"Babe, turun makan malam", kata Riona sambil mengetuk pintu bilikku yang terbuka.
Aku hanya mengangguk dan mengendong Arash ke ruang makan. Riona sudah tersenyum-senyum sambil mendepakan tangan untuk mengambil Arash daripada gendonganku. Aku hanya tertawa kecil nelihat senyuman manis Riona. Riona jarang menunjukkan wajah bahagianya kecuali diriku, keluarganya dan kawan-kawan rapatnya. 𝚆𝚎'𝚛𝚎 𝚒𝚌𝚎 𝚙𝚛𝚒𝚗𝚌𝚎𝚜𝚜.
"Riona... Aku harap esok semuanya berjalan lancar. Aku betul-betul harapkan yang Arash tidak akan mendengar caci maki dan umpatan orang kampung untuknya tetapi nampaknya semua akan jadi sia-sia kerana ada dikalangan keluarga aku pon ada toxic people seperti orang kampungku", kataku pasrah.
Riona memandang aku dan Arash silih berganti;
"Sya, selama kita kenal aku tahu kau bukan macam ni tau kenapa baru sekarang? If kau cakap kau risaukan Arash kau sepatutnya fikir macam ni, 𝚊𝚔𝚞 𝚔𝚎𝚗𝚊 𝚓𝚊𝚞𝚑 𝚕𝚎𝚋𝚒𝚑 𝚔𝚞𝚊𝚝 𝚍𝚊𝚛𝚒𝚙𝚊𝚍𝚊 𝚋𝚒𝚊𝚜𝚊 𝚜𝚞𝚙𝚊𝚢𝚊 𝚊𝚔𝚞 𝚍𝚊𝚙𝚊𝚝 𝚋𝚞𝚔𝚝𝚒𝚔𝚊𝚗 𝚍𝚎𝚔𝚊𝚝 𝚜𝚎𝚖𝚞𝚊 𝚘𝚛𝚊𝚗𝚐 𝚊𝚔𝚞 𝚖𝚊𝚖𝚙𝚞 𝚖𝚎𝚖𝚋𝚎𝚜𝚊𝚛𝚔𝚊𝚗 𝙰𝚛𝚊𝚜𝚑 𝚝𝚊𝚗𝚙𝚊 𝚋𝚊𝚗𝚝𝚞𝚊𝚗 𝚜𝚎𝚜𝚒𝚊𝚙𝚊 𝚙𝚞𝚗. Arash penguat semangat kau sya so please stay strong for him".
Aku hanya berdiam diri sambil mata galak memerhati wajah Arash. Aku tahu, Riona risaukan aku cuma dia tak nak tunjuk.
"Esok hari yang amat memenatkan untuk kita semua jadi kau kena banyakkan berehat sebab aku pon nak berehat sambil dodoikan Arash tidur. Hopefully, Arash tak meragam malam ni", kataku sambil pinggan dan cawan yang kami gunakan sebentar tadi.
Aku memasuki bilikku bersama Arash. Aku mendodoikan Arash dengan alunan zikir dan surah-surah pendek Al-Quran supaya tidurnya lena tanpa perlu meragam pada malam ini. Mujur sahaja Riona sudah memberikan Arash susu sebentar tadi.
"Maaf, sayang. Haih... Later Arash tak perlu lagi nak minum susu botol ye cuma Arash kena bagi ibu masa sikit je lagi. Ibu sayang Arash jadi tidur dengan tenang, okey", kata-kataku disambut dengan dengkuran halus Arash.
Kami melabuhkan mata bersama-sama untuk melayari mimpi indah kerana esoknya pasti tiada rehat bagi kami. Arash anak yang baik dan aku berharap dia akan membesar tanpa perlu memikirkan masalah walhal masyarakat akan mempersoalankan dirinya kepadaku nanti.
Bunyi deringan telefon menganggu lenaku dan nasib sahaja Arash tidak terjaga. Arash benar-benar mendengar perintahku walaupun dia masih kecil. Bingung aku memikirkan sebabnya Ray menelefonku seawal jam ini dan akhirnya aku mengalah setelah tiga kali menelefonku tanpa henti. Aku menjawab panggilan dari Ray tetapi Jay yang menyapa diriku yang masih mamai.
"Hello, Assalamualaikum. Iesya bangunlah siapkan diri, kemas barang ke sebab takut nanti ada yang tertinggal ke apa ke kalau tertinggal yang tak berapa penting takpe boleh beli baru kalau yang penting tak kan nak patah balik kat KL ni. Flight kita pukul 09:30 a.m., tau", dengan bersemangatnya Jay memberitahu aktiviti kami pada hari ini manakala aku hanya membalas dengan deheman.
"Iesya!!! Bangunlah... haih budak kecik ni susah betul nak bangun. Bangun iesya nanti dah nak subuh baik mandi cepat", katanya lagi seperti tiada tanda untuk mengalah dalam mengejutkan aku bangun dari lena.
Aku hanya mendengar sambil menguap kecil. Mataku beralih kepada wajah Arash yang masih lena disampingku. Arash bakal menjadi seorang jejaka tampan. Hatiku mula berbisik kecil;
"Maaf, sayang ibu. Ibu masih belum terfikir untuk berkhawin. InsyaAllah, ibu mampu membesarkan Arash seorang diri sebagai ibu tunggal tanpa perlu adanya insan bergelar suami dan ayah kepada Arash. Cukuplah uncle-uncle Arash nanti yang jadi ayah kepada Arash, yea".
Tiba-tiba suara Ray seperti memberi amaran bahaya kepadaku terdengar dicorong telefon yang masih bersambung;
"Bangun sekarang atau aku yang bakal bangunkan kau dari katil tu pastu humban kau dalam bilik mandi? Aku kira sampai lima kalau tak bangun jugak aku buat betul-betul jadi jangan cabar aku, Noriesya!".
"Eeeeeee... ye, orang bangun dahni. Kejaplah nak betulkan kedudukan Arash pastu orang mandilah. Tutup je la call ni, eishhh", kataku sambil mendengus marah.
Jay hanya tertawa mendengar pergaduhan kecil antara aku dan Ray. Ray kembali bersuara;
"Tak perlu tutup call, kau pergi mandi sekarang! Kalau Arash terjaga susah pulak kau dah la clumsy... Aku tutup call bila nak bertolak pergi kafe untuk breakfast sebab aku tak percaya kau akan pergi mandi kalau aku tutup call".
Mamat ni memang tahu-tahu je aku nak sambung tidur. Rosak plan ah! Ray kejam... Huaaaa. Aku mengabaikan kata-katanya dan berlalu memasuki bilik mandi. Setelah selesai bersiap, aku berlalu ke bilik Riona untuk mengejutkannya kerana Arash masih lagi terlena.
"Riona Kim!!! Assalamualaikum... Oiii, bangunlah aku dah siap mandi dahni. Bangun mandi pastu kita solat berjemaah", kataku sambil terjerit kecil bimbang Arash akan terjaga kerana bilik aku dan Riona bersebelahan sahaja dan aku biarkan pintu bilikku terbuka luas.
Riona memandang pelik diriku yang berada disampingnya. Mungkin terlihat pelik kerana aku bersiap awal daripadanya dan mungkin juga kerana aku terlebih teruja. Riona mengangguk dan berkata;
"Kau pergilah tengok Arash dulu nanti aku dah siap semua kita solat subuh berjemaah kat bilik kau".
Dengan langkah teruja aku kembali berbaring disamping Arash yang masih terlena. Mataku galak memerhati wajah tampan Arash. Arash memiliki iris mata soft green dan kulitnya amat putih seperti seorang vampire. Akibat terlalu kusyuk memerhatikan wajah Arash, aku tertidur tanpa sengaja dan mulalah aksi cubit-mencubit daripada Riona Kim untuk Noriesya Daud. Dengan persaan sebal aku bangun untuk mencuci muka dan mengambil wudhuk. Kami solat berjemaah tanpa sebarang ganggu.
"Anak ibu tak nak bangun lagi ke ni? Ibu nak tengok Arash buka mata ni. Bangunlah, sayang", kataku sambil mencuit hidung mancungnya.
"Jangan dikacau Arash nak tidur kalau kau dah siap kemas barang semua kau pergi check balik barang-barang tu takut tertukar ke apa. Dalam pukul 08:30 a.m., Am sampai so kita bertolak untuk breakfast pukul 08:45 a.m. tu", kata Ray panjang lebar.
Aku menjawab perlahan;
"Okey, clear".
Aku segera keluar daripada bilik untuk memberitahu Riona bahawa dia tidak perlu menyediakan breakfast pada pagi ini.
"Babe, Ray cakap pukul 08:45 a.m., diorang datang jemput kita breakfast dekat kafe area airport sementara menunggu flight ke Kelantan, okey", kataku sambil berjalan memasuki bilikku kembali.
Riona hanya mengangguk faham dan berlalu masuk kembali ke dalam biliknya. Bayi kecil ini memang hantu tidur seperti diriku.
𝚕𝚒𝚔𝚎 𝚖𝚘𝚝𝚑𝚎𝚛, 𝚕𝚒𝚔𝚎 𝚜𝚘𝚗.
YOU ARE READING
My Heartless Mom🖤💍
Fiksi UmumCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis biasa yang sanggup menjadi ibu susuan kepada anak kecil yang baru sahaja kehilangan kedua-dua orang tuanya walaupun dia tahu dia masih belum berkhawin dan tidak akan dapat menjadi ibu susuan yang sempurna...