"Segala kesalahan yang kita lakukan, adalah daripada kita sendiri."
KIM SEOKJIN
Satu nama yang langsung membuatkan semua sorakan dan tepukan gemuruh memenuhi setiap pelosok studio. Lelaki yang bernama Kim Seokjin itu melangkah dengan penuh yakin menuju ke pentas utama dan dua orang pengacara sudahpun mempersiapkan sebuah trofi penghargaan Pelakon Terbaik tahun ini untuknya.
Seokjin tersenyum sambil melambaikan tangannya pada beberapa peminat yang menjerit menyebut namanya. Kim Seokjin menguak sedikit rambut hadapannya yang tersurai itu membuatkan beberapa peminat kembali menjerit menyebut namanya.
Tiada sesiapa yang mampu menafikan bahawa lelaki bernama Kim Seokjin itu adalah lelaki yang sempurna. Kekacakkannya langsung tidak berubah walaupun umurnya sudah hampir menginjak 35 tahun. Dia tidak pernah berubah sejak dia berjaya meraih penghargaan sebagai Pelakon Rookie pada usianya baru mencecah 20 tahun.
Seokjin tak pernah langsung kelihatan tua, kerjayanya sangat cemerlang sehinggalah sekarang. Ya, dia adalah pelakon lagenda yang digemari semua orang.
Setelah menghabiskan makan malam bersama beberapa rakan, Seokjin melabuhkan punggungnya di kerusi kereta dengan malas. Marga bernama Kim itu melepaskan kot yang dipakai dan mula memandu keretanya dengan kecepatan yang sederhana.
Matanya melirik pada jam tangan berjenama Gucci yang dikenakannya, sekarang ia. sudah menunjukan pukul 1.00 pagi. Sudah lewat larut malam.
Kereta mewah yang dipandu memasuki kawasan perumahan UN Village yang dipenuhi dengan rumah-rumah agam dengan reka bentuk yang lebih moden.
Rumah nombor 20, dengan pagar tinggi berwarna hitam itulah rumah milik Kim Seokjin. Selememarkirkan kereta di dalam garaj, dia melangkah cepat masuk ke dalam rumahnya yang kelihatan agak sunyi.
Sudah menjadi kebiasaan baginya, teringatkan waktu sudah lewat malam, Seokjin meletakkan kot hitamnya yang dipakainya di atas meja pantri lalu mengambil minuman dan sebuah gelas kecil.
Langkahnya kemudian menuju ke arah ruang tamu lalu duduk di atas sofa yang berwarna putih.
Seokjin menuangkan sedikit air ke dalam gelas dan meminumnya perlahan. Jujur dia berasa sangat sedikit penat.
Dia kembali menatap sekeliling rumah yang dicat dengan warna krim. Dengan rekaan dalaman klasik yang sebenarnya dia sendiri tidak terlalu suka. Pandangannya kemudian jatuh pada sebuah frame besar yang dipasang pada dinding bersebelahan dengan televisyen.
Frame yang diletakkan gambar itu adalah seorang remaja sekolah menengah yang tersenyum tipis menghadap kamera. Kelihatan sedikit nakal, sama seperti dirinya dahulu.
Kim Soobin, satu-satunya anak lelakinya. Anak lelaki yang disembunyikan dari tumpuan awam.
Hampir setiap yang ada pada Soobin adalah sepertinya. Mata, hidung, dan senyumannya. Tanpa sedar, dia tersenyum seraya menopang dagunya dan matanya memandang susuk tubuh Soobin yang memakai pakaian sekolahnya.
YOU ARE READING
A Meaning Of Life
Fanfiction"Kesalahan masa lalu, adalah yang lalu. Meskipun terlalu banyak luka yang membekas, tetapi tidak bermakna yang kita tidak boleh menghadirkan rasa bahagia, bukan?" Kim Seokjin merupakan seorang artis yang sangat popular. Bagi semua orang, jejaka itu...