Seusai aku menjejakkan kaki ke kelas, aku terus pergi ke tempat duduk aku. Sambil menyiapkan buku untuk subjek seterusnya, mata aku melilau mencari kelibat Thorn.
Pelik, kenapa tempat dia kosong?
Setahu aku Thorn biasanya datang awal ke sekolah.
"Hurm, dia lewat sikit kut." Ujarku untuk menenangkan diri. Entah kenapa aku rasa tak sedap hati.
-----
Kelas sudah berlangsung selama 21 minit, namun kelibat Thorn masih lagi tidak kelihatan.
"Aduh, mana dia ni? Dari tadi tak masuk lagi kelas."
Ujarku separuh berbisik. Yelah, cikgu tengah mengajar di hadapan, takkan nak cakap kuat kuat kut. Tak pasal pasal aku dapat pop quiz free.
Aku melihat jam tangan aku, masa kelas pertama berbaki 8 minit lagi. Aduh, budak ni memang dah lambat sungguh ni.
"Thorn pindah ke?" Tiba tiba ayat tersebut terkeluar dari mulut aku. Aku tak tahu sebab apa, tapi aku rasa seperti dia dah berpindah.
Sama seperti Gempa berpindah secara mengejut ketika aku berusia 12 tahun dahulu.
Aku mengeluh. Mungkin betul yang dia dah berpindah. Tak sempat aku nak minta maaf.
"Assalamualaikum cikgu, maaf saya lambat masuk."
"Thorn?"
-----
"Thorn, kau pergi mana tadi?" Aku menyoal Thorn yang sedang khusyuk menjamah makanannya.
"Thorn ada urusan sikit tadi. Cikgu minta Thorn jadi wakil untuk pertandingan apa entah. Thorn malas nak ingat nama pertandingan tu." Kata Thorn dengan mulut yang masih penuh dengan makanan.
"Ouh... Ingatkan kau pindah tadi. Sebab kau tak masuk masuk kelas tadi."
"Aik? Kenapa Solar tak anggap Thorn tak datang sekolah je? Sekali tak datang terus pindah?" Soal Thorn polos.
Aku tersengih malu. Macam mana lah aku tak terfikir macam tu? Buat malu je.
"Thorn, aku minta maaf weh." Aku meminta maaf pada Thorn.
"Sebab apa?"
"Errr... sebab aku tolak pelawaan kau untuk jadi kawan baik kau dan cakap benda yang kasar pada kau?"
"Ouh... Tentang tu, aku okay je Solar. Kena reject dengan crush lebih menyakitkan hati daripada ayat kau tu." Jawab Thorn selamba.
Eh eh, budak ni pernah confess ke apa? Beraninya. Aku sendiri tak berani.
"Jadi, Solar nak jadi kawan baik Thorn, tak?" Thorn menyoal aku lagi.
"Tapi aku dah buat salah dengan kau, kau masih nak jadi kawan baik aku?" Soal aku kembali dengan nada tidak percaya.
"Tak semestinya dengan satu kesalahan, kita dah tak boleh nampak semua kebaikan orang tu."
Aku tersenyap. Entah kenapa aku rasa terharu mendengar jawapan Thorn itu. Cara dia berfikir... Macam Gempa. Mudah memaafkan.
YOU ARE READING
Don't Need Any Friends [BOBOIBOY SOLAR] ✔︎
Fanfiction|| First Fanfiction || C || ❝ Betul ke aku tak perlukan kawan baik? Sejujurnya, aku rasa kosong sangat. Tapi, macam mana kalau aku buat kesilapan yang sama?❞ -Solar- Belajar, jadi pelajar terbaik, kejar cita cita, itu sahaja apa yang difikirkan oleh...