"Aku ingin menghulurkan tanganku dahulu, tetapi mereka terlebih dahulu melepaskannya secara serentak."
Sudah menjadi kebiasaan bagi Soobin. Setiap kali dia bangun dan menuju ke dapur, akan ada satu sticky note melekat di pintu peti sejuk berserta sebuah tulisan tangan dari Namjoon.Rasanya sudah cukup untuk dia menghabiskan masa bersama sang ayah meskipun tidak seharian penuh. Dan, ayahnya yang popular tu sudah semestinya perlu kembali kepada kerjayanya bukan?
Soobin mengambil satu minuman tin berperisa soda dari peti sejuk dan meneguknya sedikit. Dia masih lagi digantung sekolah. Mahu pergi ke Hongdae, pasti rakan-rakannya masih lagi berada di sekolah dan balik setelah waktu sekolah habis. Mahu berlatih sendiri? Soobin berasa ianya akan membosankan.
Sedang asyik meneguk air, tiba-tiba telefon yang dia simpan di poket seluarnya bergetar. Soobin lantas membukanya. Ternyata, itu pesan daripada Jungkook.
Jungkook:
Soobin ah, kau pergi kan ke tempat si designer semalam?
Sungguh, Soobin hampir sahaja terlupa jika Jungkook tidak menghantar mesej itu kepadanya. Dia boleh saja ke Baesung Group dan melakukan shooting model sehingga group dance mereka dapat dipromosikan. Ya, dia sudahpun berbincang dengan rakan-rakannya kerana agensi itu adalah agensi yang sangat besar dan tidak hanya tertuju kepada bidang muzik dan model sahaja.
Benar kata wanita itu, sebuah peluang tidak akan datang dua kali.
Dengan cepat, dia menghabiskan air minumannya dan berlari ke arah bilik untuk bersiap-siap. Dia perlu memakai baju yang sesuai meskipun designer itu sudah memilihnya secara langsung.
Sesekali Soobin terfikir, apakah wanita yang berkerja sebagai designer itu adalah peminat tegar ayahnya sampaikan tidak mahu membuat uji bakat terlebih dulu? Hal itu membuatkan Soobin berasa curiga dan juga janggal. Tetapi, disebabkan rakan-rakannya dia menerima tawaran itu. Kerana hanya dia sahaja harapan yang ada untuk memajukan group dance mereka.
Setelah selesai bersiap, Soobin mengunci pintu rumah dan bergerak menuju ke halte bas sambil menggalas sebuah beg kecil. Sempat dia menyapa seorang pengawal yang baru sahaja mula bertugas kerana pulang ke kampung beberapa hari lalu.
Sebaik sahaja dia masuk ke dalam bas, dia mengambil tempat duduk paling belakang bersebelahan dengan tingkap sebelah kanan. Dia kemudian membuka earpod dan memasangkan pada kedua telinganya kerana dia merasakan orang yang ada di dalam bas itu seakan melihat-lihat dan bercakap tentang penampilannya. Sudah tentu kerana wajahnya yang sangat mirip dengan pelakon terkenal Kim Seokjin dan juga... Rambutnya yang agak mencolok.
Soobin cuba menguatkan volume muzik pada telinganya. Jika dia pekak untuk waktu itu saja, dia tidak kisah. Dia cuba untuk mengekalkan ekspresi wajahnya dan memikirkan perkara yang akan dilakukan, bukan kerana bisikan dan tanggapan orang terhadapnya.
YOU ARE READING
A Meaning Of Life
Fanfiction"Kesalahan masa lalu, adalah yang lalu. Meskipun terlalu banyak luka yang membekas, tetapi tidak bermakna yang kita tidak boleh menghadirkan rasa bahagia, bukan?" Kim Seokjin merupakan seorang artis yang sangat popular. Bagi semua orang, jejaka itu...