Part 5

137 36 6
                                    

Sudah seminggu sejak aku mengaku pada Thorn. Sejak hari itu, aku semakin kurang berjumpa dengan Thorn.

Aku? Sejujurnya aku langsung tak kisah. Yelah, aku tak buat salah pun.

Tapi.... Kenapa aku rasa diperhatikan ye sejak kebelakangan ni? Seram sejuk pula.

-----

Thorn's POV

Sekarang waktu persekolahan sudah tamat.

Kelihatan Solar baru sahaja keluar daripada makmal sains. Kenapa dia ke makmal sains? Katanya, untuk ujian kemasukan ke pertandingan apa entah. Aku pun tak ingat.

Pasu besar menjadi lokasi persembunyian aku. Hahaha, korang tanya kenapa aku sembunyi? Sebenarnya, aku cuma nak siasat kenapa Solar kata macam tu.

Peringatan, aku bukan stalker. BUKAN.

Aku cuma menyiasat sesuatu perkara dengan mengintip seseorang.

Sebentar... Aku rasa memang aku stalker lah.

Solar yang semakin menjauh itu aku ikuti secara perlahan lahan. Jarak sebanyak 5 meter aku kekalkan. Tak naklah kantoi.

Selama aku intip dia, aku tidak nampak apa apa yang pelik pun. Dia tidak kena buli, tidak dikutuk, tiada apa apa yang teruk berlaku pada dia pun.

Cuma, aku baru sedar yang dia langsung tidak mempunyai kawan. Rupa rupanya, Solar jenis yang kurang bersosial. Dia tidak akan menyapa seseorang melainkan diri dia disapa dulu. Jadi, aku menyimpulkan bahawa dia ni jenis lonely.

Tapi peminat dia ramai...

Aku pun nak peminat jugak...

Aku terus mengikuti Solar sehingga ke rumahnya. Ikutkan bendul aku, dah lama aku masuk juga. Tapi tulah, aku ada adab.

Selepas dia masuk ke rumahnya, aku terus berpatah balik. Rumah aku bukan di kawasan ini.

Aku menggeliat sedikit. Lenguhlah kalau asyik tertunduk je. Bongkoklah aku kalau selalu begini. Haih...

Aku rasa aku nak berhenti intip dia. Penatlah. Bukan ada hasil pun.

Hurm, tapi aku memang nak dia jadi kawan baik aku....

Thorn's POV end

-----

Aku menutup tirai langsir apabila aku melihat Thorn pergi.

Ya,

Aku tahu dia stalk aku.

Aku melabuhkan punggung ke atas kerusi di meja belajar aku. Fail yang berisi kertas ujian sekolah rendah aku dicapai.

Aku tak tahu sebab apa, tapi aku benci melihat markah markah yang tertera pada kertas kertas tersebut.

The highest score in my old school....

Kertas kertas tersebut aku keluarkan dari fail. Aku membelek setiap satu kertas tersebut. Setiap kali aku melihat markah aku, perasaan bersalah makin menebal dalam diri aku.

Kertas kertas tersebut aku letak dengan agak kasar ke atas meja semula. Aku memicit sedikit dahiku.

Serabut.

Serabut apabila melihat markah tersebut.

Markah yang mengubah diri aku sepenuhnya.

Don't Need Any Friends [BOBOIBOY SOLAR] ✔︎ Where stories live. Discover now