Part 9

135 36 7
                                    

Selama setahun aku tiada kawan di sekolah tersebut. Masa aku darjah 6, di mana ramai orang mengatakan tahun untuk mengumpul kenangan sebelum berpisah....

Aku keseorangan.

Tiada kawan...

Tiada teman...

Tetapi, apa yang aku boleh lakukan?

Semua ini memang salah aku...

Memang aku rasa kosong...

Memang aku sunyi....

Tetapi, biarlah aku anggap diri aku tiada perasaan.

Biarlah aku menghilangkan semua perasaan yang aku ada....

Walaupun aku tahu yang aku cuma menyorokkannya.

Maafkan aku, hati.

Maafkan aku kerana membiarkanmu.

Mulai hari ini, aku akan anggap diriku seperti robot...

Satu mesin yang tidak mempunyai jiwa.

-----

Pintu rumah aku ditutup perlahan. Petang ini, aku mahu berjalan jalan. Ingin menenangkan minda yang dah serabut disebabkan flash back tadi.

"Solar!"

Aku tak tahu sebab apa tapi kenapa aku rasa penulis cerita ni suka buat orang panggil nama aku pada permulaan plot ek?

Biarkan jelah...

Aku tahu siapakah pemilik suara tersebut dan aku harap sangat aku tak berjumpa dengan dia.

"Solar!!"

Bahu aku dicengkam kuat olehnya.

"Aduh! Apa??!" Aku memandang orang tersebut.

Aduh, kenapa aku bercakap?

"Ha, dengar pun." Orang tersebut tergelak kecil melihat aku begitu. Aku? Aku pandangnya dengan pandangan kosong je.

Aku tengah pelik ni.

Aku rasa dialah orang yang aku kutuk kaw kaw dua tahun lepas. Waktu aku darjah 5.

Tapi kenapa dia boleh gelak? Dia dah maafkan aku ke?

"Kenapa pandang aku macam tu? Aku hensem sangat ke? Hahahaha." Dia membuat lawak hambar.

"K.. kau... "

"Kau Gempa kan?"

Orang tersebut mengangguk. "Akulah ni, kau ni. Takkan baru setahun tak jumpa aku dah lupa?"

Aku tergamam. Aku tak tahu sebab apa, tetapi sekarang ni perasaan aku sedang bercampur baur.

Gembira, teruja, bersalah, sedih...

Semua bercampur.

"Kau,,, dah maafkan aku?"

Gempa tersenyum mendengar soalan aku,

"Kau kawan baik aku, kenapa aku nak marah lama lama? Hahahaha."

Aku tersenyum kecil mendengar kata katanya. Nilah antara sebab kenapa dia sanggup berkawan dengan aku dahulu. Sebab hati dia yang bersih. Dia tak suka berdendam.

"Weh, jom pergi taman!" Gempa mengajak aku.

"Taman?"

"Yelah! Kita boleh borak kat sana! Jom!"

-----

Rasa- rasanya, apa yang diorang akan cakap nanti? Korang rasa betul ke gempa dah maafkan solar?
Hihihi~

Don't Need Any Friends [BOBOIBOY SOLAR] ✔︎ Where stories live. Discover now