Tepat pukul 07:45 a.m., aku mengejutkan Arash daripada lena panjangnya."Arash sayang, bangun. Anak ibu bangunlah, sayang. Alolololo, tak nak bangun pulak dia", kataku sambil mengusap rambutnya perlahan.
Arash mengeliat kecil dan membuka matanya cantiknya dengan memanah bulat ke arah wajahku. Aku tersenyum gembira kerana berjaya membangunkan Arash hanya dengan menggunakan suara yang lemah-lembut dan usapan kecil dirambutnya sahaja. Ray ketawa mengekek mendengar cara aku membangunkan Arash dari lenanya dengan sopan berbanding ketika aku berada bersama orang luar. Setelah 10 minit memandikan Arash, Riona pula mengambil alih tugasku untuk memakaikan Arash baby powder, nappy dan baju untuk Arash.
"Wanginya, anak ibu. Terima Kasih, umi sebab pakaikan Arash baby powder, nappy dan baju untuk Arash", aku membuat suara kanak-kanak dan Riona tergelak besar mendengar suaraku.
Kami memandang satu sama lain setelah penat bersuka-ria dan kemudiannya beralih memandang wajah suci Arash dengan pandangan sayu. Ya, kami memikirkan apa yang bakal terjadi setelah kaki kami selamat tiba di KLIA. Akankah wartawan tidakdaoat mengecami kami ataupun sebaliknya? Kehadiran Jay dan Ray sebagai 'bodyguard' kami dapat mengurangkan kerisauan kami untuk merempuh wartawan itu semua. Sebelum ini, memang kami tidak mempunyai mana-mana bodyguard tetapi sekarang kami amat memerlukannya kerana ada Arash bersama kami. Aku risau Arash bakal terluka. Perkara yang paling aku risaukan sekarang adalah kedatangan anak bongsu tokoh CEO berjaya bersama aku bakal menjadi kontrovesi hangat di setiap media massa. Aku betul-betul berharap tiada seorang pon bakal perasan kehadiran Am disampingku, aamiin.
Pukul 08:45 a.m., Jay datang menjemput kami untuk ke kafe. Perjalanan ke kafe hanya memakan masa 10 minit sahaja kerana Jay memberitahu kami bahawa seorang CEO muda bakal mendarat di KLIA jadi ramai wartawan berkerumun untuk menemu bual CEO tersebut. Kami hanya makan di kafe berdekatan dengan area rumahku. Am masih tidak berkata apa-apa atau menyapa diriku dan aku menganggap dia masih kekok untuk bertegur sapa denganku. Dia hanya senyap sambil matanya galak memerhati keadaan di luar sana.
Ketibaan kami di Sweetie Dylan cafe, disambut dengan senyuman dan sapaan manis. Jay dan Ray kelihatan rancak berbual dengan maneger kafe ini. Mungkin diorang berkawan rapat daripada kecil kut. Idk and aku tak nak ambil tahu yang penting sekarang aku nak nasi weyyy lapar makkkk.
"Iesya...", panggil seseorang ketika aku ingin menyuap nasi ke dalam mulutku.
Aku hanya mengabaikan panggilan tersebut sehingga Riona mencubit lenganku dengan kuat. Aku menggosok lenganku yang perit sambil mngangkat kening ke arah Riona.
"Budak tu panggil kau la tadi asal kau tak menyahut?", bisik Riona sambil mengerling ke arah Am.
Dengan tiba-tiba mata aku dan Am bersambung, entah kenapa pipiku mula menunjukkan blusher tak berbayarnya dan kelihatan telinga Am juga mula memerah. Dengan sedaya-upaya aku bertenang dan berkata perlahan;
"Kenapa, Am? Ermmm... panggil iesya? Kenapa takde kakak? So, ada apa-apa nak cakap ke kalau tak nak sambung makan ni laparrrr".
"Ermm... Boleh Am pegang Arash? Am tengok iesya tak selesa nak makan jadi boleh la, ye? Kenapa takde kakak? Sebab iesya tu baru berumur 21 tahun dan Am dah 18 tahun jadi tak jauh sangat beza kita so kita panggil nama, ye", dia berkata sambil tersenyum manis sehingga menampakkan eyes smilenya.
Tiba-tiba dia berdiri dengan tidak memakai masknya dan berjalan lalu berlutut di depanku untuk mengambil Arash kerana dia ingin aku menyelesakan diri untuk makan dengan tenang. Aku terperasan yang Am tidak memakai mask dan mask diriku berada di bawah dagu kerana ingin makan maka dengan cepat aku menutup wajahnya dengan tapak tanganku kerana seseorang telah mengambil gambar kami secara senyap-senyap. Am kelihatan terkejut dengan peganganku pada pipinya tetapi ini darurat bukan saja-saja. Aku menyepak kaki Jay dan Ray sambil mata meliar ke semua orang di dalam kafe bahawa dalam masa 1 minit kami di haruskan keluar daripada kafe ini atau kekecohan daripada wartawan bakal berlaku. Sepertinya semua daripada mereka memahami maksudku dengan cepat Ray membayar makanan kami dan mengatakan semua ini kepada kawannya selaku menager kafe ini untuk buat seperti tiada apa-apa yang berlaku.
"Am... minta maaf iesya tetapi Am terpaksa", Am berkata perlahan dan belum sempat aku berkata apa-apa Am telah menyulamkan tangan kami dengan erat.Kami berjalan dengan langkah tergesa-gesa untuk keluar kerana dalam masa 45 saat kekecohan bakal terjadi....
Mujur sahaja kami sempat masuk ke dalam kereta dan Jay memecut laju keluar daripada parking lot untuk ke KLIA kerana angka jam sudah memasuki angka 09:15 a.m. kiranya kami mempunyai 15 minit sebelum flight kami berlepas. Aku memberitahu Ray bahawa aku ingin ke tandas dan dia ingin menemaniku tetapi aku membantah kerana aku okey kalau pergi bersendirian.
Arash dipangku oleh Am dan aku melambaikan tangan kepada Arash untuk pergi ke tandas sebentar. Aku berjalan seorang diri untuk ke tandas dan tanpa sengaja aku terlanggar seseorang sehingga orang itu memeluk diriku untuk mengimbangi diriku daripada terjatuh.Aku berkata perlahan;
"Aduhhh... asal keras sangatlah tiang yang aku langgar ni huh mahu benjol dahi aku nanti mesti Arash tak kenal ibu dia yang lawa ni".
Apabila aku terperasan keadaan kami dengan cepat aku meleraikan pegangannya di pinggangku. Kami bukan muhrim jatuh dosa kalau membiarkan walaupun bersebab. Aku menunduk menahan malu kepada orang yang aku langgar sebentar tadi.
Someone's pov:
Haih minah kecik ni apesal la boleh langgar aku, ni mesti sebab jalan pandang bawah. Aku rasa bodyguard aku ramai dah jaga aku asal boleh minah kecik ni terlepas siap masuk dalam pelukan aku? Haih nasib comel je. Haishhh... apa ni Kyle??? Kau bukan macam ni okey. Kau cold person kau tak suka puji perempuan. Perempuan semua sama je kaki kikis ingat tu Kyle!
End pov.
"Ehermm...", dia berdehem untuk menarik perhatian aku manakala aku hanya tertunduk takut.
"Aku... aku... aku minta maaf dekat kau. Aku tak sengaja nak langgar kau tadi sebab aku kejar masa untuk naik flight kesian anak aku tunggu aku jadi kau lepaskan aku, ye? Aku betul-betul minta maaf ni", seraya habis mengucapkan kata-kata maafku dengan cepat aku berlari untuk ke tempat Arash menunggu.
someone pov:
Budak kecik ni mak budak? Srs la aku tak percaya ni. Takpe-takpe harini kau terlepas budak nanti aku cari kau sampai dapat. Ingat tu!
"Mikha... Kau suruh Iqy cari maklumat budak kecik tu sampai dapat tak kira la macam mana pon aku nak semua tentang dia dengan segera", aku berkata sambil tersenyum sinis.
Until we meet again, babygirl. Kau berjaya buat aku tersenyum tak macam perempuan lain and aku teruja untuk kenal kau siapa sebenarnya, babygirl.
End someone pov.
Aku termegah-megah mengatur nafas setelah sampai di depan Am dan yang lain nasib sahaja tidak dikejar wartawan semasa berlari ke sini. Ray menghulurkan sebotol air mineral kepadaku dan dengan rakus aku meneguk air tersebut. Perghhhhh.. lega wey tak kesah orang nak tengok ke mengata ke janji aku lega. Kemudian, Jay menyuruh kami masuk ke dalam flight terlebih dahulu kerana dia ingin menyimpan semua barang yang kami bawa bersama. Am masih mengendong Arash dengan berhati-hati. Aku dan Riona, Ray dan Jay manakala Am hanya bersendirian ditemani Arash untuk menemaninya melayan perasaan.
Kami memilih untuk melelapkan mata sementara menunggu pengumuman untuk mendarat di Lapangan Terbang Pangkalan Chepa.
YOU ARE READING
My Heartless Mom🖤💍
General FictionCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis biasa yang sanggup menjadi ibu susuan kepada anak kecil yang baru sahaja kehilangan kedua-dua orang tuanya walaupun dia tahu dia masih belum berkhawin dan tidak akan dapat menjadi ibu susuan yang sempurna...