"Sejak mula lagi, semua orang menjalankan hidup mereka yang sudahpun susah."
Soobin mengerutkan dahi. Telinganya berdengung dengan agak kuat. Samar-samar cahaya menyinari penglihatan tatkala matanya dibuka.
Persekitaran berwarna putih. Soobin tahu di mana dia sekarang. Tidak lain tidak bukan adalah wad hospital.
Soobin menoleh ke tepi dan dapat dia dapati Seokjin, sosok sang ayah sedang tidur dengan jemari yang menggenggam erat tangannya
Seluruh tubuhnya sangat sakit membuatkan Soobin tidak dapat bergerak sedikit pun. Jemarinya dipenuhi dengan wayar infus menyebabkannya berasa kebas. Dia hanya mampu menatap ke arah siling, ingatannya kembali tertuju pada kejadian yang menimpa dirinya tadi. Dua orang lelaki yang bertanyakan tentang siapa sang ayah cukup memenuhi fikirannya. Tanpa dia sedar, tangannya yang berada dalam genggaman Seokjin mengerat. Membuatkan sang ayah terasa terusik dan membuka mata.
"Soobin ah,"
Seokjin sedikit terkejut lalu bangkit dan melihat keadaan Soobin. Dia mengusap rambut Soobin dengan lembut sembari mengukirkan senyuman lega.
"Sakit lagi?"
Soobin menggeleng pelan.
Seokjin lantas menekan tombol yang berada bankar, tidak lama kemudian doktor tiba dan memeriksa keadaan Soobin.
"Keadaan dia dah baik,"
Seokjin menganggukkan kepalanya mendengarkan segala penerangan doktor sehinggalah lelaki berkot putih itu keluar. Dia menggenggam kembali tangan Soobin dan menempelkan pada pipinya dengan mata yang terpejam.
"Ayah okey?"
Pertanyaan Soobin membuatkan kedua netra Seokjin terbuka. Dia menatap sang anak dengan pandangannya yang bingung. Kenapa Soobin masih bertanyakan tentang keadaan? Padahal
anaknya yang sedang sakit sekarang."Kenapa tanya ayah?"
Soobin mengulum bibirnya dan menatap sekeliling. "Orang-orang tu tanya pasal ayah. Dieorang yang hubungi ayah guna telefon Soobin supaya tahu siapa ayah sebenarnya. Macam mana kalau dieorang haters ayah?"
Mata Seokjin membulat lebar mendengar kata-kata Soobin. Maksudnya ada orang yang sudah mengetahui bahawa Soobin adalah anaknya dan itu bukanlah hal yang baik. Orang itu pasti mempunyai niat yang buruk padanya. Mungkin orang itu mahu menghancurkan kerjayanya ataupun melakukan hal yang lebih buruk lagi.
"Dahlah. Jangan fikirkan sangat. Ayah memang dah terbiasa dikelilingi ramai orang. Semua akan baik-baik saja. Sekarang, Soobin fikirkan keadaan Soobin sendiri."
Soobin menggelengkan kepalanya. "Soobin ok je ayah. Jangan risau sangat,"
"Macam mana Ayah tak risau? Soobin dah hampir sehari tak sedarkan diri,"
YOU ARE READING
A Meaning Of Life
Fanfiction"Kesalahan masa lalu, adalah yang lalu. Meskipun terlalu banyak luka yang membekas, tetapi tidak bermakna yang kita tidak boleh menghadirkan rasa bahagia, bukan?" Kim Seokjin merupakan seorang artis yang sangat popular. Bagi semua orang, jejaka itu...