalan kaki sorang-sorang dengan berpakaian baju pengantin lagi. Haish! Tak lawak okey!
“Eh, Nayla. Tu Adrian dah tunggu Nayla dekat luar.” sapa Alessia yang baru sahaja menghampiri kami.
Alessia manis berbaju kurung berwarna maroon itu kami pandang. Manis sahaja wanita kacukan Inggeris lingkungan 20an itu mengenakan baju kurung. Siapa sahaja tengok mesti terpikat tau.
“Okey, kak.” Balasku sedikit gugup. Aku sedikit segan dengan Alessia walaupun kami pernah bertemu ketika kejadian hitam itu.
Mereka bertiga berjalan menuju ke arah luar masjid itu.
“Eh kau ni, dekat sini aku punya tempat la. Kau duduk laa dekat belakang tu!” Eric bersuara lantang. Dia menolak tubuh sasa Danial ke tepi. Dia memang pantang ada orang curi tempat dia.
“Eh takde-takde. Sini takde pun tertulis nama kau. So, siapa cepat dia dapat.” ujar Danial tidak mahu mengalah. Yang lain hanya menggeleng kepala melihat pergaduhan dua orang lelaki itu. Macam budak-budak.
![](https://img.wattpad.com/cover/209763760-288-k750017.jpg)
YOU ARE READING
L'AMORE DELLA MAFIA [MALAY] E-BOOK
Ação[E-BOOK] ⚠❌PLAGIAT!!⚠ NAYLA HELENA MOHD AFIQ. Seorang pelajar yang agak pemalu tetapi pintar. Dia salah seorang top student di sekolahnya. Nayla tidaklah secantik dan sehebat pelajar lain. Tetapi dia mempunyai kecantikan yang tersendiri. Siapa sangk...