Part 3

158 36 2
                                    

"Solar!!!"

Aku yang baru sahaja menapak ke kawasan sekolah berkerut apabila terdengar seperti nama aku dipanggil. Apabila aku menoleh, rupa rupanya Thorn yang memanggil aku tadi.

Aku hanya berdiam apabila dia sudah tertunduk tunduk di hadapan aku. Dapat aku lihat peluhnya mengalir deras. Ni tak lain tak bukan, dia pecut dari jauhlah ni.

"Hai Solar!" Thorn menyapa aku yang berdiri di hadapannya.

"Hai."

"Jom naik kelas sama sama." Ajak Thorn.

"Ok." Ringkas jawapan aku, memang pagi pagi macam ni aku malas sikit nak cakap.

-----

"Thorn."

Thorn yang sedang menyediakan buku untuk kelas seterusnya memandang aku apabila nama dia dipanggil.

"Ya, saya?"

Aku memandangnya kosong, entah kenapa soalan di dalam fikiranku amat susah untuk disebut.

"Kau... Kau tiada kawan ke?"

Aku dapat melihat air muka Thorn berubah apabila aku bertanya. Walaupun dia masih mengukirkan senyuman, tapi aku tahu yang dia rasa tak senang dengan soalan aku.

Tapi nak buat macam mana? Aku dah tertanya.

"Solarlah kawan Thorn."

Aku meng'ouh' sahaja.

"Kawan lain? Tiada?"

Jangan marahkan aku dengan soalan aku tu. Dari tadi aku terfikir, takkanlah aku nak palaukan suara hati sendiri?

Thorn tersenyum kecil sebelum dia menggeleng laju.

"Sekolah lama?" Aku bertanya lagi.

"Tiada..." Thorn memperlahankan suaranya, tapi tulah... Telinga aku ni memang cekap. Ceh...

"Kenapa?" Ye, aku yang bertanya lagi. Entah kenapa aku rasa nak tahu je sebabnya. Sedangkan aku bukan jenis yang ambil kisah tentang orang pun. Hurm, hobi baru kut.

Thorn menunduk sedikit. Perasaan bersalah mula hadir ke dalam hati aku. Apalah kau ni, Solar. Dah terang terang dia ada masalah kat sekolah lama kan? Kau sibuk nak tahu kenapa?

"Thorn bendul...."

"Thorn lembab..."

"Thorn tak bijak..."

"Thorn mengada...."

"Thorn ni pelik...."

"Sebab tu tiada sesiapa yang nak kawan dengan Thorn..."

Thorn tersenyum sambil memandang aku. Aku boleh dengar suara dia bergetar ketika menyebut setiap sebab itu. Sebak mungkin.

"Solar je yang nak berkawan dengan Thorn."

Aku terkelu apabila mendengarnya. Sejujurnya, aku tak pernah pun anggap dia sebagai kawan aku.

"Terima kasih, Solar."

Aku hanya mengangguk. Rasa macam bersalah apabila Thorn berterima kasih pada aku. Sedangkan, aku tak anggap dia sebagai kawan pun.

"Assalamualaikum cikgu!" Suara ketua kelas aku menamatkan perbualan kami. Aku terus berdiri tegak di tempat aku. Kini, tumpuan aku hanyalah pada ilmu yang cikgu sedang curahkan.

-----

"Solar, jom jadi bestfriend Thorn."

Don't Need Any Friends [BOBOIBOY SOLAR] ✔︎ Where stories live. Discover now