Bab 7💙 :

46 0 0
                                    

   Aku memeriksa kembali barang-barang yang aku bawa pulang. Semuanya ada kecuali pad, deoderant dengan minyak wangi. Haihh... Kena keluarlah jawabnya. Nasib Billion Mall dekat je dengan rumah. Wahhhh... boleh drive sorang-sorang sebab Riona ada lagi so bolehlah tinggal Arash dengan dia.

  "Ibu, Ayoh... Kakak nok tubik Billion meta. Kakak nok gi beli barey kakak hok tinggal pahtu nok tolong beli barey dapur ko ibu mugo kakak dok bank-in duit lagi buley ni ko Ayoh kei. Ibu nga Riona tengok kei Arash tu, deh", kataku seraya mengambil handbag dan kunci kereta daripada Ray.

   Dua orang bodyguard aku tidak boleh mengikutiku kerana telah diugut manja olehku. Hahahahahahah... Berani ikut dan tak bagi kunci kereta jawabnya aku pukul dengan sneakers akulah.

   "Riesya... Meh, Am bawakan. Tak elok keluar sorang-sorang", Am berkata cepat setelah disiku kuat oleh Jay.

  Bukan aku tak tengok cuma malas nak bergaduh panjang aku hanya pasrah mengangguk dan melemparkan kunci kereta kepadanya. Dia terkejut namun dia bernasib baik sempat menyambutnya jika tidak buruklah muka handsomenya. Keluargaku hanya mampu menggeleng dengan sikapku yang tidak boleh diubah daripada kecil lagi iaitu 'kasar'.

   "Tolong bukakan waze untuk Am. Riesya rehatlah nanti dah sampai Am kejut",katanya lembut.

   Aku membukanya tanpa membantah. Aku memilih untuk berdiam diri tanpa menjawab kata-katanya. Dia sepertinya memahami diriku masih penat dan memerlukan banyak rehat. Setelah sampai dia mengejutkan aku dengan perlahan-lahan;

   "Riesya, bangunlah dah sampai ni".

   "Ermmm...okey",dengan bacaan bissmillah aku membuka langkah untuk keluar daripada kereta.

   Handbag aku dibawa oleh Am. Dia yang beria-ria nak bawa aku apa lagi bagi jelah. Ramai yang melihat wajahku dengan dengusan kerana berada disampingku sambil membawa beg dan menolak troli. Aku hanya mampu mengabaikan pandangan membunuh mereka kerana aku memakai mask jadi tidak seorang pon dapat mengecam wajahku dengan baik. Am gatal tak nak pakai mask kan orang tahu dia anak CEO terkemuka tu. Buat malu je esok keluar dalam IG 'Anak CEO terkemuka dikatakan menemani teman wanitanya membeli barang di Billion, Pantai Timur semalam'. Kalau orang tahu wanita bermask hitam itu adalah aku makin berkontrovesi la jawabnya.

   "Riesya... Am bawa troli ni pergi dekat bahan basah, ya? Am tahu Sya tak selesa nak pilih barang kalau Am ada so chauuu dulu. Nanti cari Am dekat bahan basah, okey?", Am berkata sebelum berlalu tanpa berpaling ke arah diriku di belakangnya.

   Aku tertunduk malu mendengar ucapannya. Mujur sahaja dia memahamiku kalau tidak lambat lagi la nak balik rumah. Tidak mahu mengingati kejadian tadi dengan cepat aku mencari barang keperluanku. Aku harus cepat kerana ramai mata yang memandangku dan aku risaukan Am yang berada di area bahan basah. Setelah selesai, dengan cepat aku mencari Am.Giliranku pula untuk menolak troli dan Am hanya boleh memegang handphoneku sahaja. Huehuehue... Aku memilih barang disebelah kanan dan menyuruh Am memilih disebelah kiri.

   Sewaktu aku dan Am memilih barang-barang basah ada seseorang menepuk bahuku perlahan. Lantas, aku berpaling untuk melihat siapakah yang menepuk bahuku dan ternyata orang itu ialah Aifa Mokhtar. Aifa merupakan rakan karibku sewaktu dibangku sekolah menengah dan sehingga kini kami masih berhubung baik. Aifa juga merupakan seorang lawyer yang disegani oleh masyarakat kerana banyak memenangi kes hak penjagaan kanak-kanak, kes penderaan dan kes gangguan seksual.

   "Weyyyy, Riesyaaaaa!!!! Aku rindu kau, tahu? Sampai hati balik sini tak bagitahu aku pun",katanya sambil memeluk tubuhku erat.

Aku tergelak kecil dan berkata;

   "Aku baru je sampai pukul 12:00 p.m. tadi. Datang Billion pon sebab barang keperluan aku tertinggal dekat KL lepastu datang beli barang dapur untuk Ayah teruslah. Alahhh... cakap orang balik sini tak bagitahu konon yang kau ni ada kat sini jugak tak bagitahu aku pon??? Setahu aku dua hari lepas kau ada dekat KL jugak, kan? So, kita adil la en-en",aku tersenyum kemenangan.

My Heartless Mom🖤💍Where stories live. Discover now