ENAM

9.4K 472 7
                                    

HARI ini merupakan hari terpenting bagi semua pelajar tingkatan lima. Yes, hari ini merupakan hari peperiksaan SPM. Jadi, semua pelajar tingkatan lima semestinya berdebar-debar untuk menjawab soalan yang bakal ditanya dalam kertas peperiksaan SPM. Hari itu juga penentu segala-galanya.

“Nayl, goodluck! Aku harap kau boleh jawab dengan tenang.” ucap Sara kepada sahabatnya. Mereka berdua berjalan menuju ke arah dewan peperiksaan.

“Kau pun sama, Sara. Goodluck tau. Aku harap selama kita menuntut ilmu ni, kita dapat menjawab dengan tenang.” Ucapku.

Mereka bergegas ke dewan memandangkan beberapa minit lagi mereka akan menduduki peperiksaan SPM.

Sesampainya kami di sana, kelihatan sudah ramai pelajar yang ada di tepi dewan bersama alat tulis masing-masing.

Danish menghampiri kami.

“Weyh korang, aku nak minta maaf kalau aku ada buat salah silap tau. Kosong-kosong tau.” ucapnya kepada aku dan Sara.

“Aku pun nak minta maaf dekat kau. Goodluck bro!” ucap Sara kepada Danish.

“Saya pun nak minta maaf dekat awak. Sorry pasal hari tu, and goodluck SPM.” ucapku. Aku menghadiahkan senyuman kepada Danish. Bukan untuk menggoda, ya!

“Oh, pasal tu kau tak payah risau. Salah aku jugak sebab beritahu kau last minute. Sorry tau.” ucap Danish lagi. Aku menggangguk kepala.

Tiba-tiba, Cikgu Suhaila selaku guru peperiksaan SPM bersuara. Lantang!

“Kamu semua dah boleh masuk. Tapi sebelum itu, saya mahu memberitahu kepada kamu semua bahawa pihak sekolah baru sahaja mendapat dua berita buruk.” beritahu cikgu Suhaila kepada semua pelajar tingkatan lima.

Cikgu Suhaila menarik nafas sebelum dia menyambung kembali percakapannya itu.

First, cikgu nak beritahu kepada kamu semua bahawa salah seorang daripada pelajar kita telah mengalami kemalangan pada pagi tadi. Pelajar tersebut seorang pelajar perempuan dari kelas 5 Orchid iaitu Mellisa Ayuni binti Mazlan. Mari kita berdoa agar dia cepat sembuh.” kata cikgu Suhaila dengan nada sayu. Semua pelajar tingkatan lima terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Cikgu Suhaila.

“Berita buruk yang kedua ialah pelajar dari kelas 5 Orchid juga iaitu Adrian Vincenzo terpaksa pulang semula ke Sweden atas sebab tertentu.” terang cikgu Suhaila kepada semua pelajar di situ.

Aku terdiam. Patutlah aku tak nampak kelibat dia hari ini. Rasanya kelas tambahan hari itu pun dia tak datang.

Semua pelajar mula berbisik sesama mereka. Mungkin mereka tidak percaya dengan perkhabaran berita yang disampaikan oleh guru mereka sebentar tadi.

“Okey, awak semua dah boleh masuk dewan peperiksaan. Good luck semua!” ucap Cikgu Suhaila kepada semua pelajarnya.

Jam berdetik lagi. Sudah tibanya pelajar tingkatan lima memasuki dewan peperiksaan.




**********




HARI berganti hari, akhirnya hari ini merupakan hari terakhir bagi pelajar tingkatan lima berada di sekolah ini. Yes, kertas terakhir! Seperti selalu mereka akan berkumpul di tepi dewan peperiksaan sebelum mereka mendapat keizinan untuk masuk. Hal ini bagi mengelakkan berlakunya kebocoran kertas soalan dan jawapan.

Setelah beberapa jam menghempas pulas menjawab soalan peperiksaan, akhirnya masa bagi kertas terakhir mereka sudah pun tamat. Semua pelajar diminta berhenti menjawab soalan dan ketua pengawas akan mengutip semua kertas jawapan daripada para pelajar di dalam dewan.

L'AMORE DELLA MAFIA [MALAY] E-BOOKWhere stories live. Discover now