Part 4

147 37 7
                                    

Kringg!!

"Solar, jom pergi rehat."

"Takpelah, aku nak siapkan homework ni. Kau pergilah rehat." Aku menolak pelawaan Thorn itu sambil tanganku laju menulis jawapan pada buku latihan.

"Homework tu buat kat rumah jelah."

"Takpe, aku nak siapkan kat sini jugak." Aku menggelengkan kepala.

"Hurm, okay."

Aku menghela nafas lega apabila Thorn sudah tidak menganggu aku lagi. Kini, dapatlah aku fokus pada homework ku semula.

"Solar."

Aku tersentak apabila Thorn tiba tiba menegur aku. Rupa rupanya, budak tu dah duduk depan meja aku. Siap makan lagi.

"Apa?"

"Jawapan yang Solar buat tu salah." Selamba dia menegurku. Wajah aku memerah, yelah, budak pandai kena tegur dengan budak lurus weyh... Peringatan buat Solar, tak semestinya budak lurus bendul itu tak pandai.

"Yang mana?"

"Ni ha, pasal sel dalam tumbuhan..." Thorn menunjukkan soalan yang disebutnya itu.

"Ouh... Jap nak cek dalam buku teks." Apabila aku membaca buku, terbuktilah jawapan aku memang salah. Itulah padahnya bila aku sibuk nak siapkan dengan cepat. Kan dah salah... Huhuhu...

"Solar..."

"Solar..."

"Solar..."

Aku mengangkat muka aku dan memandang wajah Thorn.

"Apa?"

"Jom jadi bestfriend Thorn."

Aku terkaku.

"Solar?"

"Apa soalan Thorn tadi?" Aku bertanya semula. Yelah, mana tahu tersilap dengar. Secekap cekap telinga aku, kadang kadang tersilap jugak.

"Haish... Jom jadi bestfriend Thorn."

"Maaf, aku tak nak." Aku menjeling Thorn tajam.

"Kenapa?"

"Sebab aku TAK NAK."  Aku mengeraskan suara aku. Memang, aku tak nak ada kawan baik.

"Tapi..."

"Sebab apa kau nak aku jadi kawan baik kau?" Aku menyilangkan tangan ke dada.

"Err... Sebab Solar baik?"

"Baik?" Aku mengerutkan dahi. Bila masa aku jadi baik ni?

"Solar back up Thorn waktu Thorn kena buli."

"Ouh... Itu... Itu semua orang boleh buat, Thorn. Tak semestinya orang baik je yang akan tolong. Sebagai manusia, memang biasalah kalau tolong orang yang berada dalam dalam kesusahan. Sebab itu sifat semula jadi seorang manusia."  Nah, panjang lebar aku terangkan. Walaupun aku tahu penulis cerita ni langsung tak faham dengan ayat ni.

"Tapi... Solar baiklah. Solar berani. Solar selalu layan Thorn macam kawan baik."

Aku tersenyap.

"Jomlah jadi kawan baik Thorn, Solar..."

"Maaf Thorn... Aku tak pernah anggap kau macam kawan aku. " Aku memandang tepat anak matanya. Jelas kelihatan dia terkejut mendengar pengakuan aku.

"Aku buat semua tu sebab itu apa yang aku biasa buat."

Dia masih senyap.

"Aku macam robot, Thorn. Aku macam dah set awal awal dalam diri aku. Tolong orang, belajar bersungguh sungguh, jadi pelajar top. Aku dah set perkara tu dari awal. "

Dia masih mendiamkan diri.

"Aku tiada masa untuk berkawan baik. Bagi aku, perkara yang paling penting dalam hidup adalah kejayaan aku di masa hadapan."

"Dan... Aku rasa berkawan semua ni hanya membuang masa sahaja." Ujarku lalu terus meninggalkan Thorn keseorangan di situ. Wajahnya nampak muram sekali. Tanpa membuang masa, aku terus pergi ke tempat di mana aku dapat menenangkan minda aku...

Pokok di belakang bangunan sekolah...

Don't Need Any Friends [BOBOIBOY SOLAR] ✔︎ Where stories live. Discover now