Sejak hari aku menengking pelajar tersebut, semakin ramai yang mula menjauhkan diri daripada aku. Tetapi aku tak kisah.
Lagi tenang hidup.
"Solar, kau masuk tak pertandingan sains tu?"
Aku memandang kosong ke arah Gempa. "Tak."
"Kenapa? Bukan ke kau minat giler sains?"
"Memang aku minat sains, tapi senang sangat nak menang. Tak mencabar."
Gempa terdiam mendengar respon aku.
-----
"Gempa."
"Ye saya?"
"Kau baca apa tu?" Aku mengerutkan dahi melihat dia sedang memegang komik.
"Komik. Kenapa? Kau nak baca?" Pelawa Gempa sambil menghulurkan komik tersebut pada aku.
Aku tersenyum sinis.
"Gempa, sejak bila kau baca benda camni?"
"Benda? Ouh, maksud kau komik ni?" Soal Gempa polos.
"Tak salah pun kalau aku baca rasanya." Sambung Gempa lagi.
Aku tersenyum sinis lagi, "Gempa, patutlah markah kau asyik menurun je."
Gempa tersentak.
"Rupa rupanya sebab gaya hidup kau pun dah macam orang lembap. Ish ish ish..."
"Apa maksud kau ni?" Gempa memandang aku kehairanan.
"Gempa, kadang kadang aku tertanya, macam manalah kau boleh jadi kawan baik aku? Sedangkan kau tu bukan bijak mana pun."
Aku tergelak kecil. Entah kenapa aku rasa puas. Sejujurnya, aku dah lama rasa geram dengan Gempa sebab dia selalu dipuji orang. Ceh, matanglah, bertanggungjawablah.... Konon.
Aku nampak Gempa terdiam. Dia menjeling aku tajam."Jadi, aku tak layaklah kawan dengan kau?" Soal Gempa.
"Aku tak tahulah, aku bijak... Engkau tak. Hurm... Fikirlah kau layak ke tidak? Kau ada otak kan?"
Gempa menghela nafas berat sebelum menjeling aku semula.
"Aku tak sangka kau akan berubah macam ni, Solar."
"Aku ingatkan kau cuma melebih lebih sikit je. Tapi tak sangka perangai kau memang teruk sekarang."
"Sia sia je aku bersabar dengan kau."
"Kau takbur."
"Kau tak nak jadi kawan aku, betul tak? Sebab aku tak bijak, betul tak? Macam nilah, ilmu kalau takde akhlak takde guna jugak...."
"Dan aku rasa, kau dah dikaburi dengan pujian yang kau kejarkan sangat tu sehingga kau jadi takbur. Sampai perangai pun macam apa entah."
"Sejujurnya, aku tak pelik pun kalau kau takde kawan."
"Aku dah penat nak kawan dengan kau."
Aku tergamam mendengar ayat Gempa itu. Aku merenung kosong wajah Gempa.
"Dah penat? Kau pergi jelah. Aku takde masa nak berkawan dengan orang tak setaraf dengan aku."
Aku terus pergi dari situ selepas berkata begitu.
Walaupun aku rasa bersalah, tapi....
Bila ego dah menguasai....
Aku sanggup buat apa sahaja untuk mempertahankan diri aku.
"Tch, siapa perlukan kawan?"
Flashback end
YOU ARE READING
Don't Need Any Friends [BOBOIBOY SOLAR] ✔︎
Fanfiction|| First Fanfiction || C || ❝ Betul ke aku tak perlukan kawan baik? Sejujurnya, aku rasa kosong sangat. Tapi, macam mana kalau aku buat kesilapan yang sama?❞ -Solar- Belajar, jadi pelajar terbaik, kejar cita cita, itu sahaja apa yang difikirkan oleh...