"Babe, jom balik kampung, nak?",tanyaku teruja.Riona memandangku curiga.
"Kenapa kau beria-ria nak balik? Selalunya kau susah nak dapat cuti selagi tak siapkan novel en?",tanya Riona.
Haih, minah ni bukan dia tak tahu hari-hari aku luah dekat dia yang aku rindu Ayah kat kampung tu. Huh... saje je nak sakat aku sebab sebelum ni susah nak dapat cuti tiba-tiba harini minta seminggu pun diluluskan sebelum ni paling kurang pon 3 hari je. Aku mula menayangkan riak bosan setelah mendengar soalan Riona tetapi tetap juga mengalah dengan minah kepochi aku ni.
"Aku rindu Ayah la dah lama tak balik kampung jumpa dia, kalau call pon sekejap je boleh berbual sebab aku sibuk sikit sekarang jadi jaranglah aku bukak phone tu ha then haritu Ayah tak berapa sihat aku risaulah tu yang cepat-cepat nak balik boleh jugak terus terang tentang kewujudan Arash sekali. Dimohon esok family aku menerima Arash dengan hati yang terbuka dan tak salahkan keputusan aku untuk ambil Arash jadi anak aku",kataku seraya serabut berfikir daripada petang tadi lagi.
Aku risaukan Arash setelah dia menginjak usia 2 tahun mampu ke dia menerima aku sebagai ibu susuan dia? Mampukah dia menghadapi caci maki tetangga dan keluarga aku nanti? Aku tak pernah nak kesah tentang toxic yang bakal membuka cerita hangat tentang diriku kerana niat aku mengambil Arash adalah dengan niat ingin membantu bukan kerana ada agenda lain setelah tahu Arash anak orang berada. Riona memahami diriku yang sedang kusut memikirkan diri Arash.
"Babe, aku tahu Arash kuat sebab kau kan ibu dia mesti dia akan kuat sama macam kau dah-dah jangan risau esok aku teman kau balik nak pegi mana-mana bagi Jay atau Ray teman jangan keluar sorang-sorang. BAHAYA!",Riona berpesan tegas kerana dia akan pulang ke rumah ibu bapanya setelah selesai aku menjelaskan sebab-sebab aku mengambil Arash sebagai anakku besok.
Riona berkata lagi, "Kau pergilah rehat dulu Arash pon dah lali lepas minum susu tu aku nak pegi masak nanti aku panggil kau makan. Rest tau esok nak drive jauh and kau akan bazirkan banyak air liur ahahahahhahah".
Aku hanya menggeleng dan berlalu ke bilik untuk mandi dan berehat sementara menunggu Riona menyiapkan makan malam kami berdua. Aku melihat ke arah katilku Arash sedang tidur dengan nyenyak jadi aku mengambil keputusan untuk mandi dan bersiap barulah berehat disebelah heroku. Sewaktu mataku ingin terlelap untuk berlabuh di layar mimpi datanglah Riona mencuit bahuku perlahan sambil tersenyum manis.
Mataku terasa begitu berat untuk dibuka lalu dengan malas aku bertanya kepadanya;
"Kau dah kenapa tersenyum-senyum ni?".
"Cuti aku dah diluluskan dan kita betul-betul akan bertolak selepas subuh esok",katanya semangat.
Aku pula hanya tersenyum tipis dan berkata, "Boleh aku lelap sekejap? Aku takut malam ni Arash tak dapat tidur nanti sape nak jaga dia en so please tau nanti kejut aku. Thankyou".
Riona tercengang mendengar ucapanku kerana berkemungkinan dia berfikir bahawa aku akan memeluknya seperti biasa ahahhahaha sorry baby aku penat untuk harini ke hulu ke hilir tengah-tengah panas rasa nak demam pon ada.
Tepat pukul 17:45 p.m, Riona datang mengejutkanku untuk memandikan Arash kerana Arash sudah tersedar. Aku pula masih di dalam keadaan mamai hanya melihat bayi kecil disebelahku dengan kening terjongket.
"Anak sape ni wey?",tanyaku kepada Riona.
Riona menepuk dahiku dengan kuat dan berkata;
"Tu anak kaulah ngek apesal kau baru lelap dah lupa dah kau ada anak sejak pukul 10:00 a.m tadi huh?".
Aku mengangguk setelah mendapat tepukan nyamuk daripada Riona kerana berjaya mengingatkanku dengan begitu pantas. Yea, tugas aku sebagai seorang ibu sudah bermula daripada pertama kali aku menyentuh kulitnya.
"Arash sayang kejap ye ibu pegi cuci muka dulu baru ibu mandikan Arash yea. Arash duduk diam-diam nanti jatuh ibu jugak yang susah",kataku kepadanya.
Setelah selesai aku segera ke katil untuk mengambil Arash dan memandikannya. Sejujurnya aku berasa kekok kerana telah lama aku tidak menyentuh bayi sekecil ni. Sambil memandikan Arash aku menasihatinya walaupun dia tidak memahaminya.
"Membesar dengan baik, patuh arahan Ibu dan moga-moga menjadi seorang anak yang soleh ye, sayang", kataku kepadanya.
Arash kelihatan bingung mendengar apa yang aku bicarakan kepadanya. Sekali lagi aku berkata;
"Nanti Arash dah besar ibu explain balik, yea. Sekarang Arash kena jadi anak yang baik dengan tak banyak meragam, boleh?".
Arash tersenyum kecil seperti memahami apa yang aku mahukan daripadanya. Arash tidak banyak meragam sewaktu aku memandikan dirinya sebentar tadi dan berkemungkinan dia memahami bahawa aku masih kekok untuk memegang dirinya.
Arash anak yang baik kerana sewaktu aku memakaikan baby powder, Arash hanya mengekek ketawa mungkin terasa geli dengan sentuhanku. Setelah siap memakaikan pampers dengan tiba-tiba Riona menerjah bilikku. Dia menerjah hanya kerana ingin memakaikan Arash baju tidur. Aku terus ketawa besar kerana aku merasakan bahawa alasanya tidak masuk akal sama sekali bagiku. Rela betul si minah sengat tu tinggalkan baju yang perlu dikemaskan untuk pulang besok hanya kerana ingin memakaikan Arash baju tidur. Nasib sayang kalau tak dah kena terajang.
YOU ARE READING
My Heartless Mom🖤💍
General FictionCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis biasa yang sanggup menjadi ibu susuan kepada anak kecil yang baru sahaja kehilangan kedua-dua orang tuanya walaupun dia tahu dia masih belum berkhawin dan tidak akan dapat menjadi ibu susuan yang sempurna...