02 | Kim Soobin

48 13 41
                                    

"Sampai bila seseorang perlu memahami orang lain tanpa ada yang memahami dirinya sendiri?"

Soobin cuba memejamkan matanya untuk mengabaikan suara-suara beberapa rakan sekelas yang mula bergosip mengenai sang ayahnya, Kim Seokjin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Soobin cuba memejamkan matanya untuk mengabaikan suara-suara beberapa rakan sekelas yang mula bergosip mengenai sang ayahnya, Kim Seokjin.

"Tak pelik ke kalau dia tak kahwin lagi?"

"Haah, aku rasa mesti dia tidur dengan perempuan murahan dan ada anak. Cuma pihak media je yang tak dapat ungkapkannya. Aku pun tak tahu kenapa Distpach lembab sangat cari pasal ni."

Soobin mengepal jemarinya kuat ketika mendengar beberapa ayat yang diucapkan oleh Eunwoo, yang merupakan salah seorang rakan sekelasnya.

"Serius aku bosan tengok dia kat TV. Buat kerja amal itu la, ini la. Korang ingat tak yang dia selalu datang beri bantuan dekat rumah anak yatim yang sama? Ha, pasti anak dia ada kat situ!"

"Pergh, demi kerjaya dia sanggup buang anak dia kat situ macam sampah! Kacak macam tu pun, aku tak nak ada ayah macam tu. Sombong pulak!"

"Kan? Patutlah nak perempuan murahan je puaskan dia,"

Cukup! Soobin tidak tahan lagi. Remaja itu bangkit dari tempat duduk dan melangkah menuju ke arah rakan-rakan sekelas yang berkerumun di meja Cha Eunwoo. Dia kemudian menendang meja dengan kuat sehingga menyebabkan benda itu terjatuh dan menghasilkan bunyi yang sangat kuat.

"Tak guna!" Soobin mengumpat keras, tidak peduli melihat raut wajah Eunwoo yang sudah merah menahan amarah.

"Apa kau kata?" Eunwoo bangkit dan mencengkam kerah baju seragam Soobin dengan kuat.

"Mulut kau semua lebih hina dari perempuan murahan,"

Bugh!

Tubuh Soobin langsung limbung setelah Eunwoo memukulnya kuat. Remaja bermarga Cha itu adalah salah seorang atlet MMA kebanggaan sekolah. Tidak hairan jika kekuatannya tidak main-main.

"Yang kau kisah sangat ni kenapa? Ke kau anak salah satu dari perempuan murahan si artis tu? Hey Soobin! Aku rasa kau memang anak yang kena buang tu,"

"Jaga mulut kau!"

Bugh

Eunwoo kembali memukul Soobin. Kali ini bukan dia seorang tetapi dua sahabat baiknya iaitu Jinyoung dan Jihoon.

Jujur, Soobin tidak pernah bergaduh. Dia hanya berusaha melindungi dirinya sebaik mungkin. Sesekali matanya melirik pada seisi kelas yang hanya menatap rendah padanya. Dia tahu selama ini dia tidak mempunyai seorang pun kawan, tapi kenapa mereka tidak mempunyai perasaan kasihan walau sedikit pun?

Dugh

Soobin meringis kuat setelah Eunwoo menendang perutnya buat terakhir kali. Bahkan, dia diam saja ketika Jihoon menariknya dirinya dan menyeretnya keluar dari kelas. Tubuhnya didorong begitu sahaja sehingga dia jatuh di atas lantai marmar yang sejuk. Setelah itu, pintu kelas ditutup.

A Meaning Of Life Where stories live. Discover now