Bab 10💙 :

49 0 0
                                    


   Kami berbual santai menikmati angin petang yang damai. Tiada seorang pun di dalam rumah Mak yang mahu bertanya tentang kehadiran Arash, Am, Jay dan Ray. Aku melihat 'dia' tersenyum seperti memenangi 'loteri'. Haih... Tak habis-habis nak buat cerita memang makcik bawanh rengers betul la. Jay baru sahaja sampai setelah puas memujuk umi dan abah bahawa dia perlu menemaniku kemana-mana kerana Ray hanya akan jadi pemandu bukan pembawa barang sepertinya. Uncle kelihatan ingin bertanya kepadaku tetapi dengan cepat aku berkata;

   "Am, pegangkan Arash, boleh? Riesya nak masak makan malam dengan ibu. Adik tolong tengokkan Arash tau. Ray dan Jay explain dekat uncle dan Mak eh semua, boleh tak? Lepas dah selesai masak semua, Riesya panggil. Ayah dengan yang lain rehatlah dulu".

  "Kakak nok gi mano tu? Uncle baru nok tanyo kakak. Mari sini mula, kakak!", uncel berkata tidak puas hati.

Terjemahan:
   ("Kakak nak.pergi mana tu?  Uncle baru nak tanya kakak ni. Datang sini balik, kakak!").

  Mak menepuk paha uncle kerana selalu mencari gaduh even hal kecil. Aku menjelirkan lidah kepadanya dan dia hanya mampu menjeling tajam kepadaku. Haih... Uncle macam budak-budaklah. Kelihatan mereka sedang berbual senang. Tiada istilah kekok walaupun mereka bertiga orang bandar. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Setelah semuanya siap, aku memanggil mereka makan. Aku berbisik perlahan kepada Am;

  "Pukul 20:30 p.m., nanti kita keluar beli barang dapur untuk Mak pulak, eh. Biar Ray dan Jay jaga rumah ni sebab Riesya nak tinggal Arash. Riesya tak percaya dekat 'aunty' Riesya tu".

  Am menganggukkan kepalanya dan memberitahu Ray. Ray kelihatan ingin membantah tetapi aku tidak benarkan kerana aku sudah biasa. Akhirnya, dia mengalah denganku. Sering kali terlihat muka aunty ku merah kerana marah akibat sentiasa diabaikan oleh keluargaku. Kami makan tanpa bercerita panjang kerana itu adalah pesanan utama Mak sebelum kami makan. 'Dia' merengus marah kerana harus mencuci pinggan, cawan, periuk, kuali dan mangkuk yang digunakan sebentar tadi. Aku tersenyum sinis dan berkata kepada Ayah;

  "Ayoh, kakak nok tubik market meta. Ayoh pegey Arash meta deh. Kalu rusing kakak takpo kih kakak bowok Am temey kakak".

terjemahan:
  ("Ayah, kakak nak keluar pergi market kejap. Ayah tolong pegangkan Arash sekejap tau. Kalau Ayah risau takpe sebab kakak bawa Am teman kakak").

  "Maso-maso ni kakak nok tubik? Bahayolah kakak. Haih... Mujur ajok budok tuh. Doh gi la meta sudoh deh mugo tok molek anok daro tubik nga anok teruno lamo-lamo", Ayah berkata pasrah.

terjemahan:
  ("Masa-masa macam ni kakak nak keluar? Bahayalah kakak. Haih... Nasib ajak budak tu. Dahtu pergilah sekejap jangan lama-lama okey sebab tak elok anak dara keluar dengan anak teruna lama- lama").

   Ray mencampakkan kunci kereta kepada Am. Nyaris sahaja ingin mengenai dahiku nasib Am sempat menghalang dengan tangan kekarnya. Ketika ingin menuruni tangga rumah, rmai makcik-makcik, pakcik-pakcik, anak dara mengintai. Aku mengheret hujung cap Am bagi melindungi wajahnya daripada dilihat mereka sehingga Am masuk ke seat pemandu. Am membuka capnya dengan muka cemberut dan aku meletuskan ketawa yang selama ini disimpan rapi olehku. Am tergamam dan aku terkaku setelah menyedari bahawa aku melakukan kesilapan.

  "Riesya... Nak ketawa tu ketawa je jangan pendam. Sampai bila nak jadi heartless? Am tengok bila dengan Family atau kawan rapat cepat je bibir tu tersenyum walaupun tipis tetapi bila ketawa memang okey je. Tup-tup dengan orang luar bapak dingin woooo", Am berkata dengan riak muka takut yang dibuat-buat.

  Aku hanya mengabaikan bebelannya tanpa ada niat ingin menjawab. Perjalanan kami yang awkward berakhir setelah sampai ditempat yang ingin ditujui. Am kelihatan teragak-agak untuk masuk ke market yang agak licin ini. Ya, aku tahu dia tak pernah ikut umi ke pasar sebab kuat melepak. Am membuka jaketnya  dan diletakkan di atas bahuku setelah menyedari ada mata-mata miang yang memandang bajuku. Aku pada mulanya terkejut tetapi setelah memahaminya aku membiarkan handbagku dan bakul sayur dibawa olehnya. Nasib Am memakai capnya kalau tidak ramailah yang akan mengerumi kami dan aku bakal meletus rimas. Dengan cepat aku memilih barang-barang yang diperlukan kerana malas berlama setelah melihat makcik-makcik bawang menjelma. Melihat Am membuntuti langkahku sambil memegang bakul sayur terlihat comel dimataku. Haishhh.... Riesya cool Riesya cool. Kau bukan macam ni.

  "Riesya nok beli ikey meroh skilo nga ikey slaye duo kilo? Nok aye 2 ekor,  jolo dok?", Makcik Has menyambutku dengan jawapan yang selalu membuat aku tersenyum dan mengangguk.

Terjemahan:
  ("Riesya, nak ikan Merah sekilo dan ikan Selayang dua kilo, kan? Nak ayam dua ekor, betul tak?").

  Setelah semua selesai, aku menunggu Am memasukkan barang-barang yang dibeli ke dalam bonet. Aku meminta Am untuk singgah di 7Eleven sebentar. Perghhhh... Jajan menunggu woiiiii. Sabo jap nak pi borong banyak-banyak baru boleh balik dengan tenang. Am merampas plastik yang baru sahaja aku ingin letakkan diseat belakang dan Am kelihatan ternganga melihat isi-isi yang aku beli. Aku merampas kembali dan menyuruhnya memandu pulang.

 Aku merampas kembali dan menyuruhnya memandu pulang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
My Heartless Mom🖤💍Where stories live. Discover now