Part 1

280 42 4
                                    

Thorn melambai Solar buat kali terakhir sebelum dia terus menghala ke kelasnya.

"Hurm, kan seronok kalau Solar jadi kawan baik aku."

_____

Pokok di belakang sekolah aku panjat lalu bersandar di situ. Angin yang menyapa wajahku benar benar menenangkan diri.

Jam tangan dijeling sekilas, ingin memastikan sama ada waktu rehat sudah berakhir ke belum.

Apabila aku yakin bahawa masa rehat belum tamat lagi, aku kembali memejamkan mata.

Suasana di belakang sekolah baru aku ni memang mampu menenangkan hatiku yang sedang kegelisahan. Ceh, ayat.

Kringgg kringgg!!!

Aku tak tahulah sebab apa, tetapi memang jam aku ni minta penumbuk. Waktu aku nak rehat nilah dia boleh berbunyi. Ingat syok sangat bunyi tu?

Aku mengeluh perlahan sambil turun daripada pokok. Nak tak nak aku kena pulang ke kelas juga. Dah habis waktu rehat, takkan nak terus duduk sini kut. Tercalar imej aku sebagai budak baik kalau aku ponteng kelas.

Sambil aku berjalan ke kelas, aku melihat deretan kelas yang berada di kiri dan kanan aku. Semua kelas di sini kelas pelajar form 3. Manakala kelas form 1 pula di tingkat tiga. Tingkat atas sekali. Kadang kadang aku ada terfikir jugak, orang yang reka sekolah ni memang sengaja nak buli junior ke apa?

Pelbagai ragam manusia aku dapat lihat sepanjang perjalanan aku ke kelas. Ada yang study, ada yang berbual dan ada jugak senior pi main kejar kejar. Haih, dah tahu ada exam besar tahun ni masih nak main? Manusia.. manusia...

Selepas aku dah selamat menaiki tangga sehingga ke aras tiga tu, aku terus meluru ke kelas aku. Bukan apa, tetapi lepas ni kelas cikgu garang. Tak berani aku buat hal waktu kelas dia.

Kelas 1-A

Yup, itu kelas aku. Kelas first bagi budak form 1.Walaupun budak budak dalam kelas ni takdelah bijak sangat. Erk...

Seusai aku menapak ke dalam kelas tersebut, aku menyedari sesuatu sedang berlaku.

"Kau pergilah! "

"Huh, tengok ni guys, budak bendul ni jeritlah. Hahahaha." Seorang budak lelaki sebaya aku ketawa besar sambil mencampakkan sampah pada seseorang.

"Jangan baling sampah pada Thorn lah!" Budak yang dibuli tadi menjerit pada si pembuli.

Jap, budak yang kena buli tu ada sebut nama dia kan? Apa nama dia, Thorn?

Eh, bukan ke tu budak yang selalu kena ejek tu? Haih.. makin teruk nampaknya...

"Eih, apa salahnya kalau kitorang baling pun?"

"Salah lah! Mak Thorn cakap-"

Tiba tiba budak lelaki tersebut ketawa besar. "Lah... Mak yang cakap? Eh eh... Anak mak ek??"

"Memanglah anak mak, takkanlah anak beruk pulak kan?" Soal Thorn semula.

Diam. Kalini semua tersenyap. Entah kenapa aku rasa apa yang Thorn kata tadi bukan satu sindiran. Jap, dia memang serius ke tak faham?

"Eish! Kau ni!" Si pembuli tadi mula mengangkat tinggi tangannya. Mungkin sebab rasa tersindir.

Aku yang melihatnya terbeliak. Eh, budak ni? Nak pukul anak orang pula ke?

Belum sempat pukulannya hinggap pada Thorn, satu tangan mula mencengkam tangannya kuat. Tangan siapa lagi kalau bukan aku?

"Kau kenapa hah halang aku?!" Si pembuli tersebut menengking aku. Aku menjeling tag namanya.

Adudu.

Peliknya nama.

"Kau kenapa hah nak pukul anak orang?" Aku menjegilkan mata aku. Biar nampak garang sikit.

"Thorn, kau pergi duduk ke tempat kau semula." Arah aku sambil tangan masih mencengkam lengan Adudu.

Thorn hanya mengangguk lalu terus pergi ke tempat duduknya. Aku kembali melihat ke arah Adudu.

"Woi dadu. Kau kenapa sibuk nak pukul anak orang? Dah hidup lama?".

Adudu hanya mempamerkan muka menyampah. "Biarlah, dia tu bendul sangat. Lembap. Kau pehal nak back up dia? Kau abang dia ke?"

Aku tersenyum sinis, " Tak, aku bukan abang dia. Tetapi aku MANUSIA. Dan sebagai manusia aku akan ada satu sifat yang buat aku tak sanggup tengok orang ditindas tanpa sebab. Dan aku yakin, budak budak kelas kita pun ramai je tak suka tengok kau buli orang." Kata aku sambil melepaskan tangannya kasar.

Dia menjeling aku lalu terus keluar dari kelas. Ceh, terasa lah tu. Aku hanya tersenyum kecil lalu terus mengambil tempat duduk.

"Psst... Solar!"

Don't Need Any Friends [BOBOIBOY SOLAR] ✔︎ Where stories live. Discover now