"Solar, tolong ajar aku boleh?"
Aku yang sedang khuyuk membuat latihan agak terganggu apabila Blaze menegur aku.
"Solar!!"
Aku memandang Blaze dengan renungan tajam. "Apa?"
"Ajar aku pleaseee....." Minta Blaze dengan wajah comelnya yang memang jelas tak menjadi. Apanya, budak lelaki darjah 5 try buat muka comel. Memang nak buat orang mual ke apa?
"Tak nak."
"Ala.... Solar... Tolonglah ajar aku... Homework ni susahlah..."
"Tak nak..." Aku menggeleng. Latihan yang tertangguh tadi aku sambung semula.
"Ala.... Kau kan bijak. Tolong...."
Mendengar perkataan 'bijak', aku terus memandang Blaze.
"Mana homework yang kau tak faham tu? Mari sini aku ajarkan."
Blaze hanya tersengih melihat respon aku.
"Yang ni ha aku tak faham."
"Ceh, berlagak."
-----
Aku mengambil makanan yang telah disediakan dan terus berlalu ke arah Gempa. Tidak ku lupakan untuk ucap terima kasih sebelum berlalu.
"Gempa."
Gempa yang sedang mengunyah makanannya menoleh ke arah aku.
"Solar... D.. duduklah." Gempa menunjukkan tempat kosong di sebelahnya.
Aku mengangguk lalu terus mengambil tempat.
"Macam mana dengan kelas kau?" Aku bertanya pada Gempa. Disebabkan tahun ini kelas disusun tidak mengikut gred, jadi aku dan Gempa tidak berada di dalam kelas yang sama.
"Okay je... Kau?" Gempa bertanya pada aku semula.
Aku mengangkat kedua belah bahu. " Hurm... Okay je... Tapi rasa rimas sikit sebab selalu ditanya orang. Tapi tulah, aku yang paling pandai dalam kelas tu. Haih..."
Gempa yang mendengar jawapan aku hanya meng'ouh' dan menggangguk.
Entah kenapa, aku lihat Gempa seperti...
...makin tidak selesa dengan aku.
-----
Aku menggaru kepalaku yang tidak gatal. Entah kenapa soalan latihan yang aku tengah buat ni sangat sukar untuk diselesaikan.
Berulang kali aku membaca soalan tersebut. Sama,aku masih lagi tidak tahu cara nak menjawab soalan tersebut.
"Solar."
Aku mendengus. Aduh, kenapalah budak ni tegur aku pulak? Aku tengah serabut ni.
"Apa?" Dingin semacam suara aku.
"Errr... Nak tanya soalan?"
Aku menjeling pelajar di hadapan aku.
"Maaf, tapi aku sibuk."
"Tapi...."
"Aku sibuk! Tak dengar ke? Korang nilah kan, selalu nak tanya aku?! Aku tahulah aku bijak! Tapi fikirlah sikit aku pun ada life jugak! Bukan nak ajar korang je! Soalan senang pun tak dapat jawab ke?!!"
Aku menepuk kuat meja aku sambil menengking pelajar di hadapan aku.
"Woowooo. Rilekslah Solar. Kawan aku ni nak tanya satu soalan je. Yang kau garang sangat ni pehal?" Blaze menepuk perlahan bahu aku. Jelas bahawa dia tengah hairan dengan sikap aku.
Aku mendengus kasar. "Kau orang ni takde otak ke nak jawab soalan senang kacang tu? Sibuk nak tanya aku. Lepas tu bila aku cakap benda sebenar korang kata aku garang pulak?!"
Aku menepis tangan Blaze. Geram bila dia kata aku begitu.
Blaze yang pada mulanya tersentak dengan balasan aku menjeling,
"Walaupun kitorang semua ni takde otak macam kau cakap, dan tak bijak macam kau... Sekurang kurangnya kitorang tak sombong tau?! Bukan macam kau! Berlagak tak habis habis. Annoying tahu tak?!"
Aku mengetap gigi, cuba manahan diri dari menumbuk wajah Blaze. Dia kata aku berlagak? Kau pehal?
"Ceh, kata orang sombonglah konon, tapi kalau tak faham tetap tanya aku." Aku berpeluk tubuh sambil tersenyum sinis. Sengaja nak sakitkan hati Blaze.
"Kau ingat kitorang nak sangat ke?! Kitorang tanya pun sebab kau yang paling bijak antara kitorang semua! Tapi aku tak sangkalah kau sebenarnya sombong macam ni. Heh!"
"Kalau kau kata aku macam tu, baik tak payah tanya aku dah! Tak payah sibuk nak dekat dengan aku! Tak payah nak berkawan dengan aku!!!" Aku menengking Blaze sekuat yang aku mampu. Geram... marah... Bengang. Semuanya bercampur aduk.
"Siapa yang nak kawan dengan kau? Kerja kau berlagak je... Pastu merendah rendahkan orang lain. Kitorang dari dulu cuba tahan, tetapi kau makin melampau! Kau ingat merendah-rendahkan orang lain tu amalan mulia?! Itu takbur!"
Ujar Blaze lalu terus pergi ke tempat duduknya. Pelajar yang bertanya tadi memandang aku dingin.
"Tak semestinya kau bijak, kau lebih baik dari orang lain."
Pelajar tersebut turut pergi ke tempat duduknya. Entah kenapa aku rasa sakit hati bila dia berkata begitu.
Mungkin sebab ia.... Perkara yang benar?
Aku meramas rambutku. Apabila aku melihat sekeliling aku, baru aku perasan yang murid murid sekelas aku turut menjeling aku. Ada yang berbisik, ada yang menggelengkan kepalanya dan ada yang berpura pura tidak melihat aku.
Aku mengeluh. Sekarang, aku dapat rasa semua orang tidak sukakan aku.
Macam manalah aku boleh kata macam tu?
YOU ARE READING
Don't Need Any Friends [BOBOIBOY SOLAR] ✔︎
Fanfiction|| First Fanfiction || C || ❝ Betul ke aku tak perlukan kawan baik? Sejujurnya, aku rasa kosong sangat. Tapi, macam mana kalau aku buat kesilapan yang sama?❞ -Solar- Belajar, jadi pelajar terbaik, kejar cita cita, itu sahaja apa yang difikirkan oleh...