"Kadang-kadang, seseorang berasa terlalu lelah untuk terus berada di jalan yang sama. Jadi, melakukan sedikit masalah bukan perkara yang buruk, bukan?"
Sejak pertelingkahan hari itu, hubungan Seokjin dan Soobin tidak terlalu baik. Seokjin sibuk di lokasi shooting drama yang diterimanya. Langsung tiada masa untuk berada di rumah, dan bercakap dengan Soobin.
Sementara itu, Soobin juga tiada perubahan dalam hidupnya. Pagi ke sekolah, pulang ke rumah pada waktu malam lalu berbaring dan tidur.
Hari itu, Soobin berniat untuk mendatangi sebuah studio dance di Hongdae atau mungkin menghabiskan masa seharian di sana. Sungguh dia berasa sangat bosan dengan alur hidupnya yang sentiasa berulang dengan perkara yang sama.
Soobin mendorong pintu studio itu dengan perlahan, dan mendapati beberapa orang dancer underground yang dia lihat beberapa hari lalu sedang tekun berlatih. Dia menduduki dirinya di sudut ruangan sambil menatap gerakan group yang mempunyai enam orang dengan kagum. Mereka kelihatan sangat bersemangat dan yakin.
Muzik berhenti. Keenam remaja yang kelihatan hampir atau jauh umur dengannya menghentikan latihan mereka. Salah seorang yang terlihat paling menonjol dalam hal kemampuan mendekat ke arah Soobin.
"Aku selalu nampak kau. Semalam kau yang datang masa kiteorang busking kat Hongdae?"
Soobin terkejut kerana sosok itu mengingati dirinya.
"Eh, macam mana kau ingat aku?"
Remaja itu hanya mengangkat bahunya. "Entah, mungkin kau nampak menonjol. Oh, ya. Nama aku Jungkook. Pelajar sekolah Hanlim."
Soobin menjabat huluran tangan Jungkook sedikit ragu. "Kim Soobin."
Jungkook menatap wajah Soobin seketika. "Ada orang pernah bagitahu sesuatu tak dekat kau?"
Soobin mengernyitkan matanya. "Bagitahy pasal apa?"
"Yang muka kau seiras seorang pelakon. Mak aku selalu tengok kat TV tapi aku tak ingat apa nama dia,"
Soobin memutar bola matanya malas. Dia tahu, itu mungkin ayahnya, Kim Seokjin. Siapa lagi yang sama muka dengannya? Terkadang Soobin ingin bertanya satu hal kenapa rupanya sangat mirip dengan sang ayah?
"Hum, aku tahu. Tapi, boleh tak kita cakap benda lain?"
"Oh, maaf. Kau nampak macam tak selesa."
Soobin hanya mengangguk sebagai jawapan.
"Hey, kau nak gabung dengan kami? Rasanya group dengan tujuh orang nampak macam okay daripada enam orang. Nampak seimbang sikit untuk center."
YOU ARE READING
A Meaning Of Life
Fanfiction"Kesalahan masa lalu, adalah yang lalu. Meskipun terlalu banyak luka yang membekas, tetapi tidak bermakna yang kita tidak boleh menghadirkan rasa bahagia, bukan?" Kim Seokjin merupakan seorang artis yang sangat popular. Bagi semua orang, jejaka itu...