Note : chapter ini merupakan cerita flashback. Flashback akan tamat apabila ada tulisan flashback end.
-----
"Assalamualaikum murid murid. Hari ni cikgu nak serahkan markah exam korang ya? Nama yang dipanggil boleh ke hadapan untuk mengambil kertasnya dari cikgu. Cikgu akan sebutkan markah juga ya."
Semua murid hanya mengangguk apabila mendengar kata kata cikgu tersebut. Tak kurang juga ada yang mengeluh. Yelah, markah exam kut. Takutlah.
Aku menggenggam pensil aku sekuat hati. Sebenarnya, aku pun takut juga.
"Weih, Solar. Kau okey tak?"
Gempa di sebelah aku menegur aku perlahan. Mungkin sebab aku agak menggigil, sebab itulah Gempa nampak risau.
"Aku okey je." Aku menganggukkan kepala.
Satu persatu nama kawan kawan aku disebut cikgu. Namun, nama aku masih belum disebut lagi. Ni makin berdebar ni. Aduh, cikgu... Bagilah Solar markah exam cepat cepat!! Berdebar...
"Solar."
Wow, baru aku minta dalam hati, cikgu dah tunaikan. Cikgu ada kuasa boleh baca fikiran orang kut. Aku baru darjah 3 jadi izinkan aku berfikiran begini.
Aku berdiri dan berjalan ke arah cikgu. Cikgu tersenyum sambil menghulurkan kertas peperiksaan aku.
"100 markah, tahniah."
Aku terlopong. 100? Apakah? Ni mimpi ke apa.
Blaze yang duduk di hadapan sekali menyorak.
"Fuyyoo Solar!! 100%!!! Nak cemburulah."
Kuat sekali suara ini budak. Aku masih lagi terkejut. Muka aku kaku je waktu aku berjalan semula ke meja aku.
Gempa di sebelah aku menepuk bahu aku perlahan. "Hebatlah kau Solar. 100 tu."
Aku tersenyum mendengarnya. Kemudian, pelajar pelajar lain juga turut memuji aku.
"Cayalah kau Solar!"
"Solar,markah BI awak 99 kan? Ini 100 pulak? Hebatlah!"
"Solar, aku bangga ada anak macam kau, hiks hiks... Eh, maksud aku kawan."
"Tahniah!"
Senyuman aku semakin lebar apabila dipuji. Budak... Siapalah yang tak suka dipuji? Orang dewasa pun sanggup buat apa apa untuk diagungkan. Mana aku tahu? Aku tengok kat movie yang ayah aku pasang haritu.
Entah kenapa, aku rasa gembira apabila ramai orang memuji aku. Rasa seperti dihargai. Aku rasa...
Macam aku inginkan perkara seperti ini lagi.
-----
"Solar!"
Aku menoleh ke arah Gempa.
"Macam mana dengan markah exam kau?"
Aku tersenyum apabila Gempa bertanya soalan tersebut.
"Ala... Macam biasalah, BM 1 96%, BM 2 98%, BI 1 dan 2 97%, math 99%, sains pula 98%."
Dengan hidung terkembang kempis aku memberitahu. Ada sedikit nada sombong pada percakapan aku
"Wow! Seriuslah? Hebatlah kau Solar! Dari tahun lepas, kau asyik dapat 95% ke atas je. Sedangkan, ada senior kata, bila baru masuk tahap 2 nilah subjek bertambah susah. Markah aku pun ada yang menurun. Haih..."
"Entah, aku rasa subjek ni biasa je." Aku mengangkat kedua belah bahu aku.
Gempa yang berada di sebelah aku hanya tersenyum kelat memandang aku.
-----
"Solar, kau hebatlah."
"Fuyoo! Nombor satu keseluruhan. Sama macam tahun lepas. Hebatlah."
"Macam mana kau boleh jadi bijak sangat ek? Jealous.... aku."
Solar tersenyum lebar apabila dia dipuji lagi. Sejak keputusan peperiksaan akhir tahun 4 dikeluarkan, dia tidak habis habis dipuji.
"Biasalah, aku cuma mengulang kaji je. Tak tahu pula boleh dapat nombor satu."
"Ala... Terima kasih korang. Biasa je."
Solar berkata sambil memandang rakan rakannya. Jelas kelihatan di wajahnya riak gembira dan bangga.
Cuba kau bayangkan, sejak keputusan tu keluar, semua orang puji dia. Cikgu, pelajar, bahkan mak cik kantin pun puji. Tak ke bangga tu?
Namun tanpa aku sedari,
Pujian tersebut...
...menjadi racun buat diri aku...
YOU ARE READING
Don't Need Any Friends [BOBOIBOY SOLAR] ✔︎
Fanfiction|| First Fanfiction || C || ❝ Betul ke aku tak perlukan kawan baik? Sejujurnya, aku rasa kosong sangat. Tapi, macam mana kalau aku buat kesilapan yang sama?❞ -Solar- Belajar, jadi pelajar terbaik, kejar cita cita, itu sahaja apa yang difikirkan oleh...