Bab 11💙 :

35 0 0
                                    


  Sewaktu aku hendak melangkah masuk ke dalam bilik air, telefonku berdering bising. Ya Allah, malasnya nak angkat!!!! Dalam keadaan terpaksa aku mengangkatnya.

  "Ermmm.. Sapa ni? Ada benda penting ark? Kalau takde nak tutup sebab aku buzy skang", dengan tiada salam aku berkata malas.

  "Assalamualaikum!!!!! Weh, Riesya!!! Kau dah kenapa dho? Jangan cakap kau lupa aku sudahlah. Nak kata tak save nombor aku, hari-hari status aku kau tengok je. Senanye ni kes kau nak masuk bilik air aku call en??? Hahahahahahahah... Patutlah stress semacam", dengan tidak bersalah menjerit dan mengomel kepadaku. Haih....

  "Waalaikumussalam. Tak lupa kau pun cuma angkat tanpa tengok sapa call je. Tau dah aku nak mandi call lagi... Kau ni setiap kali aku nak mandi baru nak call time aku tak mandi takdenya nak call. Okeylah, lepasni aku call balik now aku nak mandi. Bye~~~".

   Perghhhhh... Lega bhaiiii. Hilang sakit telinga aku. Kalau hari-hari dengar si minah Laila tu menjerit mahu takde telinga aku. Alhamdulillah.... Akhirnya, aku boleh mandi dengan tenang. Nasib sahaja Arash berada di dalam bilik adikku jadi aku tidak risau untuk bertapa lama di dalam bilik air.

   Selama 30 minit aku bertapa di dalam bilik air, dengan senyuman lebar aku keluar dari bilik air tersebut. Aku melangkah keluar daripada bilik untuk mengambil Arash dibilik adikku tetapi Arash dan adikku sudah terlena comel bersama. Aku menutup kembali pintu biliknya dan menyambung langkah ke dapur untuk meminum air. Angka jam sudah menginjak 22:30 p.m., patutlah semua keluargaku terlena. Keluargaku daripada dahulu lagi sering terlena awal jarang sahaja tertidur lewat. Ray dan Jay sedang berbicara serious sampai berkerut dahi manakala Am hanya bermain telefon tanpa ada niat untuk menyampuk. Jay memanggilku setelah terlihat aku yang kusyuk memerhati mereka. Aku mendekati mereka bertiga dengan hati yang berdebar. Hatiku akan berdebar sekiranya ada sesuatu yang buruk berlaku.

  "Biodata kau sebelum ni takde orang ceroboh, kan? Apehal lepas aku jaga biodata kau ada hacker yang hack biodata kau? Aku dah buat macam-macam supaya hacker lain tak boleh ceroboh tetapi ada lagi hacker yang lebih handal daripada aku. Sebelum ni memangla ada yang cuba hack biodata kau lepas aku lock tapi tak dapat yang ni aku tak sure dho hacker mana", Ray menghela nafas panjang.

  Aku terbungkam mendengarnya. Ya, aku tahu Ray risaukan keselamatanku setelah ada yang dapat menghack biodataku.

Riesya pov:
  Jay pernah berkata kepadaku sebelum ini;

  "Riesya tahukan yang kami berdua je adik-beradik, mana ada yang lain dah. Lepas kenal Riesya, Ray betul ii overprotective  dekat Riesya tau. Bila dapat job untuk jaga biodata Riesya dia buat lock yang tak pernah dia buat kepada sesiapa yang kami ambil job sebelum ni. Bahkan Ray tak bagi Jay tolong lockkan biodata Riesya sebab dia nak buat sorang-sorang. Ray betul-betul nak ada seorang adik perempuan yang perlu dia lindungi so bila ada Riesya dia boleh tunjukkan yang ice prince dia kepada perempuan selama ini boleh cair setelah hadirnya Riesya. Ray sayangkan Riesya macam adik kandung dah sebabtu bila Jay nak usik Riesya cepat je kena luku dengan Ray".

End Riesya pov.

   Aku melihat Ray benar-benar tidak senang duduk. Wajahnya sugul dan letih. Aku risaukan dirinya. Benarlah apa yang diperkatakan oleh Jay selama ini... Ray benar-benar menyayangiku.

  "Ray... Janganlah risau. Riesya okey. InsyaAllah, semuanya selamat. Ray dan Jay dah buat yang terbaik so jangan risau. Doakan yang baik-baik je. Ray janganlah stress-stress je, chill okey. See, Riesya bagi senyuman paling manis ni untuk Ray dengan Jay je, tau".

  Mereka bertiga tergamam melihat aku tersenyum manis. Ray kelihatan beransur okey manakala Jay dan Am masih lagi dalam keadaan 'freeze'. Aku tahu diorang terkejut tetapi aku terpaksa. Aku kesian tengok Ray susah hati. Ray dan Jay macam abang-abang aku dah. Aku sayangkan diorang sebagai abang dan aku tak pernah menganggap mereka ialah 'bodyguard' kami. Aku masih berdebar risau tetapi aku hanya mampu bereaction normal macam takde pape sebab aku tahu semakin aku kalut semakin resah Jay dan Ray. Hadirnya mereka membuatkan aku berasa selamat dan selesa untuk berkawan dengan lelaki kerana selama menjadi heartless aku benar-benar tidak menyukai lelaki ataupun ada niat untuk berkenalan dengan mereka.

  Ray menyuruhku untuk tidur kerana mereka bertiga juga ingin tidur kerana esok kami akan berangkat ke rumah Riona kemudian akan bersiar-siar ke Pantai Batu Buruk, Terengganu. Ray berpesan perlahan kepadaku tanpa berpaling;

  "Nanti nak tidur tu tidur je tak perlu fikir apa-apa. Semua aku settle lepas kita balik KL sebab kat sini takde laptop aku yang selalu aku guna. Rehat cukup-cukup. Good Night".

  "Good Night, too", aku mengangguk dan melambai kepada mereka.

My Heartless Mom🖤💍Where stories live. Discover now