Bab 13💙 :

38 1 0
                                    


05:30 a.m. :

  Ayah mengetuk pintu bilikku sambil berkata;

  "Kakak... Bangunlah, doh nok Subuh ni nati dok dey nok mandi
pulok. Kakak dengar dok gapo Ayoh ngepek ni? Bangun-bangun, tok molek anok daro tok bangun lagi maso ni pah gak kaluk nok mandi dok dey la".

terjemahan:
  ("Kakak... Bangunlah, dah nak Subuh ni nanti tak sempat nak mandi pula. Kakak dengar tak apa yang Ayah membebel ni? Bangun-bangun, tak elok anak dara tak bangun lagi masa ni nanti mesti kaluk nak mandi tak sempatlah").

  "Yo, Ayoh kakak bangun doh ni. Meta kakak buko pitu", dengan mamai aku melangkah ke arah pintu bilik.

terjemahan:
("Ya, kakak dah bangun dah ni. Kejap kakak buka pintu").

"Mandi lah dulu bia Ayoh jago Arash. Arash sedar takdi lagi kih lapar pek. Ibu wak doh pek ko Arash sakni. Bia ayoh wi takpo pek ko Arash. Gi mandi dulu takut Arash kelih ko kakak jerik, tokse duduk nga Ayoh".

Terjemahan:
   ("Mandi la dulu biar Ayah jaga Arash. Arash bangun daripada tadi lagi sebab dahaga susu. Ibu buat dah susu untuk Arash. Biar Ayah bagi takpe susu dekat Arash. Pergi mandi dulu takut Arash tengok kakak, menangis taknak duduk dengan Ayah").

  Dengan langkah mamai aku menutup pintu bilik dan mengambil tuala untuk mandi. Haih... Sejuk woiiii mandi dekat kampung pagi-pagi kalau dekat bandar takpelah ada heather bagai. Dekat kampung sah-sahlah air telaga, memang menggigil habislah jawabnya. Perghhh... Baru sentuh dengan jari sejuk naik sampai atas kepala, dho. Mamai aku hilang terus. Tak boleh lama-lama melayan sejuk ni nanti tak mandi aku asyik termenung je satgi nak tolong ibu buat breakfast lak.

  Setelah selesai mandi dan bersiap, Ayah memanggil untuk solat berjemaah. Aku keluar daripada bilik dengan memakai telekung. Am, Ray dan Jay mengalihkan pandangan ke arah lain setelah kaku melihat aku menutup aurat. Ya, aku seorang yang freehair tetapi aku tidak membenarkan mana-mana ajnabi menyentuh aku sesuka hatinya kecuali atas sebab tertentu. Pakaian aku juga menutup aurat dengan sempurna, tiada baju ketat dan seluar ketat kerana almariku hanya dipenuhi baju oversize dan palazo sahaja. Ayah berdehem perlahan menyuruh aku masuk ke dalam saf. Beginilah rutin kami sekeluarga jika berkumpul beramai-ramai. Harini yang lain daripada biasa kerana imamnya ialah Ray. Ya Allah, sungguh merdu suaranya mengalunkan ayat suci Al-Quran.

    Arash tertidur kembali setelah selesai Ayah menyusukannya. Sewaktu Arash tertidur, inilah peluang aku untuk melakukan apa yang diingini. Aku mengajak ibu untuk menyediakan breakfast. Ibu mengajak auntyku untuk menolong sekali dan aku hanya berdiam diri sambil menyediakan barang untuk memasak.

  Aku keluar untuk melihat keadaan Arash sama ada sudah bangun atau tidak tetapi yang mencuit hati aku ialah keadaan Am yang memeluk Arash, Ray yang terlena sambil terduduk di atas sofa dan Jay yang tertidur meringkuk. Haih.... Suruh tengokkan budak tetapi semua lesap ke alam mimpi jugak. Aku melangkah masuk ke dapur semula untuk menolong ibu. Setelah melihat auntyku sibuk sekaki dengan ibu, aku hanya memilih untuk membuat air kopi panas dan tea o panas. Sarapan kami pada pagi ini hanya mi goreng basah kerana aku yang menyediakan bahan-bahannya. Hahahahahahahah...

  Tepat pukul 07:45 a.m., aku mengejutkan mereka bertiga untuk bersarapan bersama. Mereka bangun dan memcuci muka kemudian duduk di kerusi meja makan dengan muka mamai. Aku hanya mampu menggeleng dengan perlahan. Pukul 09:30 a.m., kami akan bertolak ke rumah Riona untuk mengambilnya sebelum ke Pantai Batu Buruk, Terengganu. Kami ada masa lebih kurang 1 jam 15 minit lagi untuk ke rumah Riona so aku ambil peluang untuk menyiapkan keperluan Arash dan keperluanku. Aku menyuruh mereka menyiapkan keperluan mereka sekali kerana kami akan bermalam di hotel selama 3 hari 2 malam.

My Heartless Mom🖤💍Where stories live. Discover now