Setelah sampai di rumah, Ray dan Jay mengangkat barang-barang yang kami beli ke dapur dan barang-barangku Am yang bawakan. Aku hanya membawa Iphonenya dan melangkah masuk ke dalam rumah dengan langkah laju untuk mencari keberadaan Arash. Setelah puas mencium pipi Arash, aku menyuruh adikku untuk menjaga Arash kembali kerana aku ingin memasak lunch dengan ibu. Ray, Jay dan Am mengikuti Ayah ke kebun. Alhamdulillah, setelah aku bekerja kewangan keluarga kami makin membaik. Aku bersyukur dengan apa yang terjadi di masa laluku telah menaikkan semangatku untuk berjuang mencari rezeki demi keluarga bukan untuk bersuka-ria."Ibu... Nok kakak tolong, dok? Kakak puah ni. Arash duk main nga adik", kataku sambil mencebik.
Terjemahan:
("Ibu... Nak kakak tolong, tak? kakak bosan ni. Arash tengah main dengan adik")."Takdok gapo nok keno tolong doh mugo siap blako doh. Kakak gi letok atah mejo makey pahtu panggil blako makey", ibu menyuruh tanpa berpusing kepadaku.
Terjemahan:
("Takde pape pun kena tolong dah sebab semua dah siap dah. Kakak pegi letak atas meja makan lepastu panggil semua makan").Tanpa perlu aku memanggil mereka semua, mereka telah duduk sambil tersenyum sumbing. Bunyi rengekan Arash membuatkan seleraku mati. Tanpa berlengah aku segera mengambil Arash daripada gendongan adikku. Terpaksalah aku menunggu mereka selesai makan.
"Meh, Am suapkan Riesya. Kesianlah tengok, Riesya. Pegang je Arash tu Am tak rasa Arash tak akan menangis kalau Riesya lepaskan dengan orang lain. Dari tadi lagi perut Riesya tak makan nasi asyik makan jajan je so Am suapkan, okey?", katanya tanpa segan-silu.
Ray menyiku Am dengan kuat sehingga mengaduh kesakitan. Am segera memohon maaf ayas keterlanjuran katanya. Aku pula hanya mampu menggeleng kepala dengan sikap kanak-kanak ribenanya. Dengan girang aku meminta Ayah menyuapkan aku makan. Bukan selalu aku dapat bermanja dengan Ayah jadi inilah orang kata 'mengambil kesempatan di dalam kesempitan'. hahahahahaha...
Keluargaku berasal daripada Kelantan manakala Riona berasal daripada Terengganu.
Bermula sebagai berjiran Negeri dan sekarang kekal sebagai sahabat sejati. Pada malam pertama kami, aku akan mengajak mereka tidur di rumah datuk dan nenekku. Homestay yang Abi tempah aku suruh cancelkan kerana rumah kami banyak bilik tamu jadi cukuplah untuk mereka bertiga. Rumah nenekku berada di Pasir Puteh so yeah pukul 5:00 p.m. nanti kami akan bertolak."Kakak nok balik rumoh mok nga cik, dok?", ibu bertanya setelah selesai mencuci pinggan-mangkuk.
Aku mengangguk seraya mengikuti jejak langkah Ibu ke ruang tamu. Am terlihat begitu menyayangi Arash tidak seperti 'seseorang' itu. Pemikiranku menerewang tentang kejadian yang memalukan di KLIA pada pagi tadi;
Riesya pov:
Aku terasa seperti mengenali lelaki yang aku terlanggar pagi tadi so dengan cepat aku mencari maklumat tentang dirinya. Ternganga aku membaca namanya...Nama Penuh : Tengku Rizkyle Bin Tengku Firdaus
N. Panggilan : Kyle, Ice Prince dan evil
Umur : 16 tahun
T. Lahir : 17/03/2003
T. Lahir : Johns Hopkins Hospital, Baltimore, MD.
Tinggi : 185 cm
Berat Badan : 54 kg
Anak ke : Pertama
M. Kegemaran : Masakan kampung
M. Kegemaran : Milo suam dan jus
W. Kegemaran : hitam dan biru gelap
Hobi : bermain Basketball, on9 games dan bermain boling
Nama Bapa : Tengku Firdaus Bin Tengku Fariz
Nama Ibu : Tengku Zulaikha Binti Tengku Alias
Bil. Adik-beradik : Anak tunggalMenyesal aku jalan pandang bawah pagi tadi. Punyalah luas jalan kenapa aku perlu terlanggar Tengku Rizkyle??? Dahla ramai bodyguard dia pandang aku macam nak telan. Haih.... Langgar CEO terkemuka amat memalukan. Nasib sahaja wartawan-wartawan tu semua tak dapat nak ambil gambar dia peluk aku dari aku nak jatuh. Memang nasib malang.
End Riesya pov.
"Babe, kau okey, tak? Tiba-tiba je tepuk dahi, tampar pipi lepastu tergeleng-geleng tu dah kenapa? Dah kena sampuk?", Riona berkata pedas sambil menyiku lenganku.
Aku hanya mengabaikan kata-katanya kerana semua mata memandangku... pelikkk. Haih.... bikin malu gue ah, Riona.
YOU ARE READING
My Heartless Mom🖤💍
Genel KurguCerita ini mengisahkan tentang seorang gadis biasa yang sanggup menjadi ibu susuan kepada anak kecil yang baru sahaja kehilangan kedua-dua orang tuanya walaupun dia tahu dia masih belum berkhawin dan tidak akan dapat menjadi ibu susuan yang sempurna...