"Akan ada satu masa yang kau harus merasakan sakit ketika berusaha untuk menjadi seseorang yang lebih baik."
Soobin meregangkan tubuhnya sembari menuruni anak tangga dengan gerakan yang agak perlahan. Sungguh, malam semalam dia tidur dengan sangat lena dan itu semuanya kerana Jisoo.Sebaik sahaja dia menapak ke meja makan, dia disuguhkan dengan sang ayah yang sedang duduk di situ sembari mengaul salad tanpa minat. Jujur Soobin berasa sedikit hairan kerana sangatlah jarang jika ayahnya berada di situ pada awal pagi dan memilih untuk mengabaikan sahaja. Pintu peti sejuk dibuka dan dia mengeluarkan sekotak susu kecil strawberi kesukaannya dan meneguknya seketika.
"Tak payah makan kalau buat macam tu dekat makanan," tegur Soobin sedikit ketus.
"Tengoklah macam mana cara Soobin cakap dengan ayah. Kalau dengan wanita tu bukan main manja,"
Soobin hanya mendengus dan mula meneguk susunya sehingga habis.
"Kenapa ayah tak suka auntie Jisoo? Dia baik la ayah," tanya Soobin ingin tahu.
"Tak ada sebab," ujar Seokjin sembari meletakkan sudunya.
"Soobin tahu kan auntie Jisoo tu orang ternama. Terlibat dengan orang macam tu akan buatkan Soobin menyesal suatu hari nanti,"
Tidak ada jawapan yang keluar dari bibir Soobin. Remaja itu hanya menghela nafas sembari menikmati sup yang dihidang oleh sang ayah. Setelah beberapa minit berada di meja makan bersama, Soobin melangkah ke arah biliknya untuk mengambil beg.
"Ish, awwarkd betul." Soobin mengusap lehernya. Berasa canggung dengan apa yang terjadi pada pagi ini kerana bersarapan dengan sang ayah.
Sementara itu di luar, terlihat Seokjin yang sedang menunggu Soobin di dalam kereta. Sebaik sahaja Soobin selesai memakai kasut, remaja itu hanya melirik sekilas ke arah sang ayah sebelum melangkah ke arah pintu pagar.
"Yah, Kim Soobin! Tak nampak ayah kat sini?"
Soobin hanya menghela nafas panjang sebelum berbalik dan membungkukkan badan.
"Selamat bekerja, ayah."
Seokjin meraup wajahnya frustasi dan lantas keluar dari keretanya menuju ke arah Soobin.
"Ayah hantar Soobin hari ini,"
Dahi Soobin berkerut. Sungguh dia berasa bingung kerana itu adalah perkataan yang sangat jarang keluar dari seulas bibir milik Kim Seokjin.
"Ayah? Nak hantar Soobin? Serius? Kenapa tiba-tiba je ni?" tanya Soobin sambil menunjukkan dirinya dan Seokjin secara bergantian.
"Anggap je ni permintaan maaf dari ayah,"
Soobin menganggukkan kepalanya meskipun agak kebingungan.
"Tak apalah ayah. Soobin dah maafkan ayah, jadi ayah tak perlu buat apapun. Sebab... rasa macam pelik pula ayah jadi macam ni."
YOU ARE READING
A Meaning Of Life
Fanfiction"Kesalahan masa lalu, adalah yang lalu. Meskipun terlalu banyak luka yang membekas, tetapi tidak bermakna yang kita tidak boleh menghadirkan rasa bahagia, bukan?" Kim Seokjin merupakan seorang artis yang sangat popular. Bagi semua orang, jejaka itu...