Bab 16💙 :

53 2 0
                                    


  Sesampainya kami di area berdekatan dengan Pantai Batu Burok, kami tidak kalut untuk mencari tempat penginapan kerana Jay telah menempahnya sebelum kami berangkat ke sini. Jay dan Ray adalah orang yang amat berbeza. Ray mampu mendiamkan kami hanya dengan panahan matanya manakala Jay pula lebih kepada kanak-kanak ribena sehingga membuatkan kami tiada rasa untuk menakutinya. Mempunyai abang seperti mereka berdua membuatkan aku dan Riona terasa selamat.

  "Riona... Follow kami dari belakang slow-slow tak perlu bawa laju-laju sebab kawasan hotel tu dah dekat", Ray berkata tegas setelah panggilan video bersambung.

  Riona hanya merengus marah dan menjeling Ray. Jay kelihatan resah dan aku hanya mengabaikan mereka.

  "Riesya... Are you okey, Sweetie? Kenapa muka monyok macam stress je?", Jay berkata risau manakala Ray memandangku tajam.

  "Leave me alone for a while. Just.... please", aku berkata senada tanpa memandang mereka.

  Jay ingin bertanya lebih tetapi Ray melarangnya. Panggilan video itu dibiarkan begitu sahaja tanpa ada sesiapa yang ingin bersuara. Pemanduan Riona benar-benar dipantau oleh Ray. Salah sikit sahaja dia punya membebel kalah mak nenek.

  Sampai sahaja di lobby hotel, Ray dan Jay menyuruh kami berempat menunggu mereka berdua disana. Haih... lambat betul diorang pergi parkir kereta.

   "Sabar ya, Arash. Kejap lagi kita masuk bilik ibu buatkan susu untuk Arash. Ibu lupa sayang last minum susu waktu lunch tadi sekarang dah pukul 15:30 p.m. patutlah Arash merengek pun. Sorry again, baby".

  Orang yang berada di lobby hotel itu melihat kami dengan tajam. Ray dan Jay datang dengan tenang ke arah kami. Aku hanya menayangkan pokerface kepada mereka.

  "Am pegangkan Arash kejap. Riesya nak buat susu untuk Arash. Kesian dia merengek daripada tadi lagi. Riesya tak sampai hati nak tunggu masuk bilik. Ray dan Jay pergilah ambil kunci kami tunggu kat sini".

  Am mengendong Arash dengan berhati-hati manakala Jay dan Ray mengambil kunci bilik. Aku hanya mengabaikan pandangan pelancong lain yang berada di lobby ini. Ada yang bergosip, ada yang mengambil gambar kami tetapi kami memilih untuk tidak berbuat masalah yang memalukan.

My Heartless Mom🖤💍Where stories live. Discover now