Bab 14💙 :

43 0 0
                                    


09:30 a.m. :

  "Ayoh, Ibu, Mak, Uncle dan Adik... Kakak gi dulu, deh. 3 hari nati kakak balik sini mula pahtu kito gi pata makey angin rama-rama deh. Jago diri molek blako".

terjemahan:
  ("Ayah, Ibu, Mak, Uncle dan adik... Kakak pergi dulu, tau. 3 hari nanti kakak balik sini balik lepastu kita pergi pantai makan angin ramai-ramai, okey. Jaga diri leklok semua").

  Setelah selesai bersalaman dan melambaikan tangan sebagai pamitan, Ray dan Am mula memandu keluar daripada halaman rumah mak. Anak dara yang memerhati terlihat begitu menjengkelkan bagiku. Ray dan Jay kereta Mazda. Am, Arash dan aku kereta Nissan GTR. Kampung ni tak boleh nampak kereta mewah sikit mulalah mengintai bagai nak rak. Perjalanan aku dan Am hanya kedengaran radio yang berbicara kerana kami tiada topik untuk dibualkan walaupun kami terlihat akrab. Aku menyuruh Am untuk singgah di Pantai Timur, Besut. Sewaktu Am turun dengan mengendong Arash ramai mata yang memandang kerana Am tidak memakai mask kecuali capnya so dengan jelaslah orang dapat melihat wajahnya. Aku mengambil nafas dan menghembuskannya dengan tenang kemudian membuka pintu kereta untuk turun. Aku terlupa membawa mask so tak dapatlah nak tutup muka aku. Pelanggan Pantai Timur ternganga melihat Am muncul bersama bayi kecil di dalam gendongannya. Aku menyuruh Am masuk terlebih dahulu kerana ingin mengambil troli di luar dan harus menelefon Ray untuk menunggu dikawasan parkir Pantai Timur sementara kami masuk membeli buah tangan untuk umi dan abah. Aku terdengar bisikan-bisikan halus anak dara dan makcik bawang tetapi aku memilih untuk mengabaikannya. Am berjalan terlebih dahulu setelah aku berada disampingnya. Banyak buah tangan yang kami beli kepada umi dan abah tetapi aku terlupa bahawa jajan untuk aku makan tidakku bawa. Aku menarik hujung lengan baju Am untuk menyuruhnya mengambil Cadbury Blackforest yang berada di rak paling atas. Ketinggianku yang hanya 162 cm membataskan diriku untuk mengambilnya. Oleh kerana, Am memiliki ketinggian 183 cm membuatkan aku harus mendongak untuk mengucapkan terima kasih.

  Aku meletakkan barang-barang yang dipilih ke atas kaunter manakala Am berdiri tenang disampingku bersama Arash. Haih.... Am kalau tak cipta kontrovesi tak boleh. Petang semalam keluar news pasal postingannya di IG, harini keluar news pasal masuk Pantai Timur dengan dukung anak pula, ka? Mohon tabah, duhai hati. Am memberikan black cardnya setelah cashier itu selesai mengira. Aku menelefon Ray dan Jay untuk mengambil barang yang kami beli kerana Am sedang mengendong Arash dan aku tidak mampu membawa barang yang banyak. Ray dan Jay datang mengambil barang yang kami beli dengan kadar segera kerana kami tidak boleh berlama disini.

  Am meletakkan Arash ke pangkuanku dengan berhati-hati. Dia mula memanaskan enjin kereta dan memandu keluar daripada kawasan parkir ini. Ray dan Jay mengikuti kami daripada belakang kerana bimbang musuh menyerang hendap. Rumah Riona terletak di Pantai Air Tawar. Perjalanan kami dari Pantai Timur, Besut ke Pantai Air Tawar hanya memakan masa 10 minit untuk sampai.

  "Assalamualaikum!!!! Umi, Abah... Riesya datang ni. Bukalah, pintuuuuu~", dengan tak malu aku menunjukkan sikap kebudak-budakkan aku.

  "Ya Allah, budak ni. Buat terkejut umi je duk menjerit macam tu. Waalaikumussalam... Ha, masuk-masuk umi dah sediakan minuman dengan jajan kesukaan Riesya", sempat lagi umi membebel ye.

Aku, Am dan Arash masuk ke ruang tamu terlebih dahulu kerana Ray dan Jay perlu mengangkat barang-barang tadi daripada bonet kereta. Ray dan Jay masuk ke dapur untuk meletakkan barang yang dibeli tadi. Umi membebel kepadaku kerana menghabiskan duit banyak sangat untuk buah tangan hari ini. Aku hanya tersenyum sumbing. Riona mula memasuki ruang tamu dengan muka yang segar. Berkemungkinan baru siap mandi.

  "Dah siap kemaskan barang, belom? Ke umi yang kemas, kan?", Riona tersenyum sumbing kepadaku.

  Kami berbual santai selama setengah jam kemudian meminta diri kepada umi dan abah untuk bertolak ke Terengganu. Umi dam abah tidak bertanya apa-apa kepadaku kerana Riona telah menjelaskan semuanya kepada mereka. Aku berkata kepada mereka semua dengan senyuman;

My Heartless Mom🖤💍Where stories live. Discover now