Sejak aku sampai ke taman ini dengan Gempa, kami berdua hanya mendiamkan diri. Aku ingin bertanya sesuatu, tapi... Perlu ke?
Ah, tanya sahajalah, Solar!
"Gempa...."
"Hurm?"
"Kenapa kau pindah waktu darjah enam? Sebab aku kutuk kau teruk teruk ke?" Aku menundukkan wajah aku, rasa bersalah mula hadir kembali.
"Tak."
"Hah? Betul ke?" Aku memandangnya dengan pandangan tidak percaya.
"Haah, bukan sebab kau pun."
"Dah tu?"
*Ayah aku dapat kerja kat tempat lain, sebab tulah aku pindah..."
"Ouh..." Aku mengangguk faham.
"Aku minta maaf, wei." Aku menunduk. Ye, walaupun bukan sebab aku dia pindah, tetapi aku tetap rasa bersalah.
"Takpe... Aku dah lama maafkan kau. Aku tahu yang kau cuma terpedaya. Pujian pujian tu yang menjadi racun buat diri kau." Kata Gempa.
Aku mengangguk kecil. Aku setuju dengan kata kata Gempa. Pujian pujian tersebut yang menyebabkan aku begitu. Tetapi salah aku jugak sebab terlalu mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan. Sibuk kata diri sendiri bijaklah sangat, tapi tak guna otak waktu bertindak.
"Macam mana dengan keputusan UPSR kau?" Gempa bertanya.
"6A" aku tersenyum kelat. Ya, memang aku dapat straight A, tapi pengalaman ketika aku darjah 6 memang menyakitkan.
"Wow, hebat. Samalah kita."
"Ni puji diri sendiri ke apa?" Aku tergelak mendengar ayatnya. Entah kenapa aku rasa macam Gempa memang tengah puji diri dia.
"Hahahahaha, ala... Sekali sekala." Gempa turut tergelak.
"Macam mana dengan sekolah baru kau?" Gempa bertanya lagi.
"Aku rasa okay je... Tapi..."
"Tapi...?"
"Ada orang minta aku jadi bestfriend dia."
"Dah tu, kau okay tak?"
"Aku tolak." Jawab aku ringkas.
"Kenapa? Dia jahat ek? Ke perangai dia tu teruk?" Soal Gempa.
"Taklah, aku cuma rasa macam... Aku dah tak nak ada kawan lagi."
"Lah... Kenapa pulak?" Gempa memandang aku pelik.
"Aku cuma... Takut." Aku menggaru belakang leher aku. Malu pulak bila mengaku.
"Kenapa nak takutnya?"
Aku diam.
Gempa tersenyum nipis.
"Kau, tak nak ada kawan ke?"
Aku mengetap bibir, "aku... Aku rasa aku tak perlukannya.... Tapi..."
"Tapi?" Gempa bertanya apabila aku kembali diam.
"Kadang kala aku terfikir..... Betul ke aku tak perlukan kawan baik? Sejujurnya, aku rasa kosong sangat. Tapi, macam mana kalau aku lakukan kesilapan yang sama sekali lagi?"
Dah, aku dah mengaku semuanya. Air mata aku mula mengalir. Rasa lega sebab aku boleh luahkan apa yang sentiasa bermain di fikiran aku.
"Solar..." Gempa menggosok belakang aku perlahan.
"Aku rasa kosong, Gempa.... Aku sunyi... Sunyi sangat. Setahun aku tiada kawan. Setahun aku berseorangan. Setahun aku dipulaukan oleh semua orang. Hati aku sakit sangat! Berkali kali aku cuba padamkan rasa sunyi. Berkali kali aku cuba menidakkan rasa sakit ni. Berkali kali aku layan diri aku macam robot!"
Air mata aku mengalir dengan semakin deras.
"Tapi... Aku silap... Aku bukan robot. Aku ada hati... Aku ada perasaan..."
Sayu suara aku ketika meluahkan segalanya.
"Solar... Aku rasa tak salah kalau kau bagi peluang pada diri sendiri. Aku tahu kau sedih sebab apa yang berlaku dulu. Tapi, tak salah pun kalau kau kembali berkawan."Lembut suara Gempa ketika menasihati aku. Persis seorang abang menasihati adiknya.
"Aku... Nak bagi peluang pada diri aku. Tapi... Aku takut, Gempa. Aku takut kalau aku buat perkara yang sama macam apa yang aku dah buat pada kau dan orang lain dulu. Aku tak sanggup dihantui dengan perasaan bersalah macam tu lagi."
Gempa tersenyum kecil. "Aku tahu kau boleh lawan perasaan takut tu. Kau dah berubah, Solar. Kau bukan orang yang sombong macam dulu lagi."
Aku tersenyum sambil mengelap air mata aku. "Okay, Gempa. Aku akan cuba berkawan semula!"
"Macam nilah kawan baik aku!" Kata Gempa.
"Yelah, kawan baik kau ni memang hebat pun. Hahahaha."
"Izinkan aku tarik balik pujian tadi."
"Ehh!! Mana boleh!"
"Hahahaha, ayat aku, suka hati akulah!"
"Gempa!!!" Jerit aku apabila Gempa dah angkat kaki daripada situ.
Pagi esok, aku nak minta maaf pada Thorn sebab cakap perkara tak sepatutnya.
-----
"Thorn pindah ke?"
YOU ARE READING
Don't Need Any Friends [BOBOIBOY SOLAR] ✔︎
Fanfiction|| First Fanfiction || C || ❝ Betul ke aku tak perlukan kawan baik? Sejujurnya, aku rasa kosong sangat. Tapi, macam mana kalau aku buat kesilapan yang sama?❞ -Solar- Belajar, jadi pelajar terbaik, kejar cita cita, itu sahaja apa yang difikirkan oleh...