"Psst... Solar!"
Aku menoleh apabila seseorang memanggil aku. Ikutkan hati nak palau je tapi tulah, aku budak baik kan??? Hahahaha.
"Eh, Thorn. Kenapa?"
"Errr... Solar."
"Assalamualaikum murid murid."
Aku segera menoleh ke depan semula apabila guru aku sudah masuk ke kelas. Kesian budak Thorn ni, kalau nak cakap je mesti kena potong.
Takpelah, lepas kelas nanti aku tanya Thorn apa yang dia nak cakap walaupun aku tak tertanya pun.
-----
Aku menggeliatkan sikit badan aku selepas kelas berakhir. Alhamdulillah... Boleh balik dah. Penat otak aku nak fokus.
"Solar! "
Aku menoleh ke arah Thorn. Entah macam mana aku boleh terlupa pulak budak ni.
"Hurm, kenapa Thorn?"
"Err... Terima kasih sebab tolong Thorn tadi."
"Takde masalah pun Thorn." Aku mengangguk sedikit mendengarnya. Yalah, tengok orang kena buli, takkanlah aku nak tengok sambil makan popcorn je?
"Err... Solar."
"Kenapa?"
"Jom balik sama sama."
"Hurm, why not." Aku terus melangkah keluar kelas. Baguslah kalau ada orang teman sebenarnya. Bosan giler tau tak berjalan seorang.
-----
Sekarang aku menyesal setuju nak balik dengan Thorn.
Kau bayangkan, dia tak henti henti pun bercakap dari tadi. Semua pasal aku dia nak tahu. Aduh, malas lah cakap banyak banyak...
"Solar, kau sekolah mana dulu?"
"Sekolah X.*
"Best tak sekolah Solar dulu?"
"Hurm... Entahlah. Sama je dengan sekolah lain."
"Budak budak kat sana baik tak?"
Aku tersentak apabila mendengar soalannya itu.
"Baik..."
"aku je yang jahat kat sana..." Aku berbisik perlahan. Tidak mahu ayatku itu didengari Thorn.
"Ouh...." Thorn angguk mendengar jawapan aku. Melihat riak wajahnya itu, aku yakin yang dia tidak mendengar kata kata aku tadi.
"Eh, Thorn. Aku dah sampai rumah ni. Jumpa esok." Aku melambai ke arah Thorn lalu terus berlari ke dalam rumah.
"Ok Solar!! Jumpa esok!!" Ujar Thorn lalu terus menyambung perjalanannya.
Aku terus menutup pintu rumah. Dengan langkah yang penuh kemalasan, aku masuk ke bilik tidur aku.
"Aduh... Lenguhnya kaki..." Kata aku apabila aku sudah bersandar pada hujung katil.
Handphone yang berada di atas meja, aku ambil. Ala... Biasalah, korang kalau balik sekolah cek phone dulu tak? Tak? Wuish, bagusnya korang.
Selepas beberapa minit aku bermain phone, aku terus bangun. Nak mandi. Melekit satu badan dengan peluh. Tak best pula rasanya.
Tiba tiba, kaki aku tersepak sesuatu.
"Eh, apa benda pula yang mencemari lantai aku ni?"
Apabila aku mengangkat perkara tersebut, baru aku tersedar yang ia merupakan fail yang diisi dengan kertas ujian sekolah rendah aku.
Jelas kelihatan markah markah exam tertanda di depan halaman kertas ujian tersebut. Semuanya 95% ke atas.
Aku mengeluh, serabut. Kerana markah markah inilah, aku mula berperangai buruk. Fail yang dipegang tadi aku campak ke atas meja belajar aku.
Dah, aku nak mandi.
YOU ARE READING
Don't Need Any Friends [BOBOIBOY SOLAR] ✔︎
Fanfiction|| First Fanfiction || C || ❝ Betul ke aku tak perlukan kawan baik? Sejujurnya, aku rasa kosong sangat. Tapi, macam mana kalau aku buat kesilapan yang sama?❞ -Solar- Belajar, jadi pelajar terbaik, kejar cita cita, itu sahaja apa yang difikirkan oleh...