T/B 2 tahun lepas : (2019)
"Erghhh...Asal aku kena datang sini selalu? Rimas tahu bau ubat,kena ambil darah selalu la kalau aku vampire aku dah hisap darah doktor tu sampai kering", bisik hati kecilku.
Dalam perjalanan untuk keluar daripada kawasan yang merimaskan ini aku terdengar pergaduhan kecil antara suami isteri yang berumur 50-an.
" Abang,saya bukan taknak jaga dia bang tapi saya taknak Suhaili tahu kewujudannya. Abang bukan tak kenal Suhaili tu macam mana",kata sang isteri dengan lemah lambut.
"Habistu kita nak buat apa sekarang ni? Saya risaukan dia,Su", sang suami terduduk lemah diruang menunggu.
Aku macam biasalah otak mereng en so aku pi jumpalah suami isteri yang berkelahi kecil tu dengan muka tak bersalahnya selepas mencuri-curi dengar perbualan mereka.
"Ermmm,Assalamualaikum",aku menyapa mereka dengan pandangan pokerface.
Mereka kelihatan terkejut dengan kedatangan tiba-tiba aku dihadapan mereka.
"Wa...Waalaikumussalam,nak", jawab sang isteri dalam nada terkejut manakala sang suami hanya menatap diriku.
"Boleh saya bertanya apa masalah tuan dan puan? Ermmm,saya minta maaf kerana terlihat tidak sopan untuk bertanya sedemikian. Niat saya adalah untuk membantu kerana puan dan tuan kelihatan begitu gelisah",kataku sambil tersenyum manis.
Pasangan itu kelihatan tergamam setelah mendengar ucapanku. Mereka kelihatan teragak-agak untuk memberitahuku.
"Kami bukan tidak mahu berkongsi cuma kami tidak mahu kamu terbeban dengan masalah kami nanti", kata sang isteri.
Sang suami pula berkata; " Masalah kami bukan kecil. Kamu masih muda jangan sia-siakan hidup kamu hanya kerana masalah keluarga kami".
"Haih,tuan cuba bagitahu saya dengan jelas je apa masalah tuan. Saya susah bercakap dengan stranger jadi straight to the point boleh?", aku berkata dengan muka tidak bersalah.
"Kenapa kamu beria-ria nak membantu kami?",soal sang isteri.
Aku menjawab dengan muka tidak puas hati;
"Saya dah cakap niat saya adalah untuk membantu bukan atas agenda lain. Cuba beritahu tanpa bertanya boleh?".
"Bayi yang ada di dalam ward itu adalah cucu kami. Anak kami Suhaila mengalami pendarahan yang teruk selepas pembedahan. Jadi,Suhaila meninggal sejurus pembedahan itu berakhir manakala bayi itu terselamat. Kami bingung bagaiman mahu menyorokkan bayi kecil itu daripada seseorang",akhirnya sang isteri meluah dalam keadaan tersedu-sedan.
Aku melihat ruangan bayi yang dipenuhi dengan doktor pakar itu dengan senyuman. Mengapa aku tidak bertanya siapakah seseorang itu? Kan dah terang-terang aku curi dengar kalau tanya kesian makcik terpaksa bazir banyak air liur."Saya nak tolong,Puan", beritahuku.
"Bagaimana kamu mahu membantu kami? Kami risau kamu terbeban,nak. Kamu masih muda untuk semua ni",kata sang suami dengan tegas.
"Saya akan jadi ibu susuan Arash. Jadi tolong bantu saya untuk siapkan surat kelahiran asli dan palsu untuk Arash. Saya minta tolong sangat dekat puan tuan jangan buat apa-apa tanpa pengetahuan saya terutama sekali dengan berjumpa Arash secara senyap-senyap. Keselamatan Arash akan terjamin bersama saya,insyaAllah. Nama bayi kecil itu adalah Nur Iman Arash", kataku sambil termegah-megah setelah tamat memberikan cadangan paling bernas bagiku.Pasangan itu tergamam setelah mendengarkan idea gila aku.
"Nak,kami tidak setuju...." tanpa sempat sang isteri habis berbicara untuk membantah dengan cepat aku memotong percakapannya.
"Haih, takdak tapi-tapilah ,Puan. Peluang sekali je dan saya betul-betul ikhlas", kataku seraya tersenyum.
Selama 10 minit berdiam diri,sang isteri datang memeluk erat tubuhku. Aku tergamam setelah mendapat pelukan hangat daripada seorang ibu tetapi aku tidak boleh melayan rasa sedihku kerana aku perlu memikirkan keadaan Arash.
Sang suami berkata," Baiklah,kami setuju tetapi kami mempunyai tiga syarat kepada kamu".
"Okey,apa syaratnya?" kataku bersemangat.
Sang isteri tersenyum lalu berkata,"Pertama,kami akan bank-in kan RM 3500 sebulan. Kedua,kami akan mengupah dua orang bodyguard untuk menjaga kamu dari jauh. Ketiga,selalu hubungi kami walaupun tiada masalah. Jadi bagaimana?".
Dengan penuh keyakinan aku membantah,"Puan pasal duit dan call tu saya boleh terima lagi tetapi untuk bodyguard tu saya tak suka sebab saya yakin mampu besarkan Arash sendiri".
"Maaflah,nak. Kami terpaksa buat macam ni untuk keselamatan kamu berdua jadi tolong terima dengan hati yang terbuka", pohon sang suami dalam keadaan suara yang sayu.
Setelah aku memikirkan baik buruk dan segala risiko syarat mereka,aku mengangguk lemah untuk bersetuju. Mereka tersenyum manis dan itulah permulaan hidup aku sebagai seorang ibu susuan kepada Nur Iman Arash Bin Tengku Muhammad Sufian.
YOU ARE READING
My Heartless Mom🖤💍
General FictionCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis biasa yang sanggup menjadi ibu susuan kepada anak kecil yang baru sahaja kehilangan kedua-dua orang tuanya walaupun dia tahu dia masih belum berkhawin dan tidak akan dapat menjadi ibu susuan yang sempurna...